Friday, 26 April 2019

SATU KEMANISAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik. blogspot.com


Demi nak melihat mereka tak terasa berbeza dari orang lain, maka apalah sangat pengorbanan ini.
Pengorbanan seorang ibu ini yang tak punya apa-apa.

Nama, kedudukan serta harta benda.
Semuanya  serba kekurangan.
Malah satu masa dahulu satu kesempurnaanlah memisahkan segalanya.

Tak mahu terlalu lama menyimpan dosa maka memaafkanlah jalan penyelesaiannya.

Siapa salah dan betul, biarlah Allah yang mengadilinya.
Usah buang masa fikir siapa salah dan betul.

Biarkan dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Kini bersyukur kepada Allah kerana telah pun membuahkan kemanisannya.

Takkan berpaling lagi dan nekad untuk lebih buat yang terbaik dan menghargai akan segalanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday, 23 April 2019

BENCI VS SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

BENCI  VS  SAYANG

 Dalam pada kita tidak suka akan seseorang, ada baiknya kita mendoakan sahaja mereka. Daripada terus topup dosa setiap hari baik kita tukarkan sebagai gudang pahala setiap hari.

Ya. Faham sangat akan perasaan benci itu. Kadang apa sahaja yang dilakukan semua kita rasa tak berkenaan dihati.
Dah rasa benci, macam itulah.

Orang yang kita benci itu, sama sahaja macam diri kita. Manalah tahu dia sedang berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin juga orang yang kita benci itu setiap hari mendoakan kita.

Siapa tahu bukan!

Pokok pangkalnya, semua hanya Allah yang maha mengetahuinya. Saat rasa benci itu membuak-buak bak lahar gunung berapi mungkin satu masa rasa benci itu bakal bertukar simpati, sayang dan sebagainya.

Jadi ketika rasa benci telah bercambah dalam rumah hati kita, baik jangan dibiarkan memakan diri.

Semua sifat yang tak baik yang wujud dalam diri kita, usahlah dibiarkan terlalu lama. Senantiasa berdoa agar aura positif kekal berdiri megah dalam diri kita itu.

Jika ada pun wujud rasa negatif, cecepatlah padamkan dengan zikrullah dan juga selawat. Lagilah mendoakan orang yang kita benci itu. Itukan lagi afdal.

Dah mendoakan, dah zikir dan selawat, kat situ sahaja dah banyak sangat pahala yang kita dapat. Tak terhitung banyaknya. Alih-alih nanti masa diakhirat  bila malaikat buka buku amal kita, semuanya straight A. Siap dapat kepujian lagi.

Best kan macam itu!

Tak salah membenci.
Tapi jangan disimpan terlalu lama hingga terwujudnya banglo dosa.
Mohon dijauhkanlah semuanya ya.

Melalui pengalaman diri ini, pernah jugalah membenci seseorang. Tapi perasaan benci itu menyebabkan rezeki tersangkut-sangkut. Perasan juga, setiap hari ada sahaja yang tak kena.
Fikir juga, apalah dosa yang aku buat hari ini.

Jalan penyelesaiannya, ambil wuduk dan teruslah buat solat Taubat. Kalau rasa tak kena atau masih ada lagi bekas-bekas perasaan benci, buat lagilah solat Taubat.

Allah itu maha kaya.
Dia lagi suka buat lebih dari kurang.
Tambah lagi kalau bersungguh-sungguh berdoa dan bayangkan Allah ada didepan kita.
Allahuakbar.

Yang pasti, segala rasa yang wujud dalam hati kita itu, datangnya dari siapa?
Sah-sahlah dari Allah yang maha esa.
Allahlah yang miliki semua hati umatnya. Nak tukarkan rasa benci itu jadi sayang bebila sahaja Allah boleh buat semua itu.

Seeloknya kita doakan sahaja dan biar Allah yang jalankan tugasnya.
Sibuk memandai-mandai ambil alih tugas Allah, siapalah yang suruh?

Silap haribulan tempah tiket ke neraka terus. Jauh-jauhkanlah semua itu.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday, 22 April 2019

SAAT DUGAAN MELANDA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Hanya beberapa minggu sahaja lagi dah nak menyambut bulan Ramadan. Bulan yang paling mulia diantara banyak-banyak bulan. Bahangnya pun dah makin terasa.
Termasuk jugalah dengan cuaca panas dan hujan yang tak menentu.

Pejam celik masa berlalu sangat pantas.
Kadang tak sedar masa berlalu begitu sahaja. Dan kita makin terus terleka dan terbuai dengan dunia yang tak menjanjikan apa-apa ini.

Setidak-tidaknya masa yang ada kita isikanlah dengan perkara-perkara bermanfaat dan juga memberi kebaikan kepada orang lain.

Sebolehnya berusahalah untuk tak terlalu mementingkan diri sendiri. Saat kita sedang menikmati segala nikmat ada insan lain yang diuji dengan pelbagai dugaan. Mungkin ada yang sedang dilanda musibah atau diuji dengan satu penyakit.

Sejujur kita sendiri tak pernah mengetahui bagaimana kehidupan kita kelak. Harapannya tidaklah menyusahkan anak-anak dan juga keluarga.

Biarlah segala dugaan diharungi dengan hati yang tulus ikhlas dan senantiasa berdoa kepada Allah agar permudahkan segalanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

SEMBANG SI ANAK DARA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Sembang anak beranak malam minggu yang lepas.

Anak dara: " Ibu, ngape, abah tu selekeh sangat? Pakai baju pun koyak sana dan sini.!"

Ibu : " Biasalah abah tu. Sekarang kan, mana ada orang jaga dia. Nanti ada isteri, oklah nanti.!"

Anak dara : "Yalah sangat tu. Entah-entah kena queen control!"

Ibu : Hish! "Tak baik adik cakap macam tu. Doakan yang terbaik untuk abah tu."

Anak dara : "Insyaallah. Apa pun tak de orang yang lagi sabar selain ibu. Abah marah dan tengking ibu dulu pun, tetap ibu layan abah macam raja."

Ibu : Amboi! "Kemain lagi adik ya, jadi makcik bawang atau akak bawang ini!😀😀 Biarlah dik, perkara dah berlalu. Usah ingat lagi."

Anak dara : "Memang adik dah lupa. Tapi adik tak leh lupa malam yang abah tengking ibu tu. Sampai bebila tak akan pernah lupa."

Ibu : " Lah!  " Adik masih ingat ke?"

Anak dara ; " Adik ingatlah. Tapi adik taklah dendam dengan abah tu. Dia pun dah tua. Nanti kalau adik ada duit lebih nak belikan abah baju baru. Kesian gak kat abah."

Ibu : " Ohh ok. Baju untuk abah je ke? Untuk ibu tak de? "

Anak dara : " Ibu kan tak selekeh. Kemas dan cantik je. Kalau baju untuk ibu, kenalah special sikit.!"

Ibu : " Ohh ya ke. Alhamdulilah. Syukur ingat juga adik kat ibu."

Kesimpulannya, satu pesanan kepada suami dan isteri jika nak bergaduh bagai nak runtuh langit pun janganlah sesekali depan anak. Kesannya pada anak-anak sangat teruk.

Mereka akan ingat walaupun hanya kisah silam.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday, 21 April 2019

KEMBARA ILMU 3


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

KEMBARA ILMU 3

Syukurlah, Allah permudahkan segala perjalanan semalam.
Aturan yang Allah susun sangat cantik.
Bila kita bersungguh-sungguh mohon kepada Allah, maka Allah akan aturkan satu jalan penyelesaian yang tidak terfikir dek akal kita.

Ya, dah hampir meningkat usia ini. Tak pernah juga rasa kesal terdetik dalam hati ini walau hidup bersendirian. Malah masa yang ada diisikan sepenuhnya dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selain berimpian bergelar seorang penulis yang bercita-cita menulis segala perkongsian kehidupan, ada satu lagi impian yang paling terpenting.

Mungkin pada orang lain nampak mudah. Tapi tidak pada diri ini. Ingin membaca Al-Quran dengan betul mengikut segala hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Dalam kembara ilmu 3 semalam, berkesempatan membaca surah Al-Fatihah dengan betul supaya lebih lancar lagi. Surah Al-Fatihah adalah surah yang paling penting semasa kita mendirikan solat wajib 5 waktu dan juga solat-solat sunat yang lain.

Jika tidak membaca surah Al-Fatihah dengan betul dikuatiri solat yang kita dirikan itu tak sah. Nampak mudah, bukan?

Yang pasti, diri ini yakin pasti semua sahabat yang lain lebih pandai membaca surah Al-Fatihah ini dari diri ini sendiri. Sebenarnya tak rugi jika kita melancarkan balik bacaan kita dalam Al-Quran. Kerana Al-Quranlah peneman setia kita jika berada di alam barzah nanti.

Selain berusaha memantapkan bacaan dengan guru-guru Al-Quran yang lebih berpengalaman, diri ini belajar juga membaca Al-Quran daripada anak-anak yang tersayang. Memandangkan kedua anak tersayang bersekolah menengah agama, maka memang itulah tujuannya ajar mereka berdua dapat membimbing kembali ibu mereka ini.

Bagi diri ini, sesekali kita rendahkan ego hanya semata untuk belajar membaca Al-Quran daripada anak sendiri. Ustaz yang bertanggungjawab mengajar mengaji semalam adalah ustaz dari Darul Al-Quran Kuala Kubu Selangor iaitu Ustaz Haji Mohd Taufik Bin Md Arshad.

Pertama kali memperdengarkan bacaan Al-Fatihah di depan seorang ustaz yang terlalu banyak pengalaman, terasa sayu dan juga terharu. Tak pasti apa sebabnya, tapi itulah yang bergolak setiap kali membaca surah ini.

Alhamdulilah. Berkat tunjuk ajar ustaz juga rakan-rakan yang lain, barulah faham setiap hukumnya dan dapat membaca surah Al-Fatihah ini dengan betul.

Insyaallah.
Pada hari Rabu malam dan juga hari Sabtu depan, adalah kelas yang terakhir dan akan berusaha menghadirkan diri untuk mempelajari tentang perkara-perkara yang lain pula.



Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday, 18 April 2019

BILA KITA DIJEMPUT PULANG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada rindu mengebu-gebu  dihati ini. Apa lagi rindu pada anak-anaklah. Hanya mereka pemangkin kehidupan ini. 

Si abang sedang bergelut dengan peperiksaan akhir semesternya.
Sementara si anak dara tentu sibuk dengan rutin di asramanya.

Hari ini balik dari kerja agak awal sedikit.
Bukannya apa, terasa kepenatan semalam masih berbaki lagi.
Rasa badan lenguh sana dan sini.

Selalu juga berdoa kepada Allah agak dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya dapat lebih banyak melakukan segala amal ibadah.

Bukanlah nak kata diri ini alim dan sebagainya, tapi di saat usia hampir menuju ke 50an ini, apalagi yang nak dikejarkan selain persiapkan diri sebaiknya.

Kita tak tahu bila masa Allah akan jemput ke kampung abadi.
Maka masa yang ada buatlah apa yang dituntut.
Urusan dunia perlahan-lahan lepaskan.

Jika masih lagi ada rasa marah, dendam dan sebagainya usahakan untuk lenyapkan dari kamus kehidupan seharian kita.

Ada masa diri ini juga begitu.
Diuji dan diuji berkali-kali. Memelihara hati dan lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Dan jangan terlalu membanggakan diri sendiri.
Sekalipun hamba Allah yang kita jumpa itu kurang dari segi ibadah, sikap dan sebagainya, siapalah kita nak menjatuhkan satu hukuman.

Siapa tahu dia sedang berubah atau perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Atau siapa tahu dia senantiasa mendoakan diri kita dalam setiap doanya.

Yang layak hanyalah Allah.
Dia lebih tahu segala isihati yang tersurat dalam diri setiap hambanya.
Maka siapalah diri kita ini?

Segalanya hanya datang dengan izin Allah.
Hatta menaip status ini juga mengunakan olahan idea yang pasti dari Allah yang maha esa.

Masih sombongkah kita dengan Allah yang tak putus-putus kurniakan rahmat tanpa terlebih dahulu menilai siapa diri kita disisi Allah yang maha esa.

Allahuakbar.
Ampunkanlah semua dosa-dosa sekalian hambamu ini , Ya allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday, 15 April 2019

KEMAAFAN DAN KESABARAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Dia dah buat kehidupan kau bertukar kepada 360 darjah, kau masih nak maafkan dia macam tu sahaja?

Sukarkan nak maafkan orang yang pernah buat hidup kita menderita?
Lebih perit itulah insan yang paling kita sayang, percaya dan saling cinta-mencintai satu masa dahulu.

Tapi ingat!
Semuanya kuasa Allah.
Kalau Allah nak duga, dalam sekelip mata semua akan berubah.
Sangat pantas masa berlalu.

Dari hidup melayari bahtera bersama-sama kini rasa diri bagaikan tak berguna langsung.

Namun kembalilah kepada Allah. Berbicaralah selayaknya laksana pasangan kekasih yang saling merindui kepada Allah yang maha esa.
Semuanya adalah kesilapan dari dalam diri kita sendiri.

Allah hanya nak menduga, sejauh mana hubungan suci dan kasih sayang ini.
Benarkah segalanya berpaksi kepada Allah ataupun sebaliknya?

Allahuakbar. Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui dan dapat membaca segala isi hati ini.
Apabila telah musnah akan satu mahligai, terpulang kepada sang suami atau sang isteri untuk belajar dari apa yang berlaku.

Usah menyusahkan diri atau menyalahkan diri sendiri. Tiada guna dan sangat membuang masa. Ada baiknya berbalik kepada Allah dan mengadulah sepuasnya dan biarkanlah rasa sedih, kecewa mengalir deras bagaikan lahar gunung berapi ke tempat yang sepatutnya.



Salah satu keajaiban diri yang paling termahal dalam diri seorang hamba Allah adalah kemaafan.

Maafkan sahaja semuanya.
Biar perit, tapi dalam masa yang sama berdoalah kepada Allah, agar dikurniakan segunung kekuatan untuk memaafkan insan tersebut.

Percayalah kemaafan itu amat sukar.
Lebih-lebih lagi kepada insan yang paling kita sayangi.
Memberi satu kemaafan adakalanya bagaikan merentap seluruh jiwa seorang yang bergelar hamba Allah.

Maafkan sahaja. Lupakan dan bersabarlah.
Bagaikan satu magik dan saling perlu memerlukan itulah ajaibnya disebalik kemaafan dan kesabaran.

Memang ada yang bertepuk tangan atas kemusnahan ini.
Tak kurang jugalah yang menjadi hakim menghukum sana dan sini.
Pekakkan telinga dan teruslah melangkah.

Saat ini mereka begitu teruja untuk melontarkan pandangan masing-masing. Yang jelasnya dalam bahtera ini yang tahu akan hakikat sebenarnya hanyalah si suami dan isteri.

Hikayat yang disaksikan oleh Allah sama ada suami atau isteri sudah menjalankan segala perintah dan amanah yang sepatutnya.

Berikan kemaafan itu seikhlas yang mungkin. Kerana satu masa dahulu pernah mengimpikan sebuah kebahagiaan bersama-sama.
Dan sekarang hanya sebuah kemaafan sahaja yang dapat menjamin satu kehidupan yang lebih bahagia dan tenteram.

Hiasilah kemaafan itu dengan sebuah kesabaran. Yakin dengan kemaafan dan kesabaran itu nanti bakal membuahkan satu kebahagiaan yang lebih abadi.

Dan dipenghujung sebuah kehidupan ini, akhirnya kemaafan dan kesabaran tetap jua menang.
Pasti menang walau permulaannya sangat menyakitkan.

Yang akhirnya semua kesakitan itu telah lenyap dalam kemanisan disebalik jalur-jalur dugaan yang telah dianugerahkan.


Sekian
Sariah Awang Senik



TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...