Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Genap sudah umur anak teruna tersayang 17 tahun hari ini. Cepat sangat masa berlalu. Rasanya baru semalam je mengandung dan lahirkan ke dunia kan.
Anak bujang yang seorang ini memang agak pendiam sikit orangnya. Dulu masa saya baru sahaja berpisah, dia terus jadi seorang yang pendiam. Agaknya tertekan dengan segala masalah yang saya hadapi ketika itu. Alhamdulillah. Keadaan beransur pulih sedikit demi sedikit dan sehinggalah sekarang dia sudah mampu hidup berdikari dan juga mencari pendapatan sampingan untuk perbelanjaan persekolahannya.
Kalau nak tahu, anak bujang tersayang ini memang agak kreatif walau agak pendiam. Sejak dah bekerja ini, barulah dia pandai bercampur gaul dengan rakan sekerja yang lain. Dari situ, barulah ada sedikit keyakinan terhadap dirinya. Minatnya terhadap seni penulisan khat telah banyak membantu dirinya agar lebih yakin menjalankan segala rutin hariannya.
Di samping itu, dia juga bertanggungjawab jawab menjaga adiknya yang perempuan ketika saya keluar bekerja. Maklumlah, saya bekerja shift dan terpaksa tinggalkan anak-anak sendirian dirumah. Tapi bukanlah saya tinggalkan mereka berdua tanpa sediakan makan minum yang secukupnya.
Selain dari mencari pendapatan secara sambilan, menjaga adik, dia juga banyak bantu saya menguruskan segala macam hal berkaitan dengan rumahtangga. Dia boleh juga mengemas, membasuh dan juga memasak makanan yang simple-simple. Kalau setakat nasi goreng, masak nasi dan juga nasi goreng. Tidak kisahlah apa yang dia masak. Asal ok dan sedap, saya dan juga adiknya makan je.
Kini anak bujang tersayang, Muhamad Aiman Hakimi Ahmad Roslan ini semakin bijak berdikari dan juga merancang segalanya berkaitan tentang kehidupannya sendiri. Selalunya dia akan berusaha sedaya upayanya untuk mencapai sesuatu .
Harapan saya sebagai seorang ibu, hanya doa dan juga harapan serta menerima segala kekurangan dan juga kelebihannya seadanya. Buat anak bujang tersayang, ibu ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-17 tahun dan juga semoga jadi anak yang soleh dan juga berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment