Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Si kereta kancil merah kepunyaan adik ku ini memang telah banyak berjasa kepada aku dan juga anak-anak kesayanganku. Awal cuti sekolah yang lepas, aku berpeluang pulang ke kampung dengan menaiki kereta kancil berwarna merah kepunyaan adikku. Walaupun kecil, namun aku dan anak-anak tetap merasa,bersyukur menaiki kereta kancil merah ini. Kereta kancil ini hanyalah manual dan bukan automatik.
Bayangkan aku memandunya pulang ke kampung meredah jem yang teruk bermula di kawasan Gombak. Dah namanya awal cuti sekolah. Maka berpusu-pusulah manusia mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menjenguk orangtua di kampung. Memandu kereta yang bukan automatik memerlukan fokus dan juga daya ketahanan yang kuat. Pandai menggunakan gear yang sesuai untuk menempuh jalanraya yang amat sesak dengan segala macam jenis kenderaan. Selalunya aku menggunakan gear 2 ataupun 3. Setelah agak lancar arus perjalanan maka barulah aku tukarkan ke gear 4 dan seterusnya gear 5.
Yang paling mencabar kesabaran dan juga daya ketahanan aku ialah semasa mengharungi jalan yang sesak bermula di persimpangan menuju ke Genting dan juga ke terowong Karak. Sudahlah dengan jalan yang mendaki bukit, aku tidak putus-putus berdoa agar tidak mati engine dan berdoa tidak mendatangkan masalah kepada pemandu kenderaan yang lain. Di kiri dan di kanan, depan dan belakang terdapat banyak kereta yang berjenama terkenal dan dah tentulah lebih laju daripada kereta kancil merah adikku yang comel ini. Dengan berbekalkan doa dan juga kemahiran yang serba sedikit tentang pemanduan kereta, aku berjaya juga menempuh jalan yang sesak ini. Gear yang sesuai dan penggunaan klash dan minyak aku merasa sangat bangga dapat melepasi semua halangan jalan yang amat sesak ini.
Di tambah dengan aircondnya yang tiada, anak-anakku tetap sabar dan senantiasa memberi semangat untuk meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke kampung. Selepas melepasi Bukit Tinggi, aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dengan mengikuti jalan lama hinggalah sampai ke Bentong untuk mengurangkan rasa panas melalui jalan highway. Alhamdulilah bukan aku sahaja yang berbuat demikian. Ramai lagi kereta -kereta yang lain yang ikut di belakang kereta kancil merah adikku ini.
Aku bersyukur kerana aku dan anak-anak selamat pulang ke kampung dan begitu juga dengan perjalanan kami balik semula ke sini. Setelah sampai di Raud, aku berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke kampung untuk bertemu dengan kedua orang tua aku.
Pada jam hampir pukul 8 malam, aku dan anak-anak selamat sampai di rumah ayahku. Kebetulan rumah ayahku terletak di jalan menuju ke Kelantan. Terdapat banyak lagi kenderaan menuju ke Kelantan. Dan ada juga kemalangan yang berlaku di sana sini. Kereta yang di pandu terlalu laju ataupun mungkin mereka merasa terlalu mengantuk.
Apapun aku merasa berpuas hati dengan segala perjalanan yang semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun hanya sesekali berpeluang memandu namun aku masih ingat akan cara-cara pemanduan yang selamat. Berdoa semoga suatu hari nanti aku berpeluang memiliki kereta sendiri suatu hari nanti. Tidak kisahlah sama ada kereta itu automatik ataupun secara manual. Amin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Berpeluang mempelajari menulis blog dan juga memiliki kedai online anda sendiri dengan pakej yang menarik. Anda boleh miliki semuanya dengan hanya membayar secara beransur-ansur.
Harga pendaftaran masih sama. Iaitu RM 200.
Jika membayar secara ansuran kelas hanya akan bermula setelah selesai semua bayaran ansuran. Dan jika bayar cash , kelas akan bermula serta merta.
Ingin tahu lebih lanjut, anda boleh hubungi saya seperti di bawah :
Sariah Awang Senik
019-4075635/ Whatshapp
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Wechat balqis74
Instragram sariah0274
Blog http://sariahawangsenik.blogspot.com
No comments:
Post a Comment