Saturday, 11 January 2014

PANDUAN IBUBAPA MEMILIH PASUKAN BERUNIFORM YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK

Melihat perkembangan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati amat membanggakan kita sebagai ibubapa. Kita sedia maklum di sekolah terdapat pelbagai aktiviti dan persatuan juga sukan. Tentu anak-anak kita merasa teruja untuk memasuki persatuan dan juga kelab sukan yang mereka minati. 

Anak-anak kita akan terlibat dengan aktiviti kokurikulam apabila mereka memasuki darjah 3 ataupun 4 bergantung kepada sekolah tersebut. Apa pun kita sebagai ibubapa tidak boleh terlalu memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun kelab yang mereka tidak minati. Lihatlah kecendurungan anak-anak di dalam sesuatu bidang yang mereka minati.

Di sini ada sedikit panduan yang dapat saya kongsikan bersama dengan ibubapa di luar sana. Apa yang penting jangan memaksa anak-anak memasuki persatuan ataupun aktiviti yang langsung anak-anak tidak suka.
Antara panduan tersebut adalah :
- Lihat minat anak-anak di dalam sesuatu bidang contohnya ; buku, sukan, haiwan dan sebagainya.
- Apa impian dan juga cita-cita anak-anak..contohnya, bercita-cita ingin menjadi juruterbang, doktor, peguam dan cubalah galakkan anak-anak memasuki bidang yang hampir dengannya.
- Lihat tingkah laku anak-anak bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka. Adakah dia seorang yang peramah, pendiam ataupun sebaliknya.
- Tanya anak-anak apa yang mereka inginkan di dalam kehidupan seharian mereka di sekolah.
- Apa idola anak-anak kita....contohnya anak-anak kita kagum dengan seseorang penyanyi ataupun seorang perdana menteri.
- Biarkan anak-anak kita membuat keputusan sendiri...dan sekaligus berani menghadapi segala cabaran di masa hadapan.

Semua panduan di atas adalah amat berguna di dalam menggalakkan anak-anak kita memasuki bidang yang mereka minati. Selalunya guru-guru di sekolah sudah membuat penilaian terhadap murid-murid apa bentuk aktiviti ataupun persatuan yang sesuai untuk anak-anak kita. Namun sebagai ibubapa kita juga tidak boleh memandang ringan apa bidang yang harus di ceburi oleh anak-anak kita. Baru beberapa hari yang lepas iaitu pada hari Rabu anak perempuan saya terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Ini adalah tahun pertama dia melibatkan diri di dalam aktiviti persatuan di sekolahnya. Saya sangat bangga semengat dan juga keyakinan yang dia tunjukkan kepada saya. Anak saya yakin yang dia dapat memasuki Pasukan Pengakap...saya berkata padanya...jangan terlalu yakin.  Selalunya semua perkara tersebut telah ditetapkan oleh para guru di sekolah.

Namun sangkaan saya meleset. Di sebelah petangnya dia pulang ke rumah dengan perasaan yang gembria sekali. Dia berkata yang dia telah berjaya memasuki Pasukan Pengakap. Apa pun saya sangat bangga dengan pencapaiannya di sekolah setakat ini. Suatu hari nanti dia juga menjadi murid-murid yang cemerlang di sekolahnya. 

Moga segala impiannya menjadi kenyataan suatu hari nanti. Insha Allah.


Sekian...Sariah Awang Senik

Friday, 10 January 2014

PERCERAIAN

Assalamulaikum, semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah SWT selalu. Mungkin tajuk yang tertera di atas adalah suatu igauan atau mimpi buruk kepada semua para isteri dan juga seorang ibu. Kekadang kita tidak menyangka akan di uji sedemikian rupa. Percaya lah semua para isteri dan juga seorang perempuan selalu bermimpikan rumahtangga bahagia bersama-sama dengan seorang suami yang penyayang dan bersedia menerima apa sahaja kelemahan seorang isteri.
Namun tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kekadang kita berfikir kita telah melakukan tugas kita sebagai isteri sehabis baik tetapi sedarkah kita , kita juga manusia biasa yang selalu leka dengan apa yang kita miliki. Dan sekali kesilapan kita dan kelemahan di jadikan sebagai suatu alasan besar bagi seorang suami untuk begitu mudah beralih kasih dan sayang sekaligus melupakan semua kebaikan dan segala pengorbanan kita sebagai seorang isteri....dan hukuman bagi isteri adalah perceraian. Bagi pandangan suami perceraian adalah jalan terbaik bagi segala kekusutan namun sebenarnya ianya mendatangkan impak yang besar kepada seorang isteri dan akibat terbesar adalah anak-anak. Apalah daya seorang isteri yang juga seorang  perempuan untuk mempertahankan diri kerana talak terletak di tangan seorang suami. 

Sama ada si isteri setuju ataupun tidak kehendak seorang suami  ..rumahtangga yang terbina akan terlerai jua. Memang kenyataan perceraian itu terlalu perit. Ada perceraian yang membawa kebaikan tetapi tidak kurang juga yang membawa keburukan. Hakikatnya perceraian itu terlalu amat pedih dan terseksa sebenarnya. Risikonya adalah anak-anak. Mereka yang lebih menderita sebenarnya. Jikalau selepas bercerai si suami dan si isteri masih boleh duduk berbincang tentang anak-anak mungkin kesannya tidak terlalu ketara kepada anak-anak. Tetapi jikalau sebaliknya..sama ada anak-anak ataupun si isteri pasti akan mengambil masa yang agak lama untuk membina kembali semengat dan juga keyakinan diri untuk meneruskan kembali kehidupan mereka. Apa pun yang terjadi seorang isteri itu tidak boleh terlalu lama bersedih dan murung. Ingat kita punya kehidupan tersendiri selain daripada bekas suami. Anak-anak adalah kekuatan seorang isteri dan juga ibu.

Biarkan sahaja perceraian itu berlalu dengan sendirinya. Usah terlalu bersedih memikirkan nasib diri. Kita bernasib baik di negara kita sendiri golongan ibu tunggal senantiasa mendapat perhatian. Sudah terlalu banyak bantuan dan sokongan kerajaan untuk golongan ibu tunggal. Sebagai seorang ibu tunggal kita perlu menjadi seorang ayah dan juga ibu sekaligus. Apa yang terjadi bukanlah impian seorang yang bergelar isteri dan ibu. Semua nya telah di takdirkan Allah SWT. Belajar untuk menerima semuanya dengan hati yang tulus dan ikhlas. Beri sedikit masa kepada diri dan anak-anak untuk menyesuaikan diri. Memang segala-gala bukan mudah tetapi kehidupan perlu diteruskan. Terangkan kepada anak-anak situasi yang sebenar. Berikan sedikit masa kepada anak-anak untuk  memahami apa yang berlaku. Jangan terlalu memaksa anak-anak menerima semuanya di dalam suatu masa jangka yang pendek. 

Elakkan menanam perasaan benci anak-anak kepada ayah mereka sendiri. Biarkan anak-anak menilai sendiri apa yang terjadi. Bertanya kepada anak-anak apa pendapat mereka dan juga apa perasaan mereka. Selalulah meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Jangan menghalang anak-anak untuk berjumpa dengan ayah mereka sendiri. Tidak kira ayah mereka ingat ataupun tidak kepada anak-anak mereka terpulang. Apa yang penting kita sebagai ibu telah menjalankan tanggungjawab kita sebaik yang mungkin. Dan yang terakhir belajar daripada kesilapan. Lebih baik kita sedar tentang kesilapan dan kelemahan kita terlebih dahulu. Jangan salahkan orang lain apa yang telah terjadi di dalam kehidupan kita.

Bersyukurlah apa yang kita miliki sekarang. Kadang-kadang apa yang kita minta itu belum tentu yang terbaik untuk kita. Dan kekadang apa yang terjadi itulah jalan yang terbaik untuk kita.
Perceraian mungkin adalah masa bagi kita untuk memperbaiki segala kesilapan dan juga kelemahan diri sendiri. Cuba lah untuk hidup gembria walaupun hakikatnya teramat pedih.  Dan yang terakhir jangan berputus asa apa yang telah terjadi.....setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.


Sekian Dari Sariah Awang Senik

Wednesday, 8 January 2014

SAMBAL HITAM BELIMBING REBUS

Sebenarnya sambal ini agak istimewa daripada sambal yang biasa...contohnya..sambal ikan bilis, sambal belacan dan juga sambal-sambal yang ada di dalam masakan tradisional kita. Namanya pun agak unik dan hanya terdapat di daerah saya sahaja. Jikalau terjumpa ataupun terbeli dan juga ternampak sambal ini mungkin ada orang yang berasal dari daerah saya. 

Saya di lahirkan di Kuala Lipis Pahang negeri yang terkenal dengan sambal tempoyak dan juga ikan patinnya. Process yang paling rumit di dalam membuat sambal ini adalah belimbing itu sendiri. Bahan yang lain seperti ikan bilis , cili padi dan juga bawang mudah di dapati. Semasa saya kecil arwah emak mengambil masa yang agak lama untuk merebus belimbing menjadi kecut sampailah hitam. Hitam nya adalah secara semula jadi tetapi tidak hangus. Kita memang sedia maklum yang belimbing ini mengandungi air yang banyak....jadi semasa merebusnya kita tidak boleh letakkan air yang terlalu banyak. Jikalau boleh rebuslah belimbing tersebut di atas dapur kayu supaya aromanya akan lebih terasa.

Apabila telah selesai merebusnya...toskanlah air rebusannya terlebih dahulu supaya tidak menjadi terlalu lembik. Biarkannya kering daripada air buat seketika.

Setelah selesai mengeringkan belimbing tersebut ..bolehlah mula untuk membuat sambal hitam ini :

Bahan-bahan nya ialah :
- 4 atau 5 biji bawang kecil ( Jikalau suka bawang kecil , bawang besar pun boleh di gunakan)
- 1 biji bawang putih...Ikut suka
- 10 atau 20 biji cili padi ikut kalau nak pedas ataupun biasa...boleh juga di campurkan lada besar
- Ikan bilis- di basuh terlebih dahulu 
- Sudah tentulah bahan utama belimbing rebus yang telah di rebus tadi
 - Ambil di dalam satu gengam.

Cara-cara membuatnya :

Gorengkan terlebih dahulu ikan bilis tersebut hingga agak garing...jikalau tidak garing...nanti sambalnya agak lembik. Ikan bilis yang telah di goreng di angkat daripada kuali dan ketepikan terlebih dahulu.
Bawang kecil dan juga bawang putih bersama-sama dengan cili padi di tembuk di dalam lesung hingga  semuanya menjadi hancur. Boleh juga menggunakan pengisar makanan ataupun blender tetapi kena berhati-hati jangan letakkan air yang terlalu banyak semasa mengisarnya.

Tumiskan semua bahan yang dikisar di dalam kuali hingga naik baunya..kemudian letakkan belimbing rebus dan kacau semuanya menjadi sebati bersama-sama dengan cili dan juga bawang. Masukkan garam dan juga gula secukup rasa..garam kena berhati-hati sebab belimbing itu telah di rebus bersama-sama dengan garam. Yang terakhir masukkan ikan bilis yang telah di goreng. Kacau semuanya hingga menjadi sebati....semasa membuat sambal ini...api kena perlahan sebab sambal ini cepat hangit. Rasalah garam dan juga gulanya. 

Setelah siap bolehlah di hidangkan sebagai hidangan makanan tenghari. 
Kalau betul cara pembuatan sambal ini iaitu cukup kering dan juga garing ikan bilis nya...sambal ini tahan selama beberapa bulan malah bertahun-tahun juga. 

Saya pasti ramai rakan-rakan saya yang sudah komersialkan sambal ini. Tetapi agak payah mencari dan merasa resipinya yang asal. Asal sambal ini kena agak pedas dam belimbingnya sebati bersama-sama dengan ikan bilisnya. Sambal ini juga sesuai di makan dengan roti selain daripada nasi.

Apa pun selamat mencuba resipi tradisional orang kuala lipis ini...Hanya ini sambal istimewa yang saya warisi resipinya daripada arwah emak saya . Ada lagi beberapa lagi resipi yang ingin saya kongsikan bersama-sama tetapi masa tidak mengizinkan.

Okey....selamat mencuba...

Terima Kasih kepada arwah emak tersayang....Siti Rokiah Bte Abd Kadir kerana telah bersusah payah mengajar cara-cara membuat sambal hitam ini supaya resipi dan rasanya sama macam arwah wan buat dahulu. 


Sekian...Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

TIPS GALAKKAN ANAK-ANAK KE SEKOLAH

Assalamulaikum....Dan Selamat Pagi,

Anak-anak adalah anugerah Allah dan juga amanah kepada kita untuk kita menjaga, membesarkan dan mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna. Semakin anak-anak membesar cabaran membesar dan memdidiknya juga berlainan dari semasa ke  semasa. Saya sendiri mempunyai dua orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja. Saya akui cabaran mendidik dan membesarkan anak-anak di zaman yang serba it terlalu hebat cabaran dan dugaan.

Namun saya bersyukur kerana kedua orang cahaya mata seronok pergi ke sekolah dan bertemu dan juga bermain dengan kawan-kawannya. Kedua orang anak saya mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah. Hampir setiap hari ada sahaja cerita menarik yang di kongsikan bersama-sama dengan saya. Walaupun saya sebagai ibu tidak begitu mengenali hampir kesemua rakan-rakannya...namun saya tetap mendengarnya dengan penuh minat. Kekadang dia berselisih faham dengan kawannya. Tetapi sudah menjadi kebiasaan nya...mereka hanya bergaduh sekejap sahaja. Begitulah tingkah laku seorang kanak-kanak. 

Sejak kecil...anak-anak saya tidak mempunyai masalah untuk ke sekolah. Si adik yang berumur hampir 9 tahun sejak dari tadika selalu dan ingin cepat ke sekolah. Mungkin sebab terpengaruh dengan sikap abangnya yang selalu sibuk dengan aktiviti sekolah membuatkan si adik bosan duduk di rumah tanpa adanya si abang.  Dia memasuki alam persekolahan si awal umur 3 tahun. Dan bersekolah di Tadika Pasti di kawasan perumahan yang saya duduki. Sebagai seorang ibu saya sangat berpuas hati dengan cara didikan dan juga pembelajaran di tadikan Pasti tersebut. Cara pendidikan yang banyak berunsur Islan sangat menarik minat saya sebagai seorang ibu.

Antara tips supaya anak-anak kekal berminat ke sekolah ialah:

- Banyakkan bercerita tentang suasana sekolah yang cantik dan juga kelas-kelasnya yang menarik.
- Ceritakan juga apa kepentingan ke sekolah dan kenapa anak-anak harus dan mesti ke sekolah.
- Jikalau boleh hantar anak-anak sampai ke kelas dan cubalah berkenalan dengan rakan-rakannya walaupun tidak ramai.
- Sebelum pergi ke sekolah, biasakan anak-anak bersarapan terlebih dahulu. Selalu membiarkan anak-anak ke sekolah dengan perut menyukarkan dia menerima sesuatu pelajaran.
- Pastikan anak-anak ke sekolah dengan keadaan yang gembria dan bersemangat ke sekolah. Kalau boleh cubalah berjenaka sedikit dengan mereka.
- Pastikan anak-anak kenal siapa guru kelasnya. Kalau perlu cubalah berkenalan dengan guru kelas supaya jikalau ada apa-apa masalah yang timbul kekal dapat di selesaikan dengan baik.
-Sebelum meninggalkan anak-anak di sekolah biasakan anak-anak bersalam dan kalau boleh peluk dan ciumlah anak-anak. Jadikan tabiat ini suatu kebiasaan walaupun anak-anak telah meningkat remaja. 
- Jangan malu untuk berkata kepada anak-anak yang kita sebagai ibubapa bangga dengan segala pencapaian mereka.
- Senantiasa bersedia mendengar cerita anak-anak tentang sekolah, guru-guru, mata pelajaran, kawan-kawan dan juga segala-gala mengenai sekolah dan juga rakan-rakannya.
- Galakkan anak-anak memasuki persatuan dan juga sukan yang mereka minati.
- Jangan memaksa anak-anak buat apa yang mereka tidak suka.
- Dan yang terakhir.....selalulah berkata kepada anak-anak yang kita sebagai ibu dan juga sayangkan anak-anak.

Ini adalah tips yang saya selalu amalkan supaya memastikan anak-anak berminat dan suka ke sekolah. Sebagai ibu saya akui ada kalanya berdepan juga dengan masalah-masalah lain yang tidak dapat saya elakkan contohnya....deman, mengantuk, letih dan bermacam-macam lagi

Walau apa juga bentuk dan cabaran ...pastikan kita sebagai ibu dan juga meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak kita terutama dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja. Kenali siapa kawan-kawan mereka....kemana anak-anak kita pergi dan pukul berapa mereka pulang ke rumah. Jadikan anak-anak sebagai teman rapat kita yang boleh berkongsi segala masalah. Pastikan mereka tahu yang kita sebagai ibu dan dan juga bapa sangat sayangkan mereka. 

Itulah sahaja tips yang dapat saya berkongsi dengan anda semua di luar sana. Mungkin ada lagi tips yang boleh anda semua berikan saya juga sudi mendengarnya.

Semoga kita semua akan menjadi ibubapa yang baik kepada semua anak-anak kita.
Amin...insha Allah.

Sekian...Sariah Awang Senik.

KEGIATAN HARIAN

Assalamulaikum,
Hari ini terlalu banyak perkara yang perlu saya uruskan dan siapkan. Dengan sibuk menjahitnya, menguruskan rumahtangga dan juga mengikuti kursus belajar blog secara online ini...masa terlalu singkat saya rasakan. Apa pun hari ini saya terpaksa bercuti kerana anak dara saya ada kegiatan kokurikulum di sekolahnya. 

Tidak sampai hati pula saya membiarkannya bersendirian pergi dan balik dari sekolah. Saya terpaksa menghantarnya ke sekolah agama dulu untuk mengambil kedatangan dan kemudian menghantarnya balik ke sekolah kebangsaan. Anak saya memberitahu dia telah memasuki pengakap. Hati dia sungguh gembria kerana memang itulah impiannya untuk memasuki pasukan beruniform tersebut.

Kira-kira jam 5 petang dia pulang ke rumah dan sibuk meminta kebenaran saya untuk bermain dengan kawan-kawannya yang lain. Saya memberitahunya dia boleh pergi bermain tetapi tidak boleh pulang ke rumah terlalu lewat. Saya membeitahu nya saya ingin mengajaknya pergi ke gerai untuk minum petang. Memang sudah menjadi kebiasan saya selalu membawanya makan di gerai yang berhampiran dengan rumah saya. Dan bagi saya tiada salahnya saya berbuat demikian. 

Namun saya tidak sangka lain pula jadinya semasa sampai di kedai makan, ketika saya sedang asyik leka mereka blog di hphone saya...anak saya memberitahu yang abahnya ada di belakang saya. Saya menyuruh dia pergi bersalam dengan abahnya sebagai tanda hormat. Apa sahaja yang abahnya dan kawan-kawannya bualkan saya biarkan sahaja. Saya tahu saya tidak berbuat apa-apa kesalahan....salahkah seorang ibu tunggal membawa anaknya keluar makan? 

Apa pun yang berlaku saya berserah kepada Allah. Saya tidak berhak menghukum nya. Saya juga terlalu banyak kelemahan dan sekarang sedang berusaha dengan gigih dan sabar untuk meneruskan segala impian saya yang telah lama saya tinggalkan semasa di bangku sekolah lagi. 

Insha Allah dengan bimbingan guru-guru online saya...saya akan berjaya juga suatu hari nanti. Doakan saya senantiasa dan saya juga selalu mendoakan kalian semua. Tidak kiralah siapa pun anda berhak untuk hidup bahagia. Yakin diri boleh...apa sahaja kekurangan jangan jadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu berjaya. 


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik......

KOLEKSI PRINTED FISHTAIL BLOUSE


Printed Fishtail Blouse cantik dan menawan. Terdapat di dalam pelbagai warna dan corak
Free size fit dari S dan L sahaja.
Material : Brushed Cotton
Measurement : Length 73-96cm
Bust : 80-96cm
Shoulder : 34-38cm
Sleeve : 60cm
Hem : 128cm
Sleeve Hole : 20cm
Kepada yang berminat boleh whatshapp saya : 019 4075635
Pm segera sementara stok masih ada.

Tuesday, 7 January 2014

KETABAHAN DAN KEKUATAN SEORANG IBU TUNGGAL

Jangan bersedih kalau anda ditakdirkan sebagai seorang ibu tunggal. Terimalah dengan redha dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kita tidak pernah meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Memang hakikatnya terlalu amat pedih dan derita namun semuanya itu ada hikmah tersembunyi. Jangan biarkan diri terlalu lama bersedih. Memang agak sukar menerima kenyataan setelah hampir sekian lama bergelar seorang isteri. Tiada siapa yang meminta untuk dijadikan seorang ibu tunggal. Percayalah pada diri bahawa tuhan sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita hadapi sekarang.
Cari sesuatu kekuatan untuk bangkit semula daripada sebuah penderitaan. Contoh terdekat adalah anak-anak. Jangan abaikan mereka dek kerana asyik melayan hati dan perasaan kita. Selalulah bersama dengan anak-anak walaupun kita sekarang sedang melalui saat-saat yang paling sukar. Belajar untuk meneruskan kehidupan walaupun bergelar seorang ibu tunggal. Dan yang paling penting selalulah mendekatkan diri kepada Allah SWT.  Kepada siapa lagi yang harus kita mohon pertolongan selain daripada tuhan yang maha esa. 

Senantiasa sibukkan diri  dengan sesuatu pekerjaan yang kita minati. Berhenti menagih simpati kerana ianya hanyalah melemahkan semengat kita.  Berfikir secara positif dan anggap segala dugaan adalah sebahagian daripada sebuah kehidupan. Mungkin selama ini kita terlalu selesa sampaikan kita terlupa apa sahaja bakal terjadi di dalam kehidupan kita. Semakin banyak masalah bermakna tuhan yang maha esa semakin dekat dengan diri kita. Tidak siapa tahu apa mungkin penderitaan dan kesedihan adalah titik kejayaan di dalam kehidupan kita. Lihat di sekeliling kita....kita masih punya keluarga sendiri, anak-anak, ibubapa adik beradik dan juga saudara mara kita. 

Pedulikan lah apa yang masyarakat kita anggap mengenai status seorang ibu tunggal. Anggap semuanya bagai angin lalu yang sesekali bertiup kencang. Apa yang lebih penting jagalah maruah seorang ibu tunggal. Mereka juga berhak bahagia walaupun tanpa seorang yang bergelar suami di dalam kehidupan mereka. Dan perkara yang lebih penting jangan sesekali menghukum sesiapa di dalam kehidupan kita. Sekalipun mereka semua selalu menghina dan menjatuhkan maruah seoarng ibu tunggal biarkanlah Allah SWT menjalankan tugasnya yang tersendiri.  Jujur pada diri apa yang kita inginkan. Tidak perlu bersusah payah memuaskan hati dan perasaan orang lain yang sememangnya sifat seorang manusia itu tidak pernah puas.  Berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT supaya kita senantiasa di beri kekuatan dan keimanan yang kuat. Yakin pada diri bahawa seorang ibu tunggal juga mampu berjaya malah juga berjaya mendidik anak-anak menjadi seorang anak-anak yang soleh dan juga solehah. 

Jangan terlalu bergantung dan berharap kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan kita walaupan saudara mara dan juga rakan-rakan terdekat. Cari punca pendapatan yangl lain. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan masalah yang mendatang. 

Percayalah kita sebagai ibu tunggal mampu hidup bahagia sebagaimana orang lain. Kenyataannya di dalam negara kita sendiri terlalu ramai ibu-ibu tunggal yang sudah berjaya mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan bahagia. Dan yang teramat penting senantiasa lah tersenyum walaupun hakikatnya teramat pedih. Jangan terlalu bermuram dan murung memikirkan apa yang telah terjadi. Tiada yang menguntungkan jikalau asyik bersedih dan bermuram. 

Apa sahaja yang terjadi hakikatnya bergelar seorang ibu tunggal umpama suatu anugerah daripada Allah. Hanya tuhan sahaja apa yang terbaik buat kita.  Hidup mesti di teruskan..buang semua sifat negatif di dalam diri kita. Dan tanamkan sifat positif di dalam kehidupan kita.

Insha Allah suatu hari nanti kita akan berjaya mengatasi semua perasaan sedih dan duka itu. Belajar untuk memaafkan orang lain. Yakinlah dan hargailah apa yang kita miliki sekarang....kehidupan...anak-anak....perkerjaan dan juga keluarga yang kita sayangi selalu. Andai rasa terluka dan sedih ingatlah ada insan-insan yang lain yang lebih teruk daripada kita.

Belajarlah daripada sebuah kesilapan.........


Ihklas Daripada Sariah Awang Senik

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...