Wednesday, 4 November 2015

KREATIFNYA ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang pulang ke kampung bercuti dan menghabiskan masa bersama abah dan juga mak cik di kampung. Ketika sedang berehat dan berfikir idea baru untuk entri baru untuk blog kesayangan ini iaitu Travelog Kehidupan.

Ketika sedang melihat sekeliling bilik dan rumah abah kesayangan aku, aku dapat lihat banyak hasil kerja kreatif abah aku terdapat di sekeliling rumah ini. Antara yang paling saya rasakan sangat kreatif ialah di mana tempat duduk kerusi besi yang tidak lagi mempunyai kakinya telah diolah kembali menjadi tempat letak periuk nasinya di dapur. Kerusinya berkaki besi dan telahpun berkarat. Jadi abah telah potong dan jadikan sebagai tempat letak periuk nasi elektriknya.

Selain daripada itu, abah juga membuat sendiri kabinet untuk meletakkan barang-barang seperti kuali besar dan juga periuk belanga. Sekali pandang macam almari biasa. Tapi bila buka, barulah perasan segala mak nenek kuali  periuk dari yang kecil hinggalah yang besar tersusun kemas di dalam almari tersebut.

Abah juga pandai membuat sendiri almari buku untuk menyimpan buku-buku pilihan. Saya masih ingat ketika kecil dahulu, kalau senduk gulai patah, abah akan gantikannya dengan tempurung kelapa. Dan batangnya digantikan dengan sejenis kayu. Abah juga membuat sendiri acuan cendol arwah emak saya dahulu. Tetapi saya tidak sempat hendak mengambil gambarnya dan letakkannya di entri ini.

Insha Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk selitkan hasil kerja kreatif abah saya di entri yang seterusnya.

Coretan Abah
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...