Monday, 30 March 2015

LAMBANG KEBAHAGIAAN SEBUAH KEHIDUPAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Apakah lambang kebahagiaan sebuah kehidupan?
Mempunyai sebuah rumah yang besar, mempunyai kereta yang mewah, bersuamikan seorang suami yang kaya raya, punyai seorang isteri yang cantik, anak-anak yang ramai, ada pekerjaan yang bagus dan juga gaji yang agak lumayan ataupun hanya mempunyai sebuah kehidupan yang serba sederhana dalam segala segi.

Semuanya terletak pada diri anda. Bagaimana anda meletakkan kebahagiaan di dalam kehidupan anda dan juga mengolahkannya di kehidupan anda seharian. Bagi saya, lambang kebahagiaan sebuah kehidupan itu sendiri terletak pada diri kita sendiri. Jika punyai segala-galanya namun kurang kasih sayang serta tidak mempunyai sifat kasih mengasihi dan juga hormat menghormati, maka seseorang itu akan sukar mencapai kebahagiaan yang sebenar di dalam kehidupannya.

Hidup di penuhi rasa ketakutan, menyimpan perasaan dendam, benci dan senantiasa iri hati dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh insan-insan yang lain di sekelilingi. Rasa perasaan bersalah menghantui seluruh kehidupan akan segala dosa-dosa yang telah dilakukannya. Tidak pernah terlintas di fikiran seseorang itu untuk bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Tamak dan juga merasa diri berkuasa lebih daripada segala-galanya. Sedangkan yang mengawal kehidupan kita selama ini hanyalah Allah yang maha esa.

Berusahalah untuk cuba memaafkan segala kesilapan insan-insan yang lain. Mereka juga adalah hamba Allah yang tidak sempurna dan senantiasa melakukan sebarang kesilapan. Jika punyai sedikit kelebihan dan juga kekayaan, maka latihlah diri untuk senantiasa memberi kepada golongan yang lebih memerlukan.

Itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Saling memaafkan dan juga bertimbang rasa di antara satu sama yang lain. Tidak menyimpan perasaan dendam dan juga benci yang terlalu lama. Apabila semuanya dapat dilupakan begitu sahaja, lama kelamaan kita akan dapat merasakan bahawa kehidupan ini terlalu indah dan juga amat singkat.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday, 27 March 2015

MAAF SAYA MEMANG TIDAK SEMPURNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Maaf! Saya memang tidak sempurna. Terlalu banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Antara sedar ataupun tidak setiap hari saya melakukan kesilapan. Namun kekadang kesilapan dan kesalahan itu bukanlah saya sengajakan. Jikalau memang ianya untuk tujuan menegur dan memberi nasihat, tolonglah lakukan nya dengan cara yang paling berhemah. Jangan terlalu mengikut perasaan hati dan juga menyimpan perasaan dendam dan amarah.

Janganlah kerana kejadian semalam membuat saya di hukum sebegini rupa. Saya juga insan biasa punya hati dan perasaan. Apa yang berlaku di masa lalu adalah suatu pengajaran buat sahaja. Cubalah berfikir, siapa yang menjadikannya sedemikian rupa. Tentulah Allah yang maha esa. Ada hikmah yang ingin di beri, makanya saya diuji sedemikian rupa.

Dengan mengatakan saya kurang berfikir, adalah tidak benar sama sekali. Kalau semua yang saya lakukan tanpa berfikir terlebih dahulu, tidak mungkin saya kembali bangkit membina kembali kehidupan yang seperti sekarang. Tanpa berfikir panjang tidak mungkin dengan begitu mudah saya memaafkan semua hamba Allah yang telah menyakiti hati saya dan anak-anak. Saya tetap pasrah dan redha menerima segala ketentuan. Kehidupan di dunia ini umpama menduduki kertas peperiksaan. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan bukan sekali malah berkali-kali.

Jika melakukan sebarang kesilapan, maka daripada kejadian itulah yang akan mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenar. Setiap hamba Allah di muka bumi tidak sama ujian dan juga dugaan yang akan di tempuhi. Segala tetap berbeza. Maka Allah pun menciptakan setiap hambanya berbeza tingkah laku dan juga keperibadian masing-masing.

Nasihat dan segala teguran akan saya perbaiki dari masa ke semasa. Namun untuk menjadi sempurna dan menjadi insan yang di harapkan di dalam sekelip mata terlalu sukar. Asal sahaja saya tersalah kata, akan ada suara-suara sumbang yang berterusan mengkritik itu dan juga ini. Padahal baru sahaja saya mengutarakan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Kesimpulannya keperibadian saya dan hamba Allah yang sedemikian rupa adalah sama. Tidak sempurna. Namun cuba menjadi yang sempurna dan terbaik untuk orang-orang yang di sayanginya.

Bila mana asyik dan terlalu mencari sesuatu kesempurnaan di dalam suatu perkara maka tidak akan nampaknya kebaikan malah akan memburukkan lagi keadaan dan juga sesuatu perhubungan.

Misalnya di dalam sesuatu perhubungan, jika asyik mencari sesuatu kesempurnaan di antara pasangan masing-masing maka agak sukar mengenali hati budi dan juga diri padangan masing-masing. Tanyalah pada diri anda sendiri, adakah ini hubungan yang anda inginkan selama ini? Adakah hubungan sebegini yang akan kekal ke suatu tahap yang anda idamkan selama ini? Asyik mencari suatu kesempurnaan hinggakan kita lupa mengenali siapakah diri pasangan kita yang sebenarnya.

Itu adalah contoh di dalam menjalinkan sesuatu perhubungan. Namun di dalam masyarakat, basicnya adalah tetap sama. Tiada yang sempurna dan masing-masing tetap dan harus belajar untuk bertolak ansur dan menghormati hati dan juga perasaan insan yang lain. Jikalau ditakdirkan seseorang itu mempunyai masa silam yang buruk dan kurang memuaskan, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh serta membimbing ke arah jalan yang sepatutnya.

Bukanlah dengan cara menghukum dengan sesuka hati kita. Kesimpulannya, tiada satu pun hamba Allah di muka bumi ini yang sempurna. Yang sempurna dan lengkap hanyalah Allah yang maha esa. Kalaupun teringin jadi yang sempurna cukuplah sekadar berpada-pada dan tidak menyakiti insan yang lain. Bersifat terbuka dan menerima kelemahan diri seseorang seadanya.

Insha Allah, dengan cara demikian akan wujudlah sikap bertolak ansur dan juga bertimbang rasa di antara satu sama yang lain.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Promosi bulan Mac masih berterusan!!!
3 buah ebook dengan harga yang amat menarik. Semua ebook ini di hasilkan hasil daripada mereka -mereka yang bernaung di bawah AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Ebook ini berkisar tentang mereka yang telah berjaya bekerja daripada rumah dan menjana pendapatan sendiri.
Harga 3 buah ebook ini ialah RM 50.
Tawaran masih terbuka. Tetapi tidak pasti sampai bila tarikh tutupnya.
Jika berminat hubungi Sariah Awang Senik 019-4075634 /whatshapp
Wechat id balqis74
Instragram sariah0274
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Blog http://sariahawangsenik.blogspot.com

REZEKI DI HARI JUMAAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, berkat hari Jumaat, rezeki yang Allah tiada terkata nikmatnya. Mungkin juga berkat apa yang saya amalkan sejak kebelakangan ini, nampak membuahkan hasilnya yang tersendiri. Dengan menjadikan amalan berzikir, bersolat sunat, bersedekah dan sebagainya, Allah jawab semua doa saya satu persatu.

Kini menjalankan perniagaan secara online ataupun offline adalah menjadi amalan saya sendiri. Mengusahakan perniagaan secara online rasanya lebih tersusun dan tidak perlukan anda meninggalkan rumah dan menganggu urusan rumahtangga anda.

Saya sendiri menjalankan perniagaan ini secara sambilan dan nampaknya membuahkan hasil yang berpatutan. Dengan hanya berinteraksi secara online dengan pelanggan perbezaan menjalankan perniagaan secara online dan juga offline tidak banyak bezanya. Semuanya perlukan kejujuran dan juga huhungan yang baik.

Insha Allah di masa akan datang, saya akan lebih konsisten dan lebih berdisplin lagi di dalam mencapai sesuatu matlamat. Alhamdulilah rezeki yang masuk dapat juga saya kongsikan bersama-sama dengan yang lain. Amin
Terpaksa berhenti di sini dahulu, kerana perlu masuk balik bekerja.
Nanti saya akan kongsikan dengan entri yang lebih banyak lagi.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berminat dengan kain cotton berkualiti tinggi.
Tidak mudah renyuk, sejuk dan selesa di pakai. Mudah juga di gosok.
Bidangnya 45. Harga kain masih sama .
Iaitu RM 85 belum termasuk postage.
Ingin tahu lebih lanjut, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday, 25 March 2015

LAGI KOLEKSI KAIN COTTON TERBARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebelum nak lelap mata ini, anda bolehlah singgah sebentar di blog saya ini, untuk melihat kalau-kalau ada lagi kain yang lagi sesuai untuk keluarga tersayang anda.

Terdapat pelbagai warna dan juga corak yang menarik.
Harganya adalah RM 85 .
Kos postage ini, terletak berapa banyak kain yang anda beli.

Jika berminat, hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih

AMALAN MENCUCI TANDAS DAN BILIK AIR UMPAMA MEMBERSIHKAN DIRI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hati rasa sangat bersyukur kerana dapat juga merehatkan diri pada hari 'offday' ini. Minggu lepas sepatutnya berehat tetapi tidak dibenarkan. Kalau musim cuti sekolah memang agar sukar untuk saya bercuti. Beberapa hari sebelum itu, saya telah pun bercuti awal kerana pulang ke kampung menjenguk orang tua kesayangan. Alhamdulilah mereka berdua sihat-sihat belaka.

Kalau hari 'offday' ini macam-macam yang hendak saya lakukan. Nak menulislah, menjahitlah, mengemas dan bermacam-macam lagi. Tetapi selalunya yang penting dululah yang selalu saya buat dahulu. Tapi hari ini, saya bercadang nak cuci tandas dan juga bilik air. Kebiasaannya saya cuci tandas dan bilik air 2 kali seminggu. Tetapi memandangkan saya agak sibuk pada minggu lepas, maka saya hanya sempat mencucinya hanya sekali sahaja.

Saya senantiasa memastikan menjaga amalan ini. Kalau arwah Datuk Nik Aziz yang juga seorang menteri besar Kelantan boleh mencucinya sendiri apatah lagi diri kita yang langsung tidak mempunyai sebarang jawatan penting di dalam sesebuah organisasi kerajaan.

Dengan mencuci tandas dan juga bilik air ianya bagaikan simbolik menyucikan diri kita daripada sebarang dosa. Air adalah sebagai agent utama yang memainkan peranan yang penting di dalam membersihkan diri kita. Begitu jugalah hal yang sama di dalam membersihkan diri kita daripada sebarang dosa. Jadi mulai daripada sekarang, rajin-rajinlah jadikan amalan ini sebagai salah satu tabiat yang baik di dalam kehidupan anda semua.

Bukan susah mana pun hendak mencuci tandas dan juga bilik air ini. Saya hanya perlukan sabun, berus untuk menggosok lantai , sedikit klorox dan juga pewangi bilik air. Bagaimana hendak mencucinya terpulanglah kepada kreativiti anda. Ada pelbagai macam cara. Semuanya terpulang kepada cita rasa masing-masing. Nak senang ataupun susah.

Antara sikap positif yang boleh saya kekalkan di dalam diri dan juga mungkin juga orang lain ialah;
@@@ Dapat mengingatkan diri akan segala amalan menyucikan diri di dalam ajaran agama Islam yang suci ini.
@@@ Dapat memupuk sikap positif di dalam diri seseorang.
@@@ Dapat muhasabah diri bahawa setiap kehidupan manusia adalah sama tanpa mengira darjat dan pangkat seseorang.
@@@ Kehidupan semua manusia adalah sama tanpa mengira warna kulit dan sebagainya. Maka kita tidak berhak untuk menghukum sesama manusia.

Mungkin ada banyak lagi sikap positif yang dapat kita amalkan dengan hanya mencuci tandas dan juga bilik air. Telah wujud juga pelbagai kisah menarik yang di dramakan dengan hanya menjadikan amalan mencuci tandas dan juga bilik air.

Akhir kata janganlah sesekali anda malu untuk menjadikan amalan ini di kalangan ahli keluarga anda. Ianya adalah amalan di dalam ajaran Islam yang paling mulia dan juga dapat membentuk dan memperkukuhkan keperibadian seseorang.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

BUKU ALLAH TEMPAT MEMINTA
TERDAPAT PELBAGAI KISAH MENARIK YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU ' ATM ' INI.
PENULIS BUKU INI IALAH FATHURI SALEHUDDIN. DI DALAMNYA TERKANDUNG KISAH SERAMAI 40 ORANG PENULIS.
HARGA BUKU INI IALAH RM 25 SUDAH TERMASUK POSTAGE.
Jika anda hendak dapatkannya, boleh hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

HARI INI OFFDAY

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Akhirnya, boleh juga rehat hari ini. Minggu lepas musim cuti sekolah. Tidak berpeluang cuti, kerana baru sahaja menghabiskan cuti selama 3 hari dengan pulang ke kampung halaman. Apa pun saya tetap bersyukur kerana semua yang di rancang berjalan dengan lancar.

Dah offday ini, banyak sangat yang perlu saya lakukan. Dalam hati nak menjahitlah, menulislah tapi tidak tahulah yang mana satu akan dilakukan nanti. Tengahari tadi, saya ke pekan untuk membuat sedikit pembayaran di bank. Kemudian ke kedai cermin mata untuk membuat pemeriksaan mata.
Amat terkejut sebenarnya, kerana saya harus pakai cermin mata. Alamak! Dah makin teruk rupanya mata saya ini.

Baru beberapa minggu yang lepas, anak dara telah juga membuat pemeriksaan mata. Dah berumur ini macam-macam penyakit pulak yang datang ya. Saya berdoa janganlah ada lagi penyakit yang lain datang. Cukuplah dengan segala kesusahan yang saya hadapi sejak kebelakangan ini.

Okey, saya nak berhenti dahulu kerana nak buat lagi satu entri yang seterusnya. Semoga hari ini dan akan datang akan membawa seribu kebahagiaan dan juga keberkatan kepada semua yang membaca blog dan juga yang mengenali diri saya ini.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday, 23 March 2015

HUJAN LEBAT KEMBALI LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah hujan lebat kembali lagi ke daerah aku. Memang tepat sangkaan aku yang petang ni akan hujan lebat. Aku bersyukur jugak sebab kebetulan hari ini aku puasa sunat. Masa hendak pergi beli makanan untuk anak dara tadi, terdetik dalam hati aku, kalau hujan kan sejuklah sikit bumi Allah ini.

Tidak sangka doa aku di makbulkan terus oleh Allah. Belum sempat nak pergi kerja lagi, hujan dah pun turun. Mungkin salah aku sendiri yang bersiap lambat. Dah tahu nak hujan tapi masih terhegeh-hegeh tidak bersiap lagi. Walaubagaimana pun hujan kali ini terlalu lebat. Air sungai di belakang rumah ni pun naik hampir mencecah jambatan. Janganlah ada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Lebih kurang pukul 4.30 petang, barulah hujan agak reda kembali. Aku pun apa lagi. Terus mencapai beg dan simpan kasut kerjaku ke dalam plastik. Dalam plastik tu aku letakkan bersama stokin sekali. Jadi tidaklah basah kasut dan juga stokin. Dengan berpayungkan payung yang agak comel, aku memulakan perjalanan ke tempat kerja. Kenalah pakai selipar kerana air hujan terlalu banyak di atas jalan raya.

Akhirnya aku pun sampai juga di tempat kerja. Nasib baju uniform kerja ku tidak basah. Cuma seluar sahaja yang agak basah dek kerana tempias air hujan. Apa pun aku bersyukur kerana semua perjalanan berjalan dengan lancar. Aku memulakan perkerjaanku seperti biasa. Alhamdulilah pelanggan pun agak kurang. Jadi tidaklah aku tergesa-gesa menyiapkan segala tugasan ku.

Semua urusanku pekerjaan ku berjalan dengan lancar hari ini. Kebetulan pula malam ini, kedai ku tutup pukul 10 malam. Jadi adalah masa untuk aku menghabiskan masa yang ada bersama-sama dengan anak-anak tersayang.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...