Thursday, 26 November 2015

SEBUAH PERJALANAN INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Cuti sekolah telah pun bermula. Anak-anak makin seronok berada di rumah. Mereka berdua ada aktivitinya yang tersendiri. Si abang sibuk dengan kerja partimenya, manakala si adik asyik sibuk menghabiskan masa membaca novel kegemarannya. Apa pun saya berasa sangat bersyukur kerana dapat melihat sendiri perkembangan dan juga pembesaran anak-anak tersayang.

Hari Rabu yang lepas saya telah bercuti rehat. Dan mengambil peluang untuk menghabiskan masa untuk berjumpa dengan peguam di Shah Alam berkenan dengan kes tuntutan tungqukan nafkah anak. Bukan mudah untuk membuat semua ini tanpa persediaan yang rapi dan juga kemas. Sehari sebelum saya ke Shah Alam, saya telah punj memberitahu terlebih dahulu kepada peguam yang berkenaan. Saya mendapatkan khidmat bantuan guaman bagi kes tuntutan nafkah anak yang selama ini tertunggak.

Perjalanan adalah sepenuhnya menggunakan pengangkutan keretapi komuter dari Tanjung Malim ke Shah Alam. Perjalanan terpaksa berhenti Rawang untuk transit komuter dari Rawang dan transit lagi sekali di KL Sentral dan meneruskan perjalanan dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Amat selsesa sebenarnya menggunakan komuter ini. Cuma kena agak berhati-hati ke arah mana destinasi dan juga perlu transit di mana. Alhamdulilah perjalanan saya berjalan dengan lancar dan sampai ke Shah Alam dengan selamatnya. Apabila sampai di komuter Shah Alam saya terpaksa mengambil teksi untuk ke Plaza Perangsang dengan hanya perlu membayar kos tambang teksi sebanyak RM 5 sahaja. Setelah sampai di Plaza Perangsang saya mendapati peguam sudah pun keluar untuk kes yang selanjutnya. Kerani yang menjawab panggilan saya memberitahu agar berehat terlebih dahulu pergi ke mana -mana tempat untuk berehat dan juga makan. Setelah selesai berehat dan juga makan saya dan anak perempuan tersayang terus ke pejabat bantuan guaman dan mendaftar di kaunter pertanyaan. Syukur saya bertemu juga dengan peguam yang dihormati dan bijaksana. Setelah berbincang dan memberitahu semua masalah saya, akhirnya saya telahpun berjaya mengangkat sumpah dan sekaligus telah melantik peguam untuk membicarakan kes saya. Semua urusan berjalan dengan lancar dan jayanya. Dan kini saya hanya perlu melakukan beberapa perkara dengan bantuan seorang peguam dan yang selebihnya saya serahkan semuanya pada yang maha kuasa.

Saya berasa sangat berpuashati kerana semua urusan adalah atas usaha sendiri dan juga dengan izinnya yang maha esa.
Semoga semua perjalanan kes tunggakan nafkah ini berjalan dengan lancar dan jayanya di mahkamah syariah kelak. Insha Allah. Doakan saya dan anak-anak untuk melalui semua halangan ini.


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...