Friday, 27 March 2015

MAAF SAYA MEMANG TIDAK SEMPURNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Maaf! Saya memang tidak sempurna. Terlalu banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Antara sedar ataupun tidak setiap hari saya melakukan kesilapan. Namun kekadang kesilapan dan kesalahan itu bukanlah saya sengajakan. Jikalau memang ianya untuk tujuan menegur dan memberi nasihat, tolonglah lakukan nya dengan cara yang paling berhemah. Jangan terlalu mengikut perasaan hati dan juga menyimpan perasaan dendam dan amarah.

Janganlah kerana kejadian semalam membuat saya di hukum sebegini rupa. Saya juga insan biasa punya hati dan perasaan. Apa yang berlaku di masa lalu adalah suatu pengajaran buat sahaja. Cubalah berfikir, siapa yang menjadikannya sedemikian rupa. Tentulah Allah yang maha esa. Ada hikmah yang ingin di beri, makanya saya diuji sedemikian rupa.

Dengan mengatakan saya kurang berfikir, adalah tidak benar sama sekali. Kalau semua yang saya lakukan tanpa berfikir terlebih dahulu, tidak mungkin saya kembali bangkit membina kembali kehidupan yang seperti sekarang. Tanpa berfikir panjang tidak mungkin dengan begitu mudah saya memaafkan semua hamba Allah yang telah menyakiti hati saya dan anak-anak. Saya tetap pasrah dan redha menerima segala ketentuan. Kehidupan di dunia ini umpama menduduki kertas peperiksaan. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan bukan sekali malah berkali-kali.

Jika melakukan sebarang kesilapan, maka daripada kejadian itulah yang akan mengajar kita tentang erti kehidupan yang sebenar. Setiap hamba Allah di muka bumi tidak sama ujian dan juga dugaan yang akan di tempuhi. Segala tetap berbeza. Maka Allah pun menciptakan setiap hambanya berbeza tingkah laku dan juga keperibadian masing-masing.

Nasihat dan segala teguran akan saya perbaiki dari masa ke semasa. Namun untuk menjadi sempurna dan menjadi insan yang di harapkan di dalam sekelip mata terlalu sukar. Asal sahaja saya tersalah kata, akan ada suara-suara sumbang yang berterusan mengkritik itu dan juga ini. Padahal baru sahaja saya mengutarakan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Kesimpulannya keperibadian saya dan hamba Allah yang sedemikian rupa adalah sama. Tidak sempurna. Namun cuba menjadi yang sempurna dan terbaik untuk orang-orang yang di sayanginya.

Bila mana asyik dan terlalu mencari sesuatu kesempurnaan di dalam suatu perkara maka tidak akan nampaknya kebaikan malah akan memburukkan lagi keadaan dan juga sesuatu perhubungan.

Misalnya di dalam sesuatu perhubungan, jika asyik mencari sesuatu kesempurnaan di antara pasangan masing-masing maka agak sukar mengenali hati budi dan juga diri padangan masing-masing. Tanyalah pada diri anda sendiri, adakah ini hubungan yang anda inginkan selama ini? Adakah hubungan sebegini yang akan kekal ke suatu tahap yang anda idamkan selama ini? Asyik mencari suatu kesempurnaan hinggakan kita lupa mengenali siapakah diri pasangan kita yang sebenarnya.

Itu adalah contoh di dalam menjalinkan sesuatu perhubungan. Namun di dalam masyarakat, basicnya adalah tetap sama. Tiada yang sempurna dan masing-masing tetap dan harus belajar untuk bertolak ansur dan menghormati hati dan juga perasaan insan yang lain. Jikalau ditakdirkan seseorang itu mempunyai masa silam yang buruk dan kurang memuaskan, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh serta membimbing ke arah jalan yang sepatutnya.

Bukanlah dengan cara menghukum dengan sesuka hati kita. Kesimpulannya, tiada satu pun hamba Allah di muka bumi ini yang sempurna. Yang sempurna dan lengkap hanyalah Allah yang maha esa. Kalaupun teringin jadi yang sempurna cukuplah sekadar berpada-pada dan tidak menyakiti insan yang lain. Bersifat terbuka dan menerima kelemahan diri seseorang seadanya.

Insha Allah, dengan cara demikian akan wujudlah sikap bertolak ansur dan juga bertimbang rasa di antara satu sama yang lain.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Promosi bulan Mac masih berterusan!!!
3 buah ebook dengan harga yang amat menarik. Semua ebook ini di hasilkan hasil daripada mereka -mereka yang bernaung di bawah AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Ebook ini berkisar tentang mereka yang telah berjaya bekerja daripada rumah dan menjana pendapatan sendiri.
Harga 3 buah ebook ini ialah RM 50.
Tawaran masih terbuka. Tetapi tidak pasti sampai bila tarikh tutupnya.
Jika berminat hubungi Sariah Awang Senik 019-4075634 /whatshapp
Wechat id balqis74
Instragram sariah0274
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Blog http://sariahawangsenik.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...