Saturday, 19 September 2015

APA YANG PALING MEMBAHAGIAKAN SAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Selamat pagi. Nikmat dan syukur di pagi hari minggu yang masih lagi bersuasana jerebu. Berdoa di dalam hati ini, semoga keadaan alam ini semakin pulih dari jerebu yang telah pun melanda di daerah ini hampir beberapa minggu yang lalu.

Kemungkinan Allah sedang memberitahu dan juga membisikkan sesuatu. Saya terjaga pada pagi ini agak lewat. Terbangun pada jam 6.30 pagi, itulah waktu yang paling awal saya bangun pada hari minggu. Kebiasaannya saya dan dan anak-anak sering bangun lewat. Namun entah mengapa, saya terbangun awal, padahal saya tidur malam tadi pada jam 3 pagi.

Entri saya di atas adalah apa yang paling membahagiakan di dalam kehidupan saya. Secara jujur dahulu saya fikir, kebahagiaan terletak pada bentuk material dan juga punyai suami yang penyayang dan cintakan isterinya sahaja sepenuh hati. Tetapi pandangan saya semua berubah setelah melalui terlalu banyak perubahan dan juga pengalaman sejak dua ataupun tiga tahun kebelakangan ini. Rupanya istilah kebahagiaan itu bukan terletak pada kehidupan sendiri semata, malah lebih daripada itu.

Istilah kebahagiaan itu ialah merangkumi semua aspek kehidupan dan tidak hanya tertumpu kepada kehidupan sendiri semata. Bukalah hati dan minda. Cubalah berfikir apa yang paling memberikan kita suatu kepuasan di dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi diri saya, yang paling membahagiakan kehidupan saya, ialah apabila dapat membantu seseorang menyelesaikan segala masalah yang mereka sedang alami. Mungkin hari ini saya tidak dapat bantu untuk selesaikan semua masalah. Tetapi dengan menjadi pendengar masalah dan mendengar segala luahan isi hati seseorang dan dapat tenangkan mereka juga bagaikan suatu kepuasan kepada saya.

Untuk membantu dari segi wang ringgit, mungkin saya tidak mampu. Tetapi dengan selalu mendoakan mereka, insha Allah tuhan akan sediakan jalannya yang tersendiri. Selain daripada itu, yang paling membahagiakan saya ialah, saya dapat memenuhi segala keperluan, memudahkan segala pekerjaan dan juga dapat melihat seseorang meneruskan kehidupan seperti orang lain walaupun di dalam keadaan yang serba kekurangan.
Membahagiakan seseorang dengan khabar gembria setiap hari dan juga dapat melihat seseorang mampu tersenyum bahagia kembali setelah melalui pelbagai episode kepahitan didalam kehidupan yang telah berlalu.

Kebahagiaan yang diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa dikenali dan menolong mereka semampu yang boleh juga memberikan suatu kepuasan kepada saya. Menunaikan hajat orang dan juga membuat orang gembria juga sangat memberikan suatu kenikmatan kepada. Itulah yang sebenarnya yang paling membahagiakan di dalam kehidupan saya dan secara tidak langsung turut menambah lebih nilai keberkatan di dalam menjalani kehidupan saya seharian.

Insha Allah saya ingin juga melihat lebih ramai lagi insan-insan yang mampu hidup bahagia hasil daripada pertolongan saya yang tidak seberapa ini.

Coretan Kebahagiaan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...