Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Dah pun selesai cuti sekolah selama seminggu. Kebetulan pulak, hari raya haji jatuh pada hari Isnin yang lepas. Faham-faham sajalah, kalau musim cuti ini, pasti ramai orang ditempat keja saya itu. Bekerja ditempat hentian rehat dan rawat, bukanlah perkara yang mudah. Setiap kali terpaksa berdepan dengan karenah para pelanggan yang seribu satu macam perangai.
Tapi bukan baru bekerja disini. Dah hampir 10 tahun lebih dah, bekerja disini. Melihat orang ramai yang sibuk pulang ke kampung untuk pulang menyambut hari raya haji yang lepas, teringat pulak kat abah dikampung.
Kenapa pulak teringat kat dia ya?
Biasalah. Rindu seorang anak kan. Walau arwah emak sudah lama meninggal dunia, saya tetap merindui abah dan juga arwah emak tersayang.
Abah atau nama penuhnya En Awang Senik Bin Adam memang seorang lelaki yang hebat dalam segala hal. Abah seorang lelaki yang setia dan pandai berdikari dan tidak pernah sesekali menyusahkan orang lain. Kalau dia tolong orang dalam kesusahan tidak mengapa. Tapi kalau abah sedang dalam kesusahan, pasti abah akan berusaha sedaya upaya untuk keluar dari kesusahan tersebut.
Bagi saya, abah seorang suami yang sangat hebat. Sejak dari kecil, saya selalu tengok abah dan juga arwah emak bekerja sama memguruskan rumahtangga. Abah akan sama-sama memasak dan juga mengemas rumahtangga. Kalau nak tahu, belum pernah saya tengok menyuruh arwah emak membuat itu dan ini. Semuanya abah usaha untuk uruskan sendiri tanpa menyusahkan arwah emak dulu.
Abah juga seorang lelaki yang sangat setia dan tidak suka habiskan sesuatu yang tidak berfaedah. Selepas arwah emak meninggal, setelah sekian lama barulah abah berkahwin semula. Itulah abah, seorang lelaki yang hebat dan memang susah nak cari lelaki macam abah sekarang.
Selain daripada itu, abah juga pandai memasak dan sangat kreatif. Rumah yang abah duduki sekarang juga, adalah hasil dari kerja tangan abah. Abah juga kreatif mengubah suai satu barang yang tidak digunakan menjadi cantik dan boleh digunakan semula.
Secara jujurnya, saya memang sangat merindui abah. Doakan saya untuk membalas semua jasa abah sementara masih berkesempatan. Saya doakan abah dan makcik saya senantiasa dibawah kasih sayang Allah yang maha esa.
Aamiin.
Saya sangat sayang dan kasihkan abah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Monday, 19 September 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment