Thursday, 17 September 2015

PERTAMA KALI BERJAUHAN DENGAN SI JANTUNG HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Alhamdulilah. Syukur dengan segala nikmat yang diberi. Rasa hati bagaikan tidak boleh sesaat berjauhan dengan si jantung hati. Sebetulnya saya belum bersedia untuk berjauhan dengan dia. Lebih-lebih lagi kalau lepaskan dia pergi ke tempat-tempat yang jauh. Pada hari Malaysia yang lepas, anak dara kesayangan telah pergi menyertai rombongan sekolahnya melawat ke Melaka dan juga Johor. Untuk pengetahunan semua, inilah pertama kali saya membenarkan dia pergi melawat ke tempat lain.

Walaupun dia baru sahaja darjah empat, namun dia tetap berani untuk menyertai semua rakan-rakan sekolahnya melawat ke Melaka dan juga Johor Baharu. Sebelum ini saya hanya membenarkan dia mengikut emaksaudaranya ke mana-mana. Kalau bersama emak saudaranya, saya tidaklah risai sangat. Tetapi kini, dia bersama rakan dan juga cikgu sekolah.

Selasa malam Rabu itu, punyalah seronok dia hendak pergi berjalan-jalan. Sampai tidak lena tidur dibuatnya. Pergi rombongan itu bukanlah lama sangat. Hari Rabu pergi, Khamis malam itu dah balik. Tapi sibuk si buah hati bersiap, mengalahkan hendak pergi 2 ataupun 3 hari. Sebenarnya hati kecil saya risau melepaskan dia ke tempat sejauh itu. Sebagai ibu saya sedar, saya kurang mampu membawa dia pergi berjalan sejauh itu.

Apa pun saya tetap berdoa semoga dia selamat sampai ke destinasi dan juga selamat pulang kembali ke pangkuan saya dan juga abangnya. Menatap wajah si buah hati kesayangan saya ini,  segala rindu bagaikan hilang sekelip mata. Gambar ini diambilnya semasa dia berada di Legoland Johor. Dah ambil gambar ini, terus dia hantar melalui whatshapp. 

Yang paling saya tidak lupa, ialah semasa, menghantar si buah hati pada pagi hari Rabu itu. Masa dia sudah berada di dalam bas bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain, tanpa sedar saya pula yang rasa sedih. Pertama kali berjauhan dengan dia dan nak pergi ke tempat sejauh itu. 

Hari Khamis malam Jumaat itu, dalam pukul 1.00 pagi, si buah hati pun sampailah ke rumah. Dia nampak sangat mengantuk dan teramat letih. Pagi Jumaat itu, dia tidak ke sekolah. Puas saya kejutkan dia, namun tetap tidak bangun. Agaknya penat sangat dia berjalan. Bermacam cerita dia tentang rombongannya itu. Ada juga dia mengusik saya, dengan menyatakan, macam mana nak pergi sekolah jauh-jauh kalau ibu selalu rasa sedih sahaja. 

Pergi belajar lain. Ini pergi berjalan-jalan memanglah tidak sama. Jujur buat masa ini, saya belum bersedia untuk berjauhan dengan si buah hati. Tunggulah lagi 2 tahun, barulah saya bersedia dari mental dan juga fizikal.


Coretan Si Buah Hati

Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...