Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Apakah lambang kebahagiaan sebuah kehidupan?
Mempunyai sebuah rumah yang besar, mempunyai kereta yang mewah, bersuamikan seorang suami yang kaya raya, punyai seorang isteri yang cantik, anak-anak yang ramai, ada pekerjaan yang bagus dan juga gaji yang agak lumayan ataupun hanya mempunyai sebuah kehidupan yang serba sederhana dalam segala segi.
Semuanya terletak pada diri anda. Bagaimana anda meletakkan kebahagiaan di dalam kehidupan anda dan juga mengolahkannya di kehidupan anda seharian. Bagi saya, lambang kebahagiaan sebuah kehidupan itu sendiri terletak pada diri kita sendiri. Jika punyai segala-galanya namun kurang kasih sayang serta tidak mempunyai sifat kasih mengasihi dan juga hormat menghormati, maka seseorang itu akan sukar mencapai kebahagiaan yang sebenar di dalam kehidupannya.
Hidup di penuhi rasa ketakutan, menyimpan perasaan dendam, benci dan senantiasa iri hati dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh insan-insan yang lain di sekelilingi. Rasa perasaan bersalah menghantui seluruh kehidupan akan segala dosa-dosa yang telah dilakukannya. Tidak pernah terlintas di fikiran seseorang itu untuk bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Tamak dan juga merasa diri berkuasa lebih daripada segala-galanya. Sedangkan yang mengawal kehidupan kita selama ini hanyalah Allah yang maha esa.
Berusahalah untuk cuba memaafkan segala kesilapan insan-insan yang lain. Mereka juga adalah hamba Allah yang tidak sempurna dan senantiasa melakukan sebarang kesilapan. Jika punyai sedikit kelebihan dan juga kekayaan, maka latihlah diri untuk senantiasa memberi kepada golongan yang lebih memerlukan.
Itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Saling memaafkan dan juga bertimbang rasa di antara satu sama yang lain. Tidak menyimpan perasaan dendam dan juga benci yang terlalu lama. Apabila semuanya dapat dilupakan begitu sahaja, lama kelamaan kita akan dapat merasakan bahawa kehidupan ini terlalu indah dan juga amat singkat.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment