Tuesday, 17 November 2015

PENTINGNYA SEIMBANG PENDIDIKAN AKADEMIK DAN ISLAMIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Semuanya berjalan dengan lancar sekali. Semasa sedang menunggu giliran anak dara tersayang membuat persembahan dan juga penyampaian hadiah, saya sempat berbual seketika dengan seorang ustazah yang juga pengetua dan pemilik tadika Pasti. Beliau juga merupakan bekas ustazah kepada anak dara dan juga abangnya semasa mula-mula belajar di tadika Pasti. Ternyata keputusan saya menghantar kedua anak ke tadika Pasti tidak salah sama sekali.

Anak dara tersayang menghabiskan masa selama 3 tahun di sana. Menimba ilmu pengetahunan berasaskan al-quran dan juga segala ajaran agama islam. Begitu juga anak yang lelaki mendapat pendidikan awal di tadika Taski dan kemudiannya Pasti. Kini mereka berdua pandai membaca dan juga menulis di dalam tulisan jawi. Bahasa Arab juga mereka masih dalam process pembelajaran.

Ustazah ini memberitahu bahawa selain daripada pelajaran akademik, islamik juga penting diterapkan dikalangan anak-anak zaman sekarang. Walau betapa pandai dan bijaknya seseorang itu jika tiada nilai-nilai kemanusian maka jiwa seseorang itu akan kosong dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Ujar ustazah tersebut lagi, jika seorang pelajar tidak pandai membaca al-quran dan langsung tidak bersolat maka akan tiada keberkatan di dalam kehidupannya.

Jika ingin cemerlang di dalam sesuatu bidang ataupun pelajaran maka wajiblah seseorang itu menjalankan hubungan yang baik dengan Allah yang maha esa. Apa pun kesimpulannya pelajaran islamik sangat penting sebagai benteng keimanan yang kuat untuk anak-anak di dalam zaman globalisasi ini.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...