Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Anak-anak syurgaku telah pun ke sekolah semuanya. Hari ini anak dara yang comel bakal menghadapi ujian di sekolahnya. Sementara si abang akan menghadapi ujiannya pada minggu hadapan. Walaupun si abang dah semakin besar, aku tetap memandang dan menganggapnya seperti anak-anak yang masih kecil. Setiap hari aku akan menghantarnya ke simpang di hadapan rumahku untuk menunggu bas yang paling awal.
Memang dia dah besar dan pandai jaga diri, tetapi aku risau akan faktor keselamatannya sementara menunggu bas itu. Setelah selesai, aku akan pulang semula ke rumah dan menyiapkan pula anak dara aku yang seorang ini. Biasanya anak dara seorang ini, memang aku gerakkannya awal, tapi ambil masa berjam-jam di dalam bilik air tu. Entah apa yang di buatnya, aku pun kurang pasti. Bila tanya, dia akan cakap dah nak siap dah. Itulah alasan yang selalu aku dengar. Tapi siapnya tidak jugak.
Setelah bersiap dan bersarapan, aku akan hantar anak daraku sendiri ke sekolah. Walaupun dia menaiki basikal ke sekolah, aku gemar temankannya dan hantarnya sampai ke kelasnya. Kelasnya terletak paling atas, dan kekadang terasa lenguh juga nak sampai ke tingkat yang paling atas. Kebiasaannya sebelum meninggalkan anak daraku di sekolah, aku gemar memeluk dan juga menciumnya berkali-kali. Hal yang sama juga aku lakukan pada si abang. Tidak kisahlah mereka suka ataupun tidak, aku tidak akan berhenti melakukannya.
Memandangkan kedua anak syurgaku kekurangan kasih sayang seorang ayah , maka aku harus lebih dan bersedia memberikan kasih sayang sebagai seorang ibu dan juga ayah. Tidak gemar menghasut mereka tentang ayah mereka, aku tetap dan akan kekal berkata hanya yang baik sahaja tentang ayah mereka. Selalunya, aku akan cakap, mungkin ayah mereka ada masalah ataupun ada sebab yang lain. Apapun mereka berdua anak-anak yang bijak dan sudah pandai membuat sebarang kesimpulan.
Sebenarnya bukan mudah menjadi seorang ibu dan juga ayah sekaligus. Namun aku harus berbuat demikian demi kebahagiaan anak-anak syurgaku di masa hadapan. Hanya masa sahaja yang akan menentukan segalanya. Semoga mereka berdua akan menjadi anak-anak kuat semangat dan tahan lasak menghadapi segala cabaran kehidupan. Mampu berdikari dan tidak selalu mengharap bantuan daripada orang lain.
Insha Allah sebagai seorang ibu aku tidak akan sesekali leka daripada berdoa untuk mereka berdua. Amin.
Nota : Anak bujang tersayang sangat berminat dan berbakat di dalam penulisan khat. Mungkin jika ada sesiapa yang terbaca entri ini yang boleh berikan lebih banyak maklumat tentang di mana tempat yang sesuai yang dapat kembangkan bakat anak bujang tersayang. Jika ada sesiapa yang mengetahuinya bolehlah hubungi saya seperti di bawah.
Sariah Awang Senik
019-4075635 / Whatshapp
Fb Sariah Awang Senik
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Blog : Travelog Kehidupan.
No comments:
Post a Comment