Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah hujan lebat kembali lagi ke daerah aku. Memang tepat sangkaan aku yang petang ni akan hujan lebat. Aku bersyukur jugak sebab kebetulan hari ini aku puasa sunat. Masa hendak pergi beli makanan untuk anak dara tadi, terdetik dalam hati aku, kalau hujan kan sejuklah sikit bumi Allah ini.
Tidak sangka doa aku di makbulkan terus oleh Allah. Belum sempat nak pergi kerja lagi, hujan dah pun turun. Mungkin salah aku sendiri yang bersiap lambat. Dah tahu nak hujan tapi masih terhegeh-hegeh tidak bersiap lagi. Walaubagaimana pun hujan kali ini terlalu lebat. Air sungai di belakang rumah ni pun naik hampir mencecah jambatan. Janganlah ada apa-apa perkara yang buruk berlaku. Lebih kurang pukul 4.30 petang, barulah hujan agak reda kembali. Aku pun apa lagi. Terus mencapai beg dan simpan kasut kerjaku ke dalam plastik. Dalam plastik tu aku letakkan bersama stokin sekali. Jadi tidaklah basah kasut dan juga stokin. Dengan berpayungkan payung yang agak comel, aku memulakan perjalanan ke tempat kerja. Kenalah pakai selipar kerana air hujan terlalu banyak di atas jalan raya.
Akhirnya aku pun sampai juga di tempat kerja. Nasib baju uniform kerja ku tidak basah. Cuma seluar sahaja yang agak basah dek kerana tempias air hujan. Apa pun aku bersyukur kerana semua perjalanan berjalan dengan lancar. Aku memulakan perkerjaanku seperti biasa. Alhamdulilah pelanggan pun agak kurang. Jadi tidaklah aku tergesa-gesa menyiapkan segala tugasan ku.
Semua urusanku pekerjaan ku berjalan dengan lancar hari ini. Kebetulan pula malam ini, kedai ku tutup pukul 10 malam. Jadi adalah masa untuk aku menghabiskan masa yang ada bersama-sama dengan anak-anak tersayang.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment