Friday, 20 March 2015

JANGAN MUDAH TERPEDAYA WAHAI WANITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Hati merasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk menulis suatu entri yang sangat berguna dan juga mungkin dapat dijadikan panduan dan juga rujukan kepada semua kaum wanita di dalam mencari dan juga meraih cinta sejati. Memang sifat wanita telah dijadikan oleh Allah sangat lemah. Dan mudah terpengaruh dan terleka oleh ayat-ayat manis yang diluahkan oleh kaum adam. Ada kalanya kaum wanita sukar membezakan antara yang logik ataupun tidak logik.

Berhati-hatilah apabila berkenalan di laman sosial seperti Facebook, Wechat dan juga Whatshapp. Memang ada yang jujur dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita itu sendiri. Mereka menyamar menggunakan profile berwajahkan orang Asia tetapi tidak mempunyai ramai kenalan. Kadang-kadang mereka akan meletakkan gambar anak-anak kecil dan mendakwa gambar anak tersebut adalah anak mereka.

Hati wanita memanglah mudah jatuh simpati dan juga kesian terhadap mereka. Sekali pandang memang tiada yang pelik ataupun berunsurkan penipuan, namun setelah kita terima mereka sebagai rakan dan ber'chat' menerusi alam maya ini barulah kita akan perasan ada sesuatu yang tidak kena. Mereka akan berusaha membuatkan kita tergoda dengan ayat-ayat manis mereka.

Dan ada juga yang mendakwa berketurunan 'Tengku' dan akan menjelaskan bahawa dilahir dan dibesarkan di New York dan langsung tidak pandai berbahasa Melayu.
Jangan mudah terpedaya, wahai kaum wanita jika anda sedang berchat dengan mereka sekarang. Mereka akan cuba perangkap kita dengan katakan nak kongsi kebahagiaan mereka bersama dengan kita. Sebenarnya mereka hanya hendak menipu kita sahaja.

Selalunya mereka akan memberikan kita hadiah yang banyak. Kemudian, mereka akan berikan kita 'pic' tentang semua hadiah yang mereka hantar kepada kita. Kalau nak tahu pic itu semua adalah barangan seperti handbag, cincin, jam, baju yang cantik. Dan yang tersangat merbahayanya adalah mendakwa meletakkan sejumlah wang us dollar di dalam kotak-kotak yang di isikan segala hadiah tersebut. Mereka kononnya akan terus menghantar segala hadiah tersebut tanpa memberitahu kita terlebih dahulu. Itulah cara mereka memperdayakan diri kita. 

Dakwanya lagi, hadiah tersebut akan sampai dalam masa 2 ataupun 3 hari dan kita perlu membayar semua charges penghantaran barangan tersebut. Wahai, kaum wanita, inilahcaranya mereka menipu tanpa kita sedari. Mana mungkin seseorang yang hendak memberikan kita hadiah, kita pula yang terpaksa membayar semua chargesnya.

Jangan lakukan sesuatu yang bodoh dengan membayar semua charges barangan tersebut. Mungkin mereka telah lama merancang untuk berbuka demikian terhadap diri kita. Usah terlalu mudah terpedaya dengan segala janji manis kaum lelaki seperti ini. Jika merasa ragu-ragu ataupun was-was, silalah rujuk kepada pihak yang lebih arif tentang hal ini semua. Jika benar mereka ingin berkongsi kebahagiaan , kenapa mereka pilih kita untuk memberikan semua hadiah tersebut. Pasti di falam Facebook akan ada lebih ramai lagi kenalan ataupun rakan yang lain.

Lelaki ini akan terus mendesak untuk membayar semua charges barangan tersebut. Jangan terus membuat pembayaran. Abaikan sahaja barang tersebut. Semua itu adalah tidak wujud sama sekali. Process untuk mengambil barangan tersebut adalah bukan seperti demikian. Fikirkanlah secara logik, mana boleh 'clear'kan barangan di kastam tanpa kebenaran pelanggan itu tersendiri. 

Mereka ini teramat bijak mengatur strategi untuk berusaha menipu kaum wanita yang dah agak berumur. Antara yang menjadi mangsa adalah kaum wanita yang berumur sekitar 30an ke atas. Ada juga ibu-ibu tunggalyang mempunyai status kewangan yang kukuh. Sesungguhnya cinta dan juga kasih sayang mereka tidak wujud sama sekali. Mereka hanya hendak memerangkap dan menyusahkan lagi kehidupan kita. Jauhkan diri daripada mereka dengan serta merta.

Masih banyak lelaki yang baik di luar sana yang boleh kita percayai dan harapkan. Akhirkata jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena ataupun hampir ditipu, rujuklah kepada pihak berkuasa ataupun melaporkan kepada pihak berkuasa.

Jangan terus membiarkan diri anda terleka dan juga hanyut oleh perasaan cinta dan kasih sayang yang tidak nyata.


Nota : Kes ini masih sering berlaku dan akan senantiasa berlaku. Mereka akan menggunakan pelbagai teknik untuk terus berusaha menipu dan juga memperdayakan kaum wanita. Jika anda rasakan ada sesuatu yang tidak kena, laporkan kesemuanya kepada pihak berkuasa.

Sekian.



No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...