Monday, 23 February 2015

GENAPLAH USIA 41 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sudah pun mencapai usia 41 tahun. Tetapi terasa terlalu banyak perkara yang perlu di pelajari. Kalau nak tahu memang tahun ini tiada sebarang sambutan istimewa yang dilakukan. Tarikh hari jadinya jatuh sehari hari raya Cina. Maka jawabnya terpaksalah bekerja dari pagi hinggalah ke lewat malam. Ucapan yang paling bermakna adalah daripada anak-anak tersayang dan itulah yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk bekerja dan menghadapi segala dugaan di kehidupan ini.

Banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan aku selama ini. Tidak kiralah kisah sedih mahupun sebaliknya. Namun dengan semua cabaran kehidupan inilah, aku banyak belajar dan menjadikan pengajaran buat diriku dan anak-anak sekalian.

Bergelar seorang ibu tunggal yang telah pun berumur 41 tahun, bukanlah perkara yang mudah. Perasaan rendah diri dan sering menjadi bahan umpatan masyarakat telah semakin sebati di dalam kehidupan aku seharian. Kenyataannya ramai yang melabelkan golongan ibu tunggal ini sering menjadi perosak rumahtangga orang lain. Namun bukan semuanya berperangai sedemikian. Ada juga golongan ibu tunggal yang suka berdikari dan juga cuba membina kembali kehidupan yang ada dan mendidik dan membesarkan anak-anak bersendirian. Sesetengahnya ada yang sudah pun berjaya empayar perniagaan sendiri dan juga punyai impian untuk hidup bahagia seperti orang lain.

Walauapa pun, aku tidak malu membawa gelaran tersebut. Semuanya sudah tertulis dan tetap tidak akan kalah dengan segala cabaran yang mendatang. Fikir bahawa ada lagi golongan ibu tunggal yang punyai kehidupan yang lebih teruk berbanding aku dan juga anak-anak. Kini aku semakin selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Cuba menyusun dan juga mengkukuhkan ekonomi keluarga sebaik yang mungkin.
Mempelajari sesuatu kemahiran dan fokus dan selesaikan sesuatu hingga berjaya adalah misi yang telah sekian saya jalankan.

Halangannya mungkin terletak pada diri yang mudah terpedaya dek keletihan dan juga segala macam godaan yang ada di sekeliling kita. Genap 41 tahun ini, aku cuba menyusun semula strategi yang ada, agar lebih tersusun dan berdisplin.

Coretan Hari Jadi
Sariah Awang Senik

Sunday, 22 February 2015

PENAT BEKERJA WAKTU MUSIM PERAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bersempena cuti hari raya Cina yang lepas, saya terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam. Kalau nak di cerita pasal penat hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Hampir semua shift pagi terdiri daripada bangsa Cina. Dan menyebabkan shift petang terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam.

Permulaan bekerja pada hari pertama kerja pagi memang amat mencabar. Maklum sahajalah semalamnya habis kerja jam 12 malam. Dan esoknya hari Rabu telah pun memulakan shift pagi. Dan secara kebetulan pula hari pertama bekerja jatuh pada tarikh hari lahir kelahiran saya. Agak terkilan kerana tidak dapat meraikannya bersama dengan anak-anak tersayang. Namun ucapan dan ingatan kasih sayang anak-anak dapat mengubat semua rasa terkilan saya. Anak dara adalah insan pertama yang mengucapkan kata-kata yang indah itu. Dan itu tambah membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran.

Bekerja di dalam keadaan yang stress dan dengan keadaan cuaca yang semakin panas, bukanlah perkara yang mudah. Semalam hari terakhir cuti musim perayaan, keadaan sesak orang ramai yang pulang semula ke rumah untuk bekerja dan juga ada anak-anak yang akan bersekolah. Gelagat mereka sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada orang-orang macam saya. Dek kerana terlalu lama berada di dalam keadaan jalan yang jem, membuatkan orang ramai menjadi cepat marah dan juga berada di dalam keadaan yang tertekan.

Itulah cabaran sebenar saya yang bertugas sebagai salah seorang pekerja di sebuah lebuh raya utara selatan. Walaupun pekerjaan ini bukanlah berdasarkan minat namun saya tetap akan jalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Dan itulah yang saya lakukan hampir setiap hari. Kadang-kadang dengan gelagat pelanggan yang pelbagai hampir juga menguji tahap kesabaran saya sebagai pekerja. Memandangkan bekerja di bawah pengawasan PLUS, maka layanan dan juga kebersihan amat di utamakan.

Ketika saya sedang menulis entri ini, saya sedang cuba berehat sepenuhnya, sebelum bekerja semula pada jam 3 petang ini nanti. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana sudah selesaikan semua tugasan saya sebagai pekerja sebaik yang mungkin. Ada beberapa perkara yang harus saya selesaikan terlebih dahulu sebaik sahaja selesai menulis entri ini. Apa pun, saya tetap menyimpan cita-cita untuk bekerja daripada rumah insha Allah suatu hari nanti.

Coretan Penat Lelah
Sariah Awang Senik.

Wednesday, 11 February 2015

KENANGAN MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http;//sariahawangsenik.blogspot.com

Masa sehari bercuti memang agak pantas berlalu. Macam makan nasi. Itulah yang aku rasa bila setiap hari aku offday ataupun cuti rehat. Kalau nak tahu dah off ini banyak sangat perkara yang aku hendak lalukan. Nak menjahitlah, menulislah dan bermacam-macam lagi. Kadang rasa tidak terbuat semua. Namun apa yang pasti hari ini je dah hampir dua ataupun tiga entri aku kat blog kesayangan aku ini iaitu Travelog Kehidupan.

Okey dah malam-malam macam ini aku suka mendengar radio sambil menulis. Laju je idea. Tidak payah nak fikir lama sangat. Aku pernah jugak alami kekeringan idea. Selalunya aku akan baca buku. Tidak kiralah buku apa. Anak-anak syurgaku sudah pun lena di buai mimpi. Mereka ini mesti penat sangat masa sekolah tadi. Al maklumlah hari ini hari aktiviti kokurikulum di sekolah.

Ketika sedang menulis entri ini, aku asyik melayan perasaan dan juga teringat zaman persekolahan yang banyak sangat kenangan pahit dan juga manisnya. Bersekolah di sebuah sekolah yang memang terkenal di daerah aku. Sekolah Menengah Clifford. Kalau nak tahu aku satu sekolah dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Adik aku dulu satu kelas dengannya. Waktu itu Datuk Siti berada di tingakatan 1 dan aku tingkatan 5. Masa itu memang perangai nakal sangat dan suka buat cikgu pening kepala dengan gelagat aku dan juga kawan-kawan karib aku yang lain.

Aku pernah beberapa kali di denda oleh cikgu sekolah kerana banyak kali melakukan kesalahan. Pernah juga di beri surat amaran dispin dan sebagainya. Abah adalah orang yang selalu di panggil gara-gara kenakalan aku. Abah pernah nasihatkan aku supaya berubah dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Pelajaran yang paling aku minati masa itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga lukisan. Alhamdulilah kesemua mata pelajaran ini saya lulus di dalam ketiga-tiga pelajaran ini.

Mata pun dah nak mengantuk ini. Minta di rehatkan. Cemburu pulak tengok anak-anak di sebelah tidur lena . Nak join sekalilah. Setakat ini sahajalah entri saya. Esok kita sambung lagi ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

CERDAS KAN MINDA ANAK-ANAK DENGAN AMALAN MEMAKAN PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kini terdapat pelbagai makanan tambahan untuk minda anak-anak yang banyak berada di pasaran. Ada yang berbentuk kapsual ataupun cecair. Pur Q Active adalah makanan tambahan yang berbentuk jelly lembut yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ianya juga boleh di makan oleh golongan dewasa ataupun sesiapa sahaja.

Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga terapi ayat-ayat ruqyah. Dengan mengamalkan pemakanan Pur Q Active, ianya dapat membantu melancarkan pengaliran oksigen ke otak. Dengan mendapat oksigen yang secukupnya, pastinya daya pemikiran mereka akan lebih fokus dan mudah memahami pembelajaran yang di ajarkan.

Harga untuk makanan tambahan ini tidaklah terlalu mahal. Sesiapa sahaja mampu membelinya. Pur Q Active, harganya seperti berikut :
@@@ Harga sebotol RM 35
           RM 5 postage.
@@@ 2 botol RM 60 dan ada percuma tupperware.

Jika anda berminat untuk membeli dan mencubanya untuk anak-anak anda bolehlah hubungi saya seperti di bawah:
Nama : Sariah Awang Senik
No Tel : 019-4075634/ WA
Email  : sariah.awangsenik@gmail.com
Fb        : Sariah Awang Senik
Blog     : http://sariahawangsenik.blogspot.com.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

BUKU ATM ATAU ALLAH TEMPAT MENGADU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sebenarnya nya buku ATM ataupun Allah Tempat Mengadu menghimpunkan 40 kisah benar bagi mereka yang telah pun mengamalkan MMR ataupun mudahnya menjemput rezeki. Mereka juga sebenarnya adalah pembaca MMR. Kini buku ini boleh di beli dan di miliki sekarang.
Dapatkan ATM, baca dan amalkan apa yang telah di cadangkan di dalam ATM ini. Kita boleh cuba dan amalkan selama sertahun bermula dari Januari 2015 hinggalah Disember 2015. Baca dan buktikannya sendiri.

Di dalam buku ATM ini, telah di pilih 40 cerita benar dan hampir 400 cerita yang di hantar oleh mereka yang mahu berkongsi keberhasilan masing-masing.
Mereka juga sebenarnya adalah pembaca MMR dan kisah tersebut semuanya berdasarkan atas apa yang telah mereka baca dan amalkan melalui membaca Mudahnya Menjemput Rezeki.
Penulis buku ini adalah Fathuri Salehuddin.

Harga buku ini ialah RM25 termasuk kos postage. Berminat ingin dapatkan buku ini, boleh hubungi saya :
Sariah Awang Senik
019-4075634/ WA
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Sekian Terima Kasih

Tuesday, 10 February 2015

EBOOK 44 RESIPI SIHAT BERPANTANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ebook 44 Resipi Sihat Berpantang
Penulis Masayu Ahmad
Sangat sesuai bagi persediaan ibu-ibu yang akan berpantang dan juga yang sedang mengamalkan diet untuk menguruskan badan.
Resipi yang sihat dan berkhasiat ini terdiri daripada 44 resipi. Ada resipi daripada ayam, ikan, daging dan juga nasi.
Harga promosi ialah RM 30 untuk 2 buah ebook.
Tawaran sah sehingga 30 Mac 2015.
Selepas tawaran tamat, harganya adalah RM 60.
Berminat untuk dapatkan ebook ini dari Akademi Bekerja Dari Rumah.
Anda boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam hari Selasa adalah hari yang paling mencabar dan menduga aku sebagai seorang ibu dan juga tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sebenarnya kerja aku ini tidaklah seglamour mana. Rasanya dah banyak kali juga, aku nyatakan di dalam entri yang lepas. Kerja sebagai seorang pembantu kedai di sebuah hentian Rehat dan Rawat.

Tetapi asalkan kerjanya halal aku tetap dan setia dengan pekerjaan aku sekarang. Bercadang untuk berhenti kerja suatu hari nanti dan memulakan pekerjaan hanya dari rumah. Maka sebagai persediaan awal segala kerja secara sambilan, aku usahakan menjadikannya sebagai rutin harian aku.

Pukul 11.37 malam, itu adalah waktu kedai aku di tutup. Sampai di rumah tepat pukul 12 malam. Masa sampai di rumah anak-anak masih belum tidur. Mungkin sedang mengemaskan buku sekolah dan menyediakan segala keperluan persekolahan untuk keesokan harinya. Si adik sudah pun penat, dan ingin terus tidur. Manakala si abang masih lagi sibuk membuat latihan penulisan khatnya. Memang si abang suka dengan penulisan khat sejak di sekolah rendah agama lagi. Tahun lepas sahaja si abang mendapat tempat kedua di dalam acra amal islami peringat daerah. Nyata si abang mewarisi bakat seni daripada aku sebagai ibunya.

Masa sekolah dahulu, aku minat melukis dan suka menghabiskan berjam-jam melukis gambar yang menjadi perhatian diri aku sendiri. Kini semua bakat seni ini jatuh kepada anak bujang tersayang. Aku berfikir untuk menghantar anak bujang tersayang untuk belajar mendalami seni khat ini. Menurut si abang, seni khat ada bermacam-macam jenis. Si abang agak pendiam berbanding dengan si adik yang agak agresif dan tahan lasak. Adik agak peramah dan suka memberi apa sahaja pendapat.

Aku berdoa moga si abang akan berjaya membawa bakat seni penulisan khat ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya. Tidak ramai anak-anak muda zaman sekarang yang berminat di dalam seni warisan khat. Memandangkan faktor kewangan dan juga masa yang amat terhad, aku berharap dengan sedikit perkongsiaan yang tidak seberapa ini dapat membantu mengembangkan bakat seni khat anak bujang tersayang.

Kepada Muhamad Aiman Hakimi, ibu doakan abang akan memprolehi kejayaan di dalam seni penulisan khat. Insha Allah suatu hari nanti bakat abang akan dapat di kenali ramai. Amin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota :
Jika ada sesiapa yang berminat dengan bakat ataupun ingin menawarkan kelas ataupun apa sahaja tentang seni penulisan khat kepada anak bujang tersayang, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...