Tuesday, 11 October 2016

BLOG SEBAGAI SALAH SATU IKLAN BERGERAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dulu, saya memang tidak faham apa itu BLOG. Dah ada laman sosial facebook lama, tapi masa itu masih tidak kenal apa itu BLOG. Tapi bila satu hari, berkenalan dengan seorang hamba Allah di facebook, saya pulak tertarik hati untuk mempunyai sebuah blog.

Kebetulan pula, saya minat menulis dan mungkin juga dapat kongsikan semua pengalaman hidup saya diblog. Blog sebenarnya, bagaikan iklan bergerak di alam maya. Memanglah kita tidak dapat memegang iklan tersebut, tapi kita masih boleh dan juga senantiasa melihat iklan tersebut. Asalkan rajin menulis entri- entri baru yang juga dapat memberi manfaat buat semua pembaca yang singgah membaca di blog kita tersebut.


Tapi bagaimana nak pastikan, blog kita senantiasa mendapat perhatian ramai pembacanya?

Mudah sahaja, sebenarnya. Perkara yang paling utama adalah senantiasa tulis entri yang berguna dan juga terkini. Tajuk utama setiap entri juga amat penting. 

Kenapa tajuk utama setiap entri penting?

Sebab setiap tajuk entri akan menjadi satu kata kunci utama di papan GOOGLE. Apabila kita mencari satu maklumat di papan GOOGLE, secara automatik dia akan keluar pelbagai maklumat berdasarkan kata kunci daripada entri yang kita tulis tadi.

Mudah kan, macam itu.

Itulah namanya maklumat dihujung jari. Kita boleh mencari dan mendapat apa sahaja yang kita perlukan pada bila-bila masa sahaja yang kita perlukan. Contohnya, kita nak cari maklumat tentang ayam, jadi kita taipkan sahaja perkataan ayam di GOOGLE, dan akan keluarlah macam-macam maklumat tentang ayam. Jadi senanglah macam itu kan. 

Lagipun di blog, kita boleh cerita lebih lanjut lagi tentang produk, perkhidmatan, kemahiran ataupun mungkin juga pengalaman hidup yang mungkin juga jadi panduan dan pengajaran buat semua pembaca-pembaca blog.

Jadi, dah macam iklan bergerak jugalah. Yang bergerak secara automatik tanpa kita perasan. Tahu-tahu je, kita dapat call tentang produk dan juga perkhidmatan kita itu kan. Pasti seronok dan juga teruja.

Apa-apa pun blog adalah salah satu medium alternative selain daripada facebook dan juga laman-laman sosial yang lain. 

Sekarang nak belajar buat blog pun, bukannya susah. Sekarang boleh belajar secara online dan juga offline. Ada banyak cara sebenarnya. Tapi pastikan cara belajar yang mudah dan senang faham. 

Lagi best, kalau ada kumpulan sokongan sendiri, contohnya , AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Bernaung dibawah kumpulan ini, banyak sangat faedahnya. Sebabnya, bila kita dah ada blog, semua ahli akademi ini akan secara automatik akan menyokong antara satu sama yang lain. 

Semua ahlinya pula, terdiri dari pelbagai latar belakang  yang berbeza. Jika ada yang nak tahu lebih lagi tentang blog atau akademi ini bolehlah hubungi saya seperti dibawah ya :
Nama: Sariah Awang Senik
No Tel : 019-4075634
Email : sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook : Sariah Awang Senik


Nota Penting : 
Setiap pembelian produk dan juga perkhidmatan daripada blog ini, RM10 akan disumbangkan ke tabung amal kebajikan Amal Till Jannah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

KERANAMU KU JATUH HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Itulah kenyataannya. Menyesal betul kenal dia. Dah kenal,sekarang dah jatuh hati pulak. Dulu menyombong tidak nak kenal. Sekarang rasa menyesal pulak tidak beli bebanyak. Tapi biasalah manusia. Tidak kenal, maka tidak cinta. Dah kenal pulak, tidak lena tidur.

Ehemm. Sebenarnya kenal siapa ya?

Dah tentulah dengan DE' XANDRA. Salah satu wangian yang diilhamkan dari wangian yang terkenal tapi masih mampu dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan.

Wangiannya pulak tahan lebih daripada 8 jam. Semakin berpeluh, lagilah kuat baunya. Tidak payah risau tentang halal haram. DE' XANDRA ini bebas daripada bahan kimia dan boleh terus dibawa bersolat.
Kalau nak tahu, sekarang ada tawaran yang hebat tahu.

Tawaran hebat yang macam mana ya?

Macam ini, dengan membeli sebotol minyak wangi DE' XANDRA berharga RM65 , 35ml akan dapat PERCUMA 1 botol tester 3ml.
Menarik bukan. Tawaran hebat ini berlanjutan sehingga ke hujung tahun.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Jadi buat apa tunggu lagi. Jangan nanti stok dah habis baru nak order.
Mana-mana yang rasa berkenaan itu, bolehlah whatshapp di sini 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com


Nota tidak berkaki : 
Setiap pembelian produk DE'XANDRA, RM10 akan disumbangkan ke tabung kebajikan AMAL TILL JANNAH.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday, 8 October 2016

ALAHAI ANAK IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Memang cepat masa berlalu. Rasanya baru sahaja semalam melahirkan anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi. Syukur juga dia sudah pun genap 17 tahun dan dari sehari makin matang mengharungi segala kepayahan hidup. Dia ini, memang orangnya agak pendiam dan tidak banyak bercakap kecuali hal yang penting je. 

Sejak saya dan abahnya berpisah, memang perangai jadi macam itu. Tapi
syukur semua masalah itu dapat diatasi secara beransur-ansur. Seorang yang agak pendiam tetapi kreatif dan juga aktif. Itulah anak teruna tersayang. Walaupun peperiksaan sekarang sedang sibuk siapkan diri untuk peperiksaan SPMnya namun dia masih berkesempatan bekerja secara sambilan.

Ikutkan dia memang tidak larat untuk bekerja, tapi mengenangkan suatu masa dulu juga pernah meminta tolong, maka anak bujang ini pun berusaha untuk menolong dan juga membantu apa yang patut. Biasalah kerja dikedai seperti membuat air, mencuci cawan, mengemop lantai dan juga menyusun semua barang-barang dikedai.

Kalau nak tahu, anak bujang yang seorang ini sudah bekerja secara sambilan sejak dari berumur 14 tahun lagi. Kini dah pun berumur genap 17 tahun dan semakin pandai dan juga cekap menguruskan semua hal ehwal didalam kedai tersebut.

Kadang- kadang dia pernah juga merungut letih dan juga sebagainya. Tapi kenangkan hendak balas balik apa yang orang dah tolong, itu yang dia tidak banyak cakap dan langsung terus tolong dengan seikhlas hati.

Masa budak- budak sebaya dia sibuk buat persiapan untuk SPM, dia tetap juga luangkan sedikit masa untuk membantu rakan-rakannya dikedai. Apa pun , sebagai seorang ibu, saya selalu berdoa agar niatnya itu akan memudahkan dan melancarkan lagi semua urusannya semasa memjawab soalan peperiksaan SPMnya nanti. 

Alahai, anak ibu yang seorang ini, semoga menjadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat nanti.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Nota : Jika ada yang berkenaan untuk membeli barangan dari blog TRAVELOG KEHIDUPAN ini, setiap RM 10 akan didermakan kepada tabung kebajikan Amal Till Jannah.

RASA SEGAR MEWANGI SEPANJANG HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Bila balik kampung, masa cuti umum inilah keadaannya. Terpaksa redah jem yang teruk setiap kali cuti . Tidak kiralah cuti apa. Cuti sekolah, cuti raya dan paling letih, cuti hari raya. Kalau tidak kena gaya mood penulis sendiri, alamak ke lautlah jadinya.

Dan yang penulis paling tidak gemar ialah sikap pemandu-pemandu yang suka gunakan lorong kecemasan. Hari itu, dalam tv dah diberitahu yang lorong itu hanya untuk kecemasan sahaja. Contohnya, kalau ada kemalangan dan sebagainya.

Dah namanya jem, jadi walaupun kereta kancil itu ada aircond, tapi tetap terasa bahangnya. Kebetulan pulak masa itu hujan, jadi makin bertambah teruklah jem itu jawabnya. Tapi memang sejak dah pakai si De'Xandra memang sangat berpuas hati.

Dahlah tahan lebih daripada 8 jam, bebas dari bahan kimia pulak itu. 

Kalau nak tahu sekarang, De' Xandra sekarang ada percuma 1 tester jika beli 1 botol dengan harga RM 65. Jika beli 2 botol dengan harga RM 120 dan juga jimat RM 10.

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang perfume De'Xandra, boleh hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday, 2 October 2016

SELAMAT MAAL HIJAH 1438H

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
https://sariahawangsenik.blogspot.com


Masa itu emas. Emas itu kan sangat berharga dan ada masanya tidak ternilai harganya. Begitu jugalah dengan masa. Masa selama setahun itu, bukanlah lama sangat. Pejam celik dan pun setahun. Alhamdulilah, syukur Allah masa beri lagi peluang untuk menyambut tahun baru Islam atau Maal Hijrah.

Maknanya, tuhan itu masih beri peluang untuk buat amal kebajikan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan diakhirat nanti. Ada masanya memang sangat benar, yang di dunia ini bukanlah tempat kita untuk sia-siakan masa yang ada. Benar jugalah yang hanya akhiratlah tempat rehat kita yang kekal abadi.


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1438H buat semua rakan-rakan dan juga pembaca blog yang sangat dihormati. Semoga dengan tirai tahun baru ini, akan bertambah lagi ilmu didada, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama hamba Allah yang lain.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday, 29 September 2016

TEMAN SETIA PENGLIPUR LARA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Hai, beginilah rutin harian saya. Selesai je, anak-anak ke sekolah, saya pulak sibuk melayan si bulus-bulus tersayang. Kalaupun semua kerja rumah dah siap dan kita ini sibuk dengan kerja kita sendiri, pasti si bulus ini akan berusaha untuk tarik perhatian saya.

Bukan manusia je yang nakkan perhatian. Binatang punandai nak berkasih sayang. Yang tengah duduk beriba ini namanya Tom. Dia ini kucing betina tapi sangat gilakan perhatian.

Tengoklah saya sedang sibuk draft posting untuk facebook, dia pulak sibuk cari 'pot' terbaik untuk tidurnya. Amboi, kita tengah sibuk cari idea, dia pulak menyelit nak tidur. Bukan seekor, tapi ada dua ekor lagi yang berusaha gigih nak cari perhatian saya.

Yang dua ekor lagi itu, namanya Rimau dan Nemo. Kalau nak tahu empat belas ekor kucing dirumah saya. Asalnya mereka ini hanya kucing datang. Tapi sebab kesian punya pasal, saya dan anak-anak pun kesian dan beri mereka makan. Apa pun masa saya tengah sedih ata tension, si bulus inilah yang menghiburkan hati saya yang sedang resah gelisah tu. 

Itulah gunanya bila ada kucing ini. Walau hanya sebagai kucing jalanan, tapi bila lihat muka dia yang comel dan gelagatnya yang nakal itu, secara tidak langsung hilanglah semua rasa sedih dan juga risau itu. 
Asyik fikirkan si bulus ini, hampir tidak siap semua jadual untuk posting saya esok harinya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday, 26 September 2016

SELAMAT HARI JADI YANG KE 17

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Genap sudah umur anak teruna tersayang 17 tahun hari ini. Cepat sangat masa berlalu. Rasanya baru semalam je mengandung dan lahirkan ke dunia kan.
Anak bujang yang seorang ini memang agak pendiam sikit orangnya. Dulu masa saya baru sahaja berpisah, dia terus jadi seorang yang pendiam. Agaknya tertekan dengan segala masalah yang saya hadapi ketika itu. Alhamdulillah. Keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit dan sehinggalah sekarang  dia sudah mampu hidup berdikari dan juga mencari pendapatan sampingan untuk perbelanjaan persekolahannya.

Kalau nak tahu, anak bujang tersayang ini memang agak kreatif walau agak pendiam. Sejak dah bekerja ini, barulah dia pandai bercampur gaul dengan rakan sekerja yang lain. Dari situ, barulah ada sedikit keyakinan terhadap dirinya. Minatnya terhadap seni penulisan khat telah banyak membantu dirinya agar lebih yakin menjalankan segala rutin hariannya. 
Di samping itu, dia juga bertanggungjawab jawab menjaga adiknya yang perempuan ketika saya keluar bekerja. Maklumlah, saya bekerja shift dan terpaksa tinggalkan anak-anak sendirian dirumah. Tapi bukanlah saya tinggalkan mereka berdua tanpa sediakan makan minum yang secukupnya.

Selain dari mencari pendapatan secara sambilan, menjaga adik, dia juga banyak bantu saya menguruskan segala macam hal berkaitan dengan rumahtangga. Dia boleh juga mengemas, membasuh dan juga memasak makanan yang simple-simple. Kalau setakat nasi goreng, masak nasi dan juga nasi goreng. Tidak kisahlah apa yang dia masak. Asal ok dan sedap, saya dan juga adiknya makan je.

Kini anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi Ahmad Roslan ini semakin bijak berdikari dan juga merancang segalanya berkaitan tentang kehidupannya sendiri. Selalunya dia akan berusaha sedaya upayanya untuk mencapai sesuatu .

Harapan saya sebagai seorang ibu, hanya doa dan juga harapan serta menerima segala kekurangan dan juga kelebihannya seadanya. Buat anak bujang tersayang, ibu ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-17 tahun dan juga semoga jadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...