Thursday, 3 December 2015

SEMANGAT BERNIAGA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Bulan Disember sudah pun melabuhkan tirainya. Maka akan berakhirlah tahun 2015 dan bakal bermulalah tahun 2016. Syukur juga anak-anak sekarang sedang sibuk menghabiskan cuti persekolahan. Anak dara tersayang kini berada dirumah mak saudaranya menghabiskan cutinya bersama-sama sepupunya yang lain.

Baru sahaja sebentar tadi menjenguk dan melepaskan segala rindu kepadanya sejak tinggalkannya dirumah mak cik itu. Dia tampak riang dan sangat seronok bermain bermain bersama sepupunya itu. Walaupun adakalanya bergaduh tetapi hanya sebentar sahaja.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pagi tadi, hati ini tertarik dengan semangat niaga anak-anak muda yang berniaga secara sambilan di pinggir stesen komuter. Ada yang menjual nasi lemak, kuih-muih dan juga air minuman. Rata-rata yang berniaga itu masih muda dan mungkin hanya secara sambilan dan mungkin juga ada kerja tetap yang lain. Sempat juga saya berbual sebentar dengan pemandu teksi yang berada di tepi stesen tersebut. Mereka mengatakan bahawa ada sesetengah peniaga tersebut akan bertukar-tukar orang pada waktu tertentu. Hampir sembilan puluh peratus peniaga adalah terdiri daripada bangsa melayu dan itu adalah satu perkembangan yang sangat menggalakkan.

Nyata punca rezeki itu adalah datang daripada sebuah perniagaan. Yang amat membanggakan adalah semangat berniaga telah berjaya dipupuk dikalangan anak-anak muda di zaman generasi ' Y ' ini. Selain daripada iti, saya juga berasa amat kagum dengan anak-anak muda yang berusaha sendiri membuka perniagaan sendiri seperti membaiki barangan elektrik. Ada yang berusaha gigih mencari dan juga mempromosikan perkhidmatan mereka dilaman-laman sosial terutamanya Facebook, Instragram dan juga yang lainnya.

Saya akan tetap dan senantiasa memberikan mereka sokongan agar semua anak-anak muda berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri suatu hari nanti dan tidak lagi bergantung kepada badan-badan kerajaan ataupun swasta untuk memberikan mereka sesuatu pekerjaan.

Sekian Terima Kasih


Tuesday, 1 December 2015

KATA DAN TULIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kata seseorang ibarat suatu doa. Jangan gunakan lidah anda untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah dan juga membuang masa. Seiring dengan kata-kata maka tulislah apa yang anda ingin lakukan atau capai setiap hari, bulan, setahun dan juga sebagainya.

Itulah kuasa sebuah kata. Ibarat suatu magik yang bakal berlaku pada bila-bila masa sahaja. Jangan sesekali berkata negatif pada sesuatu perkara. Walaupun perkara tersebut nampak tidak seberapa baik. Cuba usaha dan bayangkan yang perkara negatif itu akan jadi positif pada penghujungnya.

Apabila seseorang berkata negatif terhadap diri kita ataupun apa sahaja, maka usahalah untuk tidak terlalu mengambil peduli akan hal tersebut.
Paksa diri anda untuk buat sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja pada diri malah semua orang.

Sekian.


Monday, 30 November 2015

TABAHLAH HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tabahlah wahai hati di dalam menghadapi kemelut ini. Bukan mudah berada di tengah-tengahnya dan menahan segala galau dihati. Hendak diluah bakal membangkitkan segunung amarah. Bakal juga mencetuskan permusuhan antara kedua. Bukan pilihan.yang bijak jika turut sama terpengaruh di dalam sebuah konflik yang teramat sulit ini.

Maka berdiam diri adalah jalan terbaik. Bukan bermakna mengalah ataupun takut sesama mahkluk Allah, cuma tidak mahu lagi mengeruhkan lagi suasana. Biarlah tidak dipandang hebat ataupun digelar penakut, asal sahaja Allah itu lagi maha mengetahui. Selalu berdoa di dalam hati jika ini adalah yang baik maka berbahagia. Jika sebaliknya maka mohon dijauhkan terus daripada sebuah kehidupan ini.

Sabar selagi termampu. Dan jika hati terus bergolak maka memohon untuk terus diberikan sebuah ketabahan dan juga keimanan untuk bertahan di penjuru kehidupan ini. Allah yang memiliki setiap hati manusia. Maka wajarlah terus memohon kepada si tuan punya pemilik hati tersebut.

Sekian.


Saturday, 28 November 2015

KATA MOTIVASI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dari buku perancangan eksekutif islam 2016.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.

Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Sekian.


HARI YANG INDAH

Allah berfirman yang bermaksud
" Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan ( dirikanlah pula solat ) subuh. Sesunguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat. "
Surah Al-Isra ayat 78

Assalamualaikum.
Syukur alhamdulilah semua urusan berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun terdapat seribu halangan namum dapat diatasi sebaik yang mungkin. Benarlah kuasa menulis sesuatu yang ingin dirancang untuk keesokan harinya adalah sangat penting bagi mendapatkan hari esok yang lebih indah dan bermakna.

Setelah merancang dan kemudiannya menulis dan sangat penting berdoa dan meminta terus kepada Allah yang maha esa. Usah terlalu bergantung harap kepada makhluk Allah di dalam sesuatu.yang ingin kita capai dan idamkan. Percayalah sepenuhnya bahawa semuanya dapat dicapai hanya dengan berdoa, berusaha dan bertawakal.

Di dalam merancang sesuatu pekerjaaan yang ingin dilakukan, mintalah terlebih dahulu kepada Allah yang maha esa. Dia adalah sebaik-baik perancang dan juga tahu apa yang terbaik untuk kita dan juga seluruh kehidupan ini. Mujur mempunyai minat menulis yang tidak seberapa ini, dapatlah melakar impian dan segala cita-cita. Masalah dan cabaran tetap ada dan wujud dimana-mana.

Secara jujur dan ikhlas apabila terbit sesuatu masalah di dalam setiap kehidupan ini, mengadu kepada sesama makhluk Allah tidak banyak membantu. Ada baiknya membawa diri bertenang, berwuduk dan terus memohon kepada Allah untuk selesaikan semua masalah.
Semua kisah pengalaman ini dilalui sendiri oleh diri ini. Namun itu tidak bermakna diri ini baik ataupun sempurna. Tapi setidaknya dapat mengajar diri menjadi lebih tenang dan juga bahagia.

Hati manusia sukar diramal. Ianya dipegang dan dikuasai sepenuhnya oleh yang maha esa. Maka wajiblah selalu berdoa agar Allah dapat membukakan pintu hati seseorang agar dapat berunding dan juga memudahkan sesuatu pekerjaan. Jangan risau jika ada hamba Allah yang tidak senang akan ketenangan yang kita prolehi setiap hari. Berserah dan berdoalah dua ratus peratus kepada Allah yang mencipta dan juga menwujudkan pelbagai perasaan di sekeping hati manusia. Katakan pada diri bahawa jika setiap hamba Allah yang ada dan kenal dan selalu mendampingi kita, jika mereka mempunyai niat yang baik terhadap kita maka Allah akan memberi sejuta kali keberkatan kepada kehidupan mereka. Jika sebaliknya berdoa dan terus berdoa agar setiap perjalanan kehidupan kita akan dilindungi dengan kasih dan rahmat Allah.

Insha Allah. Yakinlah hanya Allah yang dapat memberikan kita seribu keindahan disetiap kehidupan yang bakal kita lalui kelak.

Sekian.


Friday, 27 November 2015

KISAH HATI SEORANG WANITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogpot.com

Hati seorang wanita terlalu amat kompleks. Ada masanya boleh menjadi begitu lembut dan juga sebaliknya. Ada juga sesetengahnya sukar diramal sama sekali. Sekejap hatinya begitu lembut dan penuh dengan kasih dan sayang. Tidak kurang juga akan menjadi benci dan penuh dengan rasa dendam dan amarah.
Melukai hati seorang wanita juga adalah suatu kesalahan dan perbuatan yang sukar diterima oleh seseorang wanita.

Hati wanita jika sudah kasih sayang dan cinta akan membuat apa sahaja untuk mempertahankan kisah kasih dan cintanya. Namun jika hati dinodai dan dicurangi maka agak sukar lagi untuk pulih seperti biasa. Apabila hati terluka maka akan mengambil masa yang agak panjang untuk pulih sepenuhnya dan mungkin juga bakal wujud bibit-bibit kebencian dihatinya. Apa pun janganlah sesekali melukai hati seorang wanita. Kerana sekalipun seorang itu telah memaafkan semua kesilapan tetapi parut dan kesannya tetap ada dan wujud dihatinya.

Bertahun-tahun untuk hati seorang wanita untuk pulih seperti mana dahulu lagi.

posted from Bloggeroid

Thursday, 26 November 2015

SEBUAH PERJALANAN INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Cuti sekolah telah pun bermula. Anak-anak makin seronok berada di rumah. Mereka berdua ada aktivitinya yang tersendiri. Si abang sibuk dengan kerja partimenya, manakala si adik asyik sibuk menghabiskan masa membaca novel kegemarannya. Apa pun saya berasa sangat bersyukur kerana dapat melihat sendiri perkembangan dan juga pembesaran anak-anak tersayang.

Hari Rabu yang lepas saya telah bercuti rehat. Dan mengambil peluang untuk menghabiskan masa untuk berjumpa dengan peguam di Shah Alam berkenan dengan kes tuntutan tungqukan nafkah anak. Bukan mudah untuk membuat semua ini tanpa persediaan yang rapi dan juga kemas. Sehari sebelum saya ke Shah Alam, saya telah punj memberitahu terlebih dahulu kepada peguam yang berkenaan. Saya mendapatkan khidmat bantuan guaman bagi kes tuntutan nafkah anak yang selama ini tertunggak.

Perjalanan adalah sepenuhnya menggunakan pengangkutan keretapi komuter dari Tanjung Malim ke Shah Alam. Perjalanan terpaksa berhenti Rawang untuk transit komuter dari Rawang dan transit lagi sekali di KL Sentral dan meneruskan perjalanan dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Amat selsesa sebenarnya menggunakan komuter ini. Cuma kena agak berhati-hati ke arah mana destinasi dan juga perlu transit di mana. Alhamdulilah perjalanan saya berjalan dengan lancar dan sampai ke Shah Alam dengan selamatnya. Apabila sampai di komuter Shah Alam saya terpaksa mengambil teksi untuk ke Plaza Perangsang dengan hanya perlu membayar kos tambang teksi sebanyak RM 5 sahaja. Setelah sampai di Plaza Perangsang saya mendapati peguam sudah pun keluar untuk kes yang selanjutnya. Kerani yang menjawab panggilan saya memberitahu agar berehat terlebih dahulu pergi ke mana -mana tempat untuk berehat dan juga makan. Setelah selesai berehat dan juga makan saya dan anak perempuan tersayang terus ke pejabat bantuan guaman dan mendaftar di kaunter pertanyaan. Syukur saya bertemu juga dengan peguam yang dihormati dan bijaksana. Setelah berbincang dan memberitahu semua masalah saya, akhirnya saya telahpun berjaya mengangkat sumpah dan sekaligus telah melantik peguam untuk membicarakan kes saya. Semua urusan berjalan dengan lancar dan jayanya. Dan kini saya hanya perlu melakukan beberapa perkara dengan bantuan seorang peguam dan yang selebihnya saya serahkan semuanya pada yang maha kuasa.

Saya berasa sangat berpuashati kerana semua urusan adalah atas usaha sendiri dan juga dengan izinnya yang maha esa.
Semoga semua perjalanan kes tunggakan nafkah ini berjalan dengan lancar dan jayanya di mahkamah syariah kelak. Insha Allah. Doakan saya dan anak-anak untuk melalui semua halangan ini.


TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...