Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Kabus pagi ini begitu dingin sekali. Selesai menghantar si abang awal pagi tadi, menyusul pula kaki ini melangkah menghantar si adik ke sekolah. Awal pagi tadi sempat berbicara sebentar dengan si abang tentang aktiviti persekolahan serta perkembangan pelajarannya. Bulan ini si abang genap mencapai umur 16 tahun. Terasa cepat masa berlalu dan serasa baru semalam sahaja melahirkannya ke dunia yang serba indah ini.
Hampir 3 tahun lebih jugalah menjalani kehidupan bersendirian bersama dengan anak-anak. Walaupun adakalanya perit namun aku abaikan sahaja dan mengharunginya dengan berfikiran positif. Ketika menghantar si adik juga tadi, sempat melewati kawasan sungai dan juga kawasan kebun. Pemandangannya begitu indah dengan diselubungi kabus yang agak tebal. Tidak pasti kabus biasa ataupun berkeadaan jerebu. Namun pandangan agak terhad sekali. Dalam hati ini terfikir kenapa kawasan kebun ini dibiarkan semak dan.tidak terurus. Apakah tiada orang yang mampu menguruskannya ataupun si pemilik tanah telah pun tiada menetap disini? Aku biarkan sahaja persoalan itu bermain di benak fikiran ku.
Sempat berbual dengan si adik tentang hari rombongan yang tidak berapa lama.lagi. Semoga perjalanannya berjalan dengan lancar dan juga selamat pergi dan juga pulang. Kesempatan berbual sejenak begitu sangat-sangat terhad. Si abang dan juga si adik terlalu sibuk dengan segala aktiviti persekolahan dan juga kegiatan kokurikulum mereka. Alhamdulilah mereka berdua tidak mempunyai banyak masalah di sekolah dan juga pembelajaran. Si abang telah lama memainkan perananya sebagai seorang ketua keluarga. Biarpun agak pendiam tetapi dia seorang yang sangat kreatif dan sayangkan adiknya yang seorang ini.
Setelah selesai menghantar si abang dan adik, aku selesaikan semua tugasan harian aku di rumah. Hari ini hari Jumaat, si abang dan juga adik sudah tentu akan pulang awal dari sekolah hari ini. Maka dengan sebab itu, aku harus siapkan hidangan makan tengahari secepat yang mungkin. Walaupun cuma dapat sediakan hidangan yang ringkas namun cukup berpuas hati.
Kira-kira tepat jam 12.30 tengahari, aku pun pergi ke sekolah si adik untuk menjemputnya pulang. Alhamdulilah, hari ini aku, si abang dan si adik makan bersama-sama. Syukur ke hadrat Allah dengan segala nikmat yang maha kuasa anugerahkan.
Sekian Coretan Sejenak Hari Jumaat.
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment