Sunday, 1 March 2020

SAAT BERTUKAR PEMERINTAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook/sariahawangsenik

Syukurlah. Segala teka-teki telah pun terjawab. Sejak beberapa susana politik di negara tercinta agak kecoh dengan perletakan jawatan sebagai perdana menteri oleh Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad. Mungkin beliau ada alasan kukuh mengapa berbuat demikian.

Dan kini secara rasminya digantikan dengan perdana menteri Malaysia yang ke 8 iaitu Datuk Muhyiddin Yassin. Dengan perlantikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, berdoa agar lebih peka mendengar segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia selama ini.

Besar harapan semua rakyat Malaysia, agar perdana menteri yang ke 8 dapat menjadi lebih mesra rakyat. Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia. Dari golongan bawahan hinggalah kepada golongan koparat. 

Hentikanlah semua permainan politik yang hanya mendatangkan keuntungan kepada diri dan tidak kepada rakyat jelata. Amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang maha besar dan laksanakannya hanya kerana Allah dan bukan atas dasar dan tuntutan kehendak sendiri.


Sekian

Saturday, 29 February 2020

HANYA CATATAN MALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook/sariahawangsenik

Sebenarnya mata ini hendak tidur sangat. Mengantuk rasanya macam tak boleh bawak bincang lagi dah. Tapi mengenangkan terpaksa menunggu seseorang, maka secara beransur-ansur pun layankan jugaklah sedikit coretan untuk malam ini.

Dan demi nak hilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat, maka gigihlah mencari gambar pemandangan sebagai juadah untuk hilangkan rasa mengantuk ini.
Ada sedikit kerisauan terbit dihati ini. Mengenangkan anak dara nan seorang diasrama itu. 

Entah apalah khabarnya. Baru berangan-angankan dia, tiba-tiba dia pun call baru sekejap tadi. Terubat rasa kerinduan. Alhamdulillah dia menang dalam beberapa acara sukan di sekolahnya.

Ingatkan dahulu dia tidak aktif. Namun ikut juga dia nasihat abangnya agar melatih diri untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sekolah. Sebabnya semua itu memainkan peranan penting untuk peperiksaan PT3 yang bakal dia duduki pada bulan September nanti.

Berdoa setiap masa dan saat agar dia berjaya dalam pelajaran dan juga agama. Sangat cepat masa berlalu. Bulan April nanti, genaplah usia anak dara 15 tahun. Tidak mampu memberi hadiah yang mahal-mahal kerana secara jujur memang tidak mampu.

Ya Allah kau lindungilah anak dara dan juga abangnya. Betapa mereka berdualah hadiah yang teramat mahal kurniaan dari Allah yang maha esa.


Sekian 

Friday, 28 February 2020

DEXANDRA 24 HOUR SALE


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook/sariahawangsenik

Hai !
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Cepat je masa berlalu. Esok dah pun masuk bulan Mac. Bersempena hari terakhir dalam bulan Februari, Dexandra Eau De Parfum ada buat surprise untuk semua peminat-peminat wangiannya 

Promosi sedang berlangsung sehinggalah berakhir pada pukul 11.59 malam nanti.
Dengan hanya membeli 1 botol Edp akan dapat PERCUMA 1 Air Freshener.

Dan kalau beli 2 botol Edp dapat lagi PERCUME 3 Air Freshener. 
Best giller kan, macam itu? 
Siapa yang tak suka dapat Free gift. Bukan selalu Dexandra buat macam itu.
Sekali-sekala je. 

Jadi bila dah ada peluang itu, janganlah tengok saja. Tak beli untuk diri sendiri, belilah untuk yang tersayang atau sebagai hadiah juga boleh dijadikan sebagai rewards kepada diri sendiri.

Nak buat sebagai hantaran pun boleh. Kalau ada yang berkenan ataupun mengidam, boleh sahaja direct wasap link ini http://sariahdexandratpg.wasap.my.

Apa pun jangan tunggu sampai tengah malam nanti, sudahlah ya.



PRO CARE RAHSIA PUTERI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook/sariahawangsenik

Alhamdulillah. Tidak lama lagi berakhirlah bulan Februari dan hari Ahad nanti dah pun bulan Mac 2020. Dah dua bulan berada dalam tahun 2020.
Apa pun rasa bersyukur teramat sangat kerana dapat melalui semua dugaan dan syukur atas segala rezeki yang Allah kurniakan.

Baru beberapa minggu yang lepas mendapat peluang untuk menulis review tentang  produk penjagaan kewanitaan yang dinamakan Pro Care Rahsia Puteri.
Pada mulanya ingatkan yang produk ini adalah produk kosmetik, tetapi setelah sampai sample produknya untuk dicuba, barulah tahu yang ianya merupakan produk penjagaan kewanitaan.

Didatangkan dalam pack yang sungguh menarik dan kreatif. Sekali pandang pack produk penjagaan kewanitaan ini berbentuk macam gift ataupun hadiah. Jadi bila dapat produk yang dalam berbentuk gift terasa macam dihargai sebagai seorang wanita dan rasa diri istimewa.

Pro Care Rahsia Puteri adalah salah satu produk tempatan yang dikeluarkan oleh syarikat Y.S.P Industries (M) Sdn.Bhd yang terletak di kawasan perindustrian di Bandar Baru Bangi.

Produk pencuci Feminine Wash Pro Care Rahsia Puteri ini didatangkan dalam dua botol yang berbeza. Ada 30ml dan juga 100ml. Kedua botolnya berwarna putih dan kotaknya pula berwarna merah jambu. Putih melambangkan kesucian seorang wanita dan juga warna merah jambu itu adalah sinonim dengan sifat seorang wanita yang sukakan kelembutan dan juga kecantikan.

Malah cecair Pro Care Rahsia Puteri juga berwarna merah jambu. Fungsi utama Pro Care Rahsia Puteri adalah untuk melindungi, mengetat dan mengekalkan tahap PH kewanitaan berada dalam keadaan yang sihat, segar dan selesa sepanjang hari.

Antara ramuan rahsia yang terkandung dalam Pro Care Rahsia Puteri ini adalah Lobata, Manjakani, Kacip Fatimah dan beberapa ramuan lagi. Kita sedia maklum yang Kacip Fatimah mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bermanfaat bagi golongan hawa ini.

Kacip Fatimah itu sendiri mengandungi agent anti-kanser, anti kulat dan radang. Selain itu Kacip Fatimah juga ada kandungan estrogen yang berfungsi untuk mengstabilkan hormon seorang wanita.

Pertama kali mencuba Pro Care Rahsia Puteri ini terasa lebih segar dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian yang senantiasa sibuk dan aktif. Dan dengan adanya penjagaan Pro Care Rahsia Puteri ini menjadi salah satu alternatif bagi wanita yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja, ibu dan juga seorang isteri.

Maka sebagai seorang wanita yang aktif dan sibuk sepanjang hari, saya sarankan kepada anda untuk mencuba dan mendapat manfaat dari ramuan yang terkandung dalam Pro Care Rahsia Puteri ini.

Apa pun semuanya adalah sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan seorang wanita mendapat penyakit seperti masalah keputihan, kegatalan, masalah bau yang tidak menyenangkan ataupun jangkitan kulat dan sebagainya.

Dengan dua pack yang berbeza saiz iaitu 30ml dan 100ml. Saiz 30ml agak kecil dan mudah untuk diletakkan di dalam handbag dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Jika anda ingin mencuba produk Pro Care Rahsia Puteri ini bolehlah dapatkan terus melalui talian Infoline tertera seperti dibawah.
Nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk Pro Care Rahsia Puteri ini bolehlah berhubung di 1-800-88-3679 .
Atau terus dapatkan produk ini di 1-800-88-3027.

Sekian

Wednesday, 29 January 2020

MENYUSURI PERJALANAN INI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Dah terlalu penat bekerja, sejak dari cuti raya Cina yang lepas. Sibuk bekerja dan melayani anak-anak tersayang hinggakan diri sendiri terlepas pandang.

Maka hari ini, rasa badan lemah, demam dan tidak larat berjalan untuk pergi ke tempat kerja.

Alhamdulilah. Syukur juga anak-anak sudah pulang ke asrama dan anak bujang kembali menjalani latihan pratikalnya di Ipoh Perak. Ikutkan hati ini hanya nak anak-anak ada didepan mata. Namun apakan daya.
Mereka berdua sudah punyai kehidupan dan juga impian masing-masing.

Dalam masa sangat sedar akan hakikat ini. Makanya masa yang ada diisikan dengan pekerjaan, aktiviti perniagaan dan juga membuat latihan penulisan.

Hakikatnya masih jauh perjalanan ini. Setiap lorong yang dilalui ada sahaja cabaran yang menanti. Kadang kala diri ini kuat dan ada ketikanya terpedaya juga oleh hasutan suara kecil yang mengeluh rasa penat dan sebagainya.

Hari ini hanya berehat sahaja dirumah. Perasan juga ada banyak kerja yang harus dilakukan. Tetapi mengambil keputusan untuk bertenang dan selesaikan segalanya satu-persatu.

Dalam hati berdoa juga agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudah.
Insya Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday, 2 January 2020

TERUSKAN KEKAL AURA POSITIF TAHUN 2020


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Lama juga tidak tulis entri baru di blog kesayangan ini.
Asbab terlampau sibuk dengan kerja utama, uruskan perniagaan online juga siapkab projek antologi. 
Agak mencabar juga siapkan semua tugasan kerana tidak mempunyai laptop.

Yang ada hanyalah phone android dan di screen phone yang tidak berapa besar inilah berusaha menghasilkan cerita dan juga menulis artikel.
Susah memanglah. Namun tetap juga menganggapnya satu cabaran yang maha besar.

Yalah. Bukan senang nak menaip terlampau banyak perkataan di phone android ini.
Yang pasti diri ini dapat menghasilkan hasil penulisan walaupun tidak mempunyai laptop.

Mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang lebih hebat di sebalik semua cabaran ini.
Mata dah makin mengecil. Tetapi jari-jemari ini masih gigih nak menari-nari atas keyboard phone android ini.

Nak buat macam mana, kan?

Idea sedang turun mencurah-curah untuk menaip entri baru pada malam ini.

Bukan setakat cabaran nak menaip entri ini, tapi cabaran yang maha besar adalah untuk terus kekalkan aura positif biarpun dah menyambut tahun 2020.

Sejak semalam, heboh di socmed dengan segala macam benda yang berkaitan dengan terbang ini. Dari kereta terbang hinggalah kepada basikal dan bermacam-macam lagi. Pasal wawasan 2020 ini, masa sekolah menengah itu membayangkan yang semua kereta berjalan di awan biru.

Tapi rupanya tidak.
Duit yang melayang bagai angin lalu, adalah.

Kan, anak-anak dah bersekolah?
Pastilah banyak duit dihabiskan untuk membeli keperluan anak sekolah, bayar yuran dan macam-macam lagi.

Apa pun penting bagi kita untuk terus gigih dan bersabar dalam menjaga aura positif ini. Sebab bila-bila masa sahaja aura positif yang kita ada itu bakal terjejas.

Buat semua yang sudi singgah membaca entri-entri dalam blog ini, terima kasih diucapkan. Teruskanlah lagi membaca, dan siapa tahu ada ilmu baru yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan.
Insya Allah.


Sekian

CINTA HATI KEMBALI MENCAPAI IMPIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik




Cuti sekolah selama sebulan pada tahun 2019 itu, bukanlah lama mana.
Pejam celik dah pun seminggu. Tau-tau dah nak buat persiapan kembali ke sekolah.
Selama anak-anak ada dirumah, tidak berkesempatan untuk bercuti.
Hanya mampu menghabiskan masa bersama mereka dirumah sahaja.

Kebetulan pula, anak teruna sudah pun memulakan latihan pratikalnya di Ipoh Perak. Insya Allah jika ada rezeki, anak teruna akan menyambung pengajiannya pula ke peringkat Ijazah. Berdoa agar segala urusan anak-anak berjalan dengan lancar.

Semalam sempat menghantar anak dara pulang semula ke sekolah asramanya.
Kali ini abahnya tidak dapat menghantarnya kerana kereta abahnya rosak.
Mujur jugalah, ada mak saudara yang selalu membantu ketika berada dalam kesusahan.

Tahun ini anak dara bakal menduduki peperiksaan PT3 nya.
Berdoa juga agar dia dapat fokus kepada pelajaran serta tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah.
Tidak sedar, anak dara akan memasuki usia 15 tahunnya.

Selain itu merancang juga untuk buat sedikit surprise birthday delivery apabila tiba hari kelahirannya kelak.
Yang pasti, jadual pelajaran agak padat pada tahun 2020 ini.

Buat anak dara Nur Damia Rifqah Ahmad Roslan, belajarlah bersungguh-sungguh serta tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada Allah yang maha esa.

Sekian

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...