Friday, 4 September 2015

INILAH SYURGA KECILKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, segala tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan berjalan dengan lancar. Walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan, namun saya tetap bersyukur kerana Allah selalu ada menyediakan jalannya yang tersendiri bagi melancarkan semua tugasan. Hampir sepuluh tahun mencari rezeki yang halal disini. Walaupun mempunyai majikan yang berbangsa Cina, tetapi jauh disudut dihati tetap bersyukur kerana majikan sangat memahami keadaan saya dan anak-anak.

Menamatkan tugasan pada jam kira-kira 11.30 ataupun 11.45 malam. Memulakan tugasan pula pada jam 3 petang. Waktu pagi saya berada dirumah dan menyiapkan semua urusan rumahtangga dan segala kerja dirumah. Di samping menguruskan sebuah kedai online secara kecil-kecilan, saya juga minat menulis dan juga menjahit. Walaupun tidak belajar menulis cerpen secara formal, namun jika ada kesempatan saya ingin belajar secara lebih terperinci lagi. Anak-anak semuanya bersekolah pagi. Anak yang perempuan akan ke sekolah agama pada sebelah petangnya pula. Namun saya bersyukur selama ini dapat menguruskan syurga kecilku ini sebaik yang mungkin. Setelah menguruskan semua hal-hal urusan anak-anak sekolah, saya akan menjalankan masuk kerja pula pada pukul 3 petang. Habis bertugas pada pukul 11.30 malam.Sementara itu anak perempuan tersayang akan pulang terus ke rumah . Dan ketika itu abangnya yang  bersekolah menengaj agama sudah pun pulang dari sekolah dan berada di rumah.

Sepanjang saya bertugas, hanya si abang dan adik sahaja yang berada di rumah dan menjaga diri di antara satu sama yang lain. Kadang-kadang terdetik juga di hati saya akan segala aspek keselamatan semasa mereka berdua berada di rumah. Namun saya akan pastikan akan menelfon mereka setiap sejam untuk memeriksa keadaan mereka berdua. Sungguhpun begitu, saya juga senantiasa berdoa kepada Allah semoga tiada apa perkara yang buruk sepanjang ketiadaan saya dirumah. 

Saat yang paling membahagiakan saya ialah apabila telah selesai bertugas dan juga pulang ke rumah.Selangkah kaki apabila masuk ke rumah dan melihat kedua anak tersayang telah pun lena tertidur di samping segala tugasan sekolah yang mereka berdua sedang habiskan. Alhamdulilah, si abang sudah boleh menjaga kebajikan si adik. Saya berdoa semoga syurga kecil ini terus dilimpahi oleh rahmat dan juga kasih sayang Allah yang maha esa. Amin. Alhmadulilah.


Coretan Syurga Kecilku

Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...