Saturday, 21 March 2015

SEPETANG MEMASAK SAMBAL HITAM BELIMBING BULOH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sariah Awang Senik
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sambal Hitam, sambal itam ataupun sambal Hitam Belimbing Buloh semua pun adalah sambal yang sama. Sambal yang sangat popular di daerah kelahiran aku Kuala Lipis. Kalau nak tahu nak masak sambal ini tidaklah sesusah mana. Cuma yang rumitnya hendak dapatkan bahan mentah belimbing yang telah di rebus sehingga kering dan jadi hitam.

Kalau nak tahu, arwah emak dan juga abah aku sendiri adalah orang yang paling pakar merebus belimbing buloh ini sehingga kering dan menjadi hitam. Hitam tidak bermaksud hangit ataupun rentung.

Kini arwah emak telah tiada. Hanya abah sahaja yang masih lagi mengamalkan merebus belimbing buloh ini sehingga menjadi hitam. Tetapi sekarang agak sukar untuk mendapatkan bahan mentah ini. Aku sendiri hanya membelinya terus daripada pembekal dari kampung. Kebanyakannya dah tentulah orang-orang kampung yang duduk di sekitar Benta dan juga daerah Kuala Lipis.

Pada awal cuti sekolah baru-baru ini, semua bekalan bahan mentah ini, aku beli sedikit demi sedikit. Hajat hati untuk memasak sambal yang telah di pesan oleh rakan sekerja aku, yang teringin merasai kesedapan sambal hitam aku tu.
Mereka sanggup membeli sambal hitam aku tu. Harga yang aku jual tidaklah semahal mana. Rasanya sangat berbaloi. Resipinya pun adalah resipi yang asal dan langsung tidak berubah sama sekali.

Semuanya masih sama seperti mana yang arwah emak aku ajar dahulu. Kata arwah emak, sambal Hitam ini kena di masak sehingga kering dengan api yang sangat perlahan. Kalau kuat apinya, alamat hangitlah jadinya dan dah tentulah tidak sedap lagi.

Hampir seharian aku memasak sambal hitam yang telah dipesan oleh 2 orang rakan sekerja aku. Cukuplah rezeki aku 3 beranak untuk hari tersebut. Bermula dengan mengopek ikan bilis dengan di bantu oleh anak dara kesayangan dan seterusnya mengoreng ikan bilis tersebut hingga menjadi garing.

Kini ada bermacam versi sambal hitam yang telah di komersialkan. Namun semuanya tidak sama dengan rasa dan resipi yang telah arwah emak wariskan kepada aku sendiri. Aku berusaha untuk kekalkan rasa yang sama sepertimana arwah emak aku buat dahulu.

Setelah sambal hitam aku siap di masak, aku terus memberinya kepada 2 orang rakan sekerja aku. Gembrianya mereka berdua apabila melihat sambal Hitam yang aku buat itu. Kalau ada yang teringin merasai kesedapan sambal Hitam yang masam, manis pedas ini, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh terus email di sariah.awangsenik@gmail.com. Harga sangat berpatutan. Tidaklah sampai ratusan ringgit.

Rasanya adalah resipi asal arwah emak dan langsung tidak diubah 100%. Bagi yang tidak tahan pedas, saya boleh kurangkan rasa pedas sambal Hitam ini.
Jika berminat bolehlah hubungi saya ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
019-4075635/ Whatshapp
Wechat balqis74
Instragram sariah0274
blog http://sariahawangsenik.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...