Friday, 5 September 2014

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Begitu cepat masa berlalu. Sekejap je dah sampai hari Jumaat. Anak-anak pulak makin lama membesar. Tidak lama lagi anak teruna dah pun berumur 15 tahun. Tidak tahulah hadiah apa yang nak bagi nanti pada dia.

Okey, bagi ibubapa yang masih tercari-cari makanan minda yang sesuai untuk anak-anak, mungkin PUR Q ACTIVE boleh membantu. 
PUR Q ACTIVE ini adalah makanan minda yang berbentuk jelly yang berwarna warni yang amat sesuai untuk anak-anak.

PUR Q ACTIVE - Berbentuk jelly lembut.
Mudah dimakan berbanding cecair. Terdapat di dalam bentuk yang berwarna-warni. Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga terapi ayat-ayat ruqyah. Dengan mengamalkan memakan PUR Q ACTIVE sebanyak 2 biji selepas sarapan pagi, ianya dapat bekalkan oksigen yang secukupnya ke bahagian otak.

Harga teramat istimewa. Harga RM35 dan postagenya ialah RM5. Ada hadiah istimewa menanti anda, bila anda beli PUR Q ACTIVE lebih daripada sebotol. Jika teringin hendak mencubanya boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

===========================

     AKADEMI BEKERJA DARI
        RUMAH
@@ Menyediakan kelas secara online mengikut masa yang anda tetapkan sendiri.
@@ Terdapat banyak kelas-kelas kemahiran untuk surirumah ataupun sesiapa sahaja yang ingin bekerja dari rumah.
@@ Pengurus online yang senantiasa bersiap sedia membantu tidak kira masa bersedia membantu dari masa ke semasa.

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut, bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah sariah.awangsenik@gmail.com.

P/S- Jika ada yang berminat tentang kucing dan juga penjagaannya sila singgah di blog ini www.shehren-shahadan.blogspot.com.

Thursday, 4 September 2014

JOM...TIDUR...Zzzzzzzz

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google

Sebenarnya mata ni dah mengantuk sangat. Nak kata kerja tadi banyak, tidak juga. Biasa je semuanya. Pelanggan pun tidaklah ramai mana. Tapi entah apa yang letih sangat, aku pun tidak pasti.

Mungkin sebab aku ni dah makin berumur ataupun kurang makanan tambahan. Faktor cuaca juga salah satu sebabnya. Yalah, sejak 2 atau 3 hari ini asyik hujan dan juga panas yang tidak menentu. Apapun aku bersyukur dapat melepasi semuanya.

Hati ini masih banyak lagi yang nak ditaip, tapi kelopak mata dah terlalu berat. Bantal, selimut dan juga tilam tu, dah macam terdengar je memanggil.

Sampai disini dahulu. Esok insha Allah sambung balik ya. Selamat Tidur dan mimpikan yang indah-indah ya.

Jom kita tidur ya. Zzzzzzzz

Coretan Mengantuk
Sariah Awang Senik

NIKMAT MENYUSUKAN ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google

Beberapa hari yang lepas, ketika menyusun semua gambar-gambar anak sewaktu mereka masih kecil, teringat suatu waktu dahulu berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Semasa mengandung anak pertama memang tidak banyak pengetahunan tentang penyusuan ibu. Waktu itu memang agar sukar untuk mendapatkan lebih pengetahunan tentang penyusuan ibu berbanding sekarang. Namun nikmat menyusukan anak bermula apabila lahirnya anak yang kedua dan juga yang bongsu.

Semasa anak yang kedua memang menyusukannya penuh cabaran yang kuat. Masa amat terhad waktu itu kerana terpaksa membahagikan masa menjaga arwah kakaknya yang sedang sakit juga sekaligus menyusukan adiknya pula. Walaupun begitu saya tetap meneruskan juga penyusuan kepada anak yang kedua kerana telah banyak pengetahunan tentang kebaikan penyusuan ibu.

Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian sepenuhnya kerana terpaksa berulang alik menjaga arwah anak yang pertama kerana sakitnya yang kronik itu.

Setelah pemergian anak yang pertama saya mula menumpukan perhatian terhadap penyusuan anak yang bongsu. Walapun anak yang bongsu terpaksa bersalin secara induce namun sebagai ibu saya tetap berdoa agar semuanya selamat termasuklah anak yang kecil. Sebaik dilahirkan saya terus menyusukan anak yang bongsu walaupun ketika itu dia asyik dan kuat tidur.

Setelah menyusukan di kedua-dua belah dada barulah anak yang bongsu ini dapat tidur dengan lenanya. Menjaga dan menyusukan anak yang ketiga tidak banyak masalah sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bersama anak yang pertama dan juga kedua. Selama hampir 2 tahun saya berhenti kerja dan menyusukan anak dengan sepenuhnya. Memang banyak perbezaan antara anak yang menyusu susu formula dengan menyusu badan dengan sepenuhnya. Antaranya ialah :
## Daya tahan melawan penyakit
kuat.
## Tidak mudah terkena sebarang penyakit berjangkit seperti selsema, batuk ataupun demam.
## Mempunyai daya pemikiran yang lebih cerdas dan juga pintar
## Perkembangan fizikal dan juga mental bertambah baik.

Kini anak yang bongsu telahpun berusia 9 tahun dan juga merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas dan juga aktif. Selain dapat menjimatkan ekonomi rumahtangga dengan tidak payah mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu formula.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wednesday, 3 September 2014

CARA MENDIDIK ANAK BERTUDUNG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Tentu semua ibubapa menginginkan anak-anak perempuannya bertudung dan juga menutup aurat sekaligus menepati apa yang dituntut di dalam agama kita.

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin isunya nampak biasa tetapi kekadang agak sukar puntuk diamalkan oleh semua anak-anak perempuan kita. Bukan mudah menyuruh anak-anak perempuan bertudung dan juga menutup auratnya dengan betul. Saya sebenarnya pun bukanlah arif sangat tentang bab tudung lagi-lagi tentang agama Islam yang suci ini. Masih banyak yang perlu saya pelajari lagi secara lebih mendalam. Mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan juga mendidik mereka berdua yang semakin meningkat remaja bukanlah perkara yang mudah.

Kalau bercakap dengan si abang dan juga serba sedikit tentang tanggungjawab, alhamdulilah si abang semakin memahami. Tetapi yang si adik ini agak sukar dan tidak boleh terlalu keras. Kedua-dua anak memang sejak dari kecil telah pun mengikuti pendidikan awal tentang agama Islam dan hasil daripada semua itu memang telah banyak membantu saya sebagai ibu serba sedikit.

Sejak dari kecil hinggalah anak perempuan saya berusia 9 tahun, dia memang agak degil dan juga kasar. Tetapi kalau melakukan sesuatu perkara dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Masih saya ingat sejak dari sekolah tadika hinggalah bersekolah di darjah 3, anak perempuan ini memang agak liat untuk bertudung . Namun saya tidak pernah berputus asa dan senantiasa berdoa dengan tekun hampir setiap tahun.

Ada cara tersendiri dan juga pendekatan yang secara halus dan juga lembut di dalam memujuk anak-anak perempuan bertudung.
Antaranya ialah :
## Menerangkan secara terperinci tentang penting bertudung dan juga menutup aurat.
## Menutup aurat adalah perkara teramat penting yang harus dilakukan di dalam ajaran agama Islam
## Menerangkan kepada anak-anak perempuan bahawa dosa bertudung akan turut sama ditanggung oleh ayah dan juga abangnya.
## Dengan bertudung dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara yang berunsur maksiat seperti bergaul bebas dengan lelaki.
## Berikan anak anda masa untuk dia memakai tudung. Tiada guna memaksa ataupun berkeras jikalau dia tidak ikhlas memakai tudungnya.

Allhamdulilah setelah hampir beberapa tahun memujuk dan juga tidak pernah berputus asa berdoa, akhirnya anak perempuan saya telah bertudung tanpa disuruh. Kini dia semakin selesa memakai tudung dan telah pun pandai menghadkan pergaulannya dengan lelaki.

Hanya syukur dan doa semoga dia menjadi muslimah yang dituntut di dalam syariat Islam. Insha Allah doa adalah senjata utama dan juga kekuatan kita.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik.

Tuesday, 2 September 2014

MASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar dah hampir penghujung tahun. Anak-anak pun dah makin membesar dan meningkat remaja. Tidak lama lagi mereka akan memasuki kolej, universiti dan kemudiannya alam pekerjaan.

Aku pun dah makin meningkat usia. Dah tua pun sebenarnya. Tapi bukanlah takut tua, cuma terasa macam banyak pekara yang belum selesai lagi. Kalau pasal cita-cita memang masih jauh ketinggalan ke belakang. Tapi aku tidak nak cepat berputus asa. Bidang penulisan ini pun masih terlalu hijau bagi aku. Banyak perkara yang harus dipelajari. Itulah dulu masa sekolah jarang sangat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang penulisan. Sekarang terpaksa belajar balik.

Apapun untuk belajar sesuatu memang tiada had umur. Janji fokus, komited dan juga rajin membuat latihan. Jangan takut membuat kesalahan ataupun kesilapan, kerana itulah masanya aku akan belajar sesuatu.

Kini aku makin jatuh cinta dengan bidang penulisan ini. Selain daripada minat menjahit, menulis juga adalah tempat untuk aku kongsikan sesuatu yang istimewa dengan orang lain.

Coretan Santai
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

 
    PUR Q ACTIVE
- Makanan minda yang berasaskan jell
- Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga telah air yang telah dibacakan ayat-ayat rukqyah.
- Sangat berkesan mengatasi masalah pembelajaran di kalangan anak-anak.
- Harga berpatutan. Sangat menarik dan tersedia juga hadiah istimewa untuk anda.

Jika anda berminat untuk mencuba untuk anak-anak bolehlah terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh whatshapp.
Boleh juga hubungi saya melalui email sariah.awangsenik@gmail.com.

SAMBUTAN HARI MERDEKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Telah selesai sambutan hari kemerdekaan. Tapi yang peliknya kita asyik sahaja berhibur dan berseronok. Dah macam suatu tradisi pulak. Kenapa kita tidak ubah sambutan Hari Kemerdekaan kepada lebih yang berbentuk keagamaan?

Negara kita ini dah bermacam peristiwa sedih berlaku sejak kebelakangan ini. Dengan tragedi kapal terbang MH370 yang entah di mana hilangnya, peristiwa Lahad Datu Sabah, terbaru tragedi di akhir ramadan iaitu kapal terbang MH17 dan juga beberapa peristiwa sedih berlaku lagi. Dengan terjadinya semua itu,patut kita dah makin sedar tetapi masih ada yang masih leka. Tidak tahu di mana silapnya tetapi patutnya kita mampu mengubahnya. Semua yang terjadi itu adalah petanda tentang kekuasaan maha penciptanya agar tidak leka dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Seharusnya saat-saat sedih macam ini kita harus lebih bersatu dan juga berdoa agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Tiada erti sambutan hari kemerdekaan jika kita asyik berbalah antara satu sama yang lain.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

  AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Menyediakan kelas secara online bagi mereka yang bercadang untuk bekerja dari rumah dan menjana pendapatan tambahan. Di samping menguruskan keluarga dan juga urusan rumahtangga surirumah mampu juga membantu menambahkan ekonomi rumahtangga.

Antara kelas-kelas yang ada secara online di ABDR ialah:
## Kelas asas blog dan juga penulisan
## Kelas asa blog fanpage dan juga mula bisnes
## Kelas beriklan mudah.my
## Kelas penulisan ebook pertama
## Kelas penulisan kreatif
## Kelas telekung solat borong dan runcit
## Kelas asas wordpress
## Kelas mula bisnes makanan sunnah
## Kelas mula bisnes projek selepas raya
## Kelas akaun online/offline
## Tempahan blog bisnes siap 5 hari
## Beriklan dengan kami di pautan 800 blog

Pendaftaran pengurus online/rakan niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan dan keterangan kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Monday, 1 September 2014

MERDEKAKAH KITA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
Begitu bersemengat dan bertenaga melaunkan kata-kata keramat ini. Namun dah merdekakah kita sebenarnya?
Negara Malaysia memang telah 57 tahun mencapai kemerdekaannya yang tersendiri. Merdeka daripada penjajah yang selama ini telah menjajah dan menerokai bumi bertuah ini tanpa izinnya. Berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi negara yang amat dicintai ini.

Segala pengorbanan dan usaha untuk mencapai kemerdekaan amatlah dihargai dan tiada harganya. Kini sebagai generasi muda, mampukah kita mempertahankan segala kemerdekaan ini? Semua jawapan ada di dalam diri kita sendiri. Telah hampir sekian lama kita menikmati segala kesenangan hasil daripada sebuah kemerdekaan. Nikmat dan segala kesenangan dari sebuah kemerdekaan semakin membuatkan kita semakin lupa dan juga leka.
Kenapa ya?
Kita asyik mengejar keseronokan dan juga kepuasan diri. Segala batas-batas pergaulan dan juga agama semakin jauh daripada landasan kehidupan masing-masing. Hanya kerana arus kemodenan yang melanda negara serta semua kehidupan yang telah kita lalui selama ini adalah alasan yang paling terbaik bagi kelekaan kita selama ini.

Ketika sedang menulis entri ini, penulis juga gigih berusaha membebaskan diri daripada semua sifat negatif yang telah lama wujud di dalam diri ini. Secara jujurnya bukan mudah berjuang secara sendirian. Ingin merdekakan diri dari semua sifat negatif. Antaranya ialah : ## Merdeka dari semua perasaan rendah diri tetapi tidak bermakna sombong ## Merdeka dari segi tindakan. Dapat bertindak dan cepat membuat keputusan. ## Merdeka dari pemikiran negatif yang selama ini menguasai pemikiran. ## Merdeka dari perasaan sedih dan juga putus asa. Walaupun masih banyak perkara negatif yang masih belum sepenuhnya merdeka di dalam diri, namun itu bukanlah penghalang dan juga alasan untuk cepat berputus asa. Insha Allah suatu hari semua sifat ini akan merdeka sepenuhnya seiring dengan kemerdekaan negara yang kita sambung setiap tahun.

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...