Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Akhirnya hari yang ditunggu telah pun tiba. Semalam adalah Hari Anugerah Kecermerlangan anak dara tersayang di sekolah. Tidak sangka dia masih dapat mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang 10 pelajar terbaik di dalam kelasnya. Dia juga turut meraih 3 lagi hadiah kerana telah mendapat tempat yang ke 3 di dalam kelas dan juga 2 lagi hadiah di dalam mata pelajaran terbaik.
Mengimbas kembali saat hari sebelum.peperiksaan tersebut, anak dara telah diserang deman dan juga penyakit tonsilnya. Agak lama juga dia sakit sebelum semua seleranya kembali pulih. Mujur penyakitnya tidak berlarutan dan kembali sihat seperti biasa. Melihat dia membesar seakan memberikan saya suatu kepuasan dan juga semangat untuk terus tabah mengharungi segala rencah kehidupan.
Saya tahu dan faham bukan mudah baginya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Peringkat permulaan amat sukar. Namun semuaya beransur-ansur pulih seperti sediakala setelah dia melalui pelbagai peringkat perubahan. Dia seorang anak yang tabah dan sangat berdikari. Ada masanya perasaan bersalah menghantui diri kerana ada masanya saya tidak dapat menunaikan segala permintaannya. Apa pun saya tetap berusaha sebaik yang mungkin untuk memenuhi segala permintaannya.
Suasana hari anugerah berjalan dengan lancar tetapi penuh dengan debaran yang sangat hebat. Maklumlah semalam adalah hari keputusan peperiksaan UPSR keluar dan ramai ibubapa berasa teruja dan berdebar-debar. Keputusan peperiksaan UPSR keluar pada pukul 11 pagi. Syukur sekolah anak dara tersayang iaitu Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah mendapat keputusan yang sangat baik. Seramai 13 orang calon UPSR sekolah berkenaan telah mendapat 5A. 9 orang calon lagi telah memprolehi 4A 1B. Apa sahaja keputusannya,sekalung ucapan tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, percayalah anak-anak semua telah buat yang terbaik.
Anak dara tersayang juga telah membuat persembahan koir dan saya sangat teruja dan bangga melihatnya. Sebagai seorang ibu, saya juga banyak belajar daripadanya. Apa sahaja yang diusahakan pasti akan membua yang terbaik di dalam sesuatu bidang. Selain daripada itu, saya juga selalu ingatkan agar selalu membantu kawan-kawan yang agak kurang di dalam sesuatu mata pelajaran. Bersedekah setiap har Jumaat juga banyak membantu.
Dengan bersedekah, pasti Allah akan membantu kita dijalan yang tidak disangka-sangka. Setelah semua urusan penyampaian hadiah selesai, saya dan anak dara terus pulang ke rumah untuk berehat. Tahun ini banyak kenangan manis yang tidak pernah sesekali saya lupakannya.
No comments:
Post a Comment