Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Telah hampir dua minggu, sudah pun masuk bulan Mac, tapi masih dan asyik leka dengan sesuatu yang menyebabkan aku lari daripada fokusku yang sebenar. Fokus utama ialah menyimpan hasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan dari rumah, menjahit kraftangan sendiri dan juga menulis tentang apa sahaja perkongsiaan yang berguna dan berfaedah untuk semua.
Sebenarnya, aku ingin lebih fokus dan juga konsisten di dalam penulisan aku di blog yang serba sederhana ini iaitu Travelog Kehidupan. Namanya pun kehidupan. Jadi aku akan lebih banyak menulis tentang segala pengalaman pahit dan juga manis, sepanjang 41 aku di lahirkan di bumi bertuah ini.
Kalau nak tahu, terlalu banyak yang aku ingin cepat capai selepas bergelar seorang ibu tunggal. Pandangan aku makin luas dan juga berkembang setelah bernaung di bawah kumpulan sokongan iatu Akademi Bekerja Dari Rumah. Hampir setahun berada di sini. Tetapi rasanya usaha dan fokus yang aku lakukan bukanlah luar biasa ataupun 'All out' lagi. Banyak perkara yang buat aku asyik leka dan hilang fokus. Antaranya keadaan masalah kerja tetap aku dan bermacam-macam lagi.
Namun aku perlu lebih berusaha dan sentiasa punyai semangat yang kuat. Kuat ke semangat aku ini? Yang aku tahu, sama ada kuat ataupun tidak, aku main redah je dengan masalah yang ada. Bagi aku senang je. Setiap masalah ataupun dugaan yang datang, sebenarnya tersembunyi hikmah yang hanya yang berkuasa sahaja yang maha mengetahuinya.
Untuk itu, aku harus lebih dan mesti berdisplin melatih diri aku yang sebenarnya. Kalau hendak sesuatu yang luar biasa, maka usaha setiap hari pun kena luar biasa juga kan. Jangan hanya pandai berkata-kata. Umpama burung kakak tua, pandai berkata-kata tetapi tidak faham apa yang diperkatakan sebenarnya.
Kini aku tidak mahu lagi menjadi terlalu leka. Sampai masa aku buat kerja, aku akan lakukannya secara bersungguh-sungguh. Semangat dan juga terus bersemangat. Esok, insha Allah akan lebih indah daripada hari ini.
Coretan Untuk Motivasi Diri
Sariah Awang Senik
019-4075635/ Whatshapp
Fb Sariah Awang Senik
Wechat Balqis74
Instragram sariah0274
Blog Travelog Kehidupan
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Kita tak sedar yang diri kita kuat, selalunya kita rasaa diri kita lemah dan mudah beremosi, tapi orang sekeliling kita yang nampak, betapa kuat & tabahnya kita sebagai ibu tunggal. Teruskan usaha kak, semoga terus kuat & tabah mengejar cita-cita.
ReplyDelete