Sunday, 22 November 2015

KISAH SAHABAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, bermulalah minggu pertama cuti persekolahan. Tiada apa yang istimewa kecuali melayan karenah anak-anak tersayang. Hanya mereka sahaja yang sangat bermakna dan membawa kebahagiaan kepada sebuah kehidupan ini. Secara jujurnya saya tidak mempunyai ramai sahabat. Hanya sahabat karib dari zaman persekolahan hinggalah kini. Kami hanya berhubung secara online disebabkan tidak mempunyai masa yang banyak untuk bertemu dan meluangkan masa bersama.

Sahabat yang ada hanyalah sekerja dan kami hanya berbincang kisah kerja dan juga sebagainya. Ada juga sahabat yang hanya memerlukan kita disaat mereka dilanda kesusahan dan juga keresahan. Ada juga sahabat yang sanggup melukai hati sahabat yang lain demi untuk menjaga hati seorang sahabat yang lain. Alasannya kerana sabahat yang satu lagi terlalu cepat marah dan melatah. Tetapi sahabat yang lama tetap bersabar dan memerhatikannya sahaja. Sahabat yang satu ini tetap berdoa dan memerhatikannya dari jauh.

Mereka tiada persamaan. Punyai kisah kehidupan yang agak berbeza. Namun saban hari sahabat yang seorang ini tetap bersabar dan terus bersabar. Biarlah mereka berdua dan bergembria dan berkongsi apa sahaja. Ada masanya kalau tersilap cakap ataupun perlakuaan sahabat yang seorang ini akan cepat terasa dan akan bermulalah sebuah amarah yang sukar ditenangkan. Kisah sahabat ini amat perit untuk dilalui. Betapa sahabat yang seorang ini berasa jauh dan seolah-olah tidak wujud. Dia hanya diperlukan saat sahabat yang seorang lagi dilanda kisah sedih rumahtangganya.

Memang sahabat ini tidak mampu beri apa-apa material kepada sahabat yang seorang ini. Hanya nasihat dan kata-kata semangat agar tidak terus mengalah dengan semua dugaan sebuah kehidupan. Apa pun kisah sahabat ini harus dilalui dengan segunung kesabaran. Dalam hati sahabat yang seorang ini tetap terus berdoa agar mereka berdua bersama senantiasa bahagia bersama mahligai impian masing-masing dan tidak menjadi seperti nasib diri sahabat ini.

Bagi diri sahabat ini, sebuah persabahatan haruslah terjalin atas sebuah kepercayaan dan keikhlasan. Dan yang paling pasti, berkawan atas nama Allah dan tidak berlandaskan sebarang syarat. Biarlah tika dan saat ini tidak mempunyai sesiapa pun sebagai seorang yang bernama sahabat karib, asalkan Allah tetap selalu ada bersama disisi kehidupan ini.


Nota : Amat payah untuk melihat seorang sahabat yang menghargai apa yang kita lakukan selama ini. Apa yang kita lakukan seolah-olah tidak berharga dan tidak wujud. Maka berbuatlah apa sahaja atas nama Allah. Dan suatu saat kebenaran dan keikhlasan akan terbalas jua.

posted from Bloggeroid

Thursday, 19 November 2015

PROMOSI EBOOK NOVEMBER

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Promosi ebook dari Akademi Bekerja Dari Rumah masih berlangsung. Anda boleh dapatkan kesemua ebook dengan harga yang amat berpatutan.

Dengan hanya membayar RM 100 anda bakal memprolehi 4 buah ebook dari ABDR. Selain daripada itu anda juga boleh 2 buah lagi ebook dengan harga yang amat berpatutan sekalin


Wednesday, 18 November 2015

DUGAAN ITU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dugaan demi dugaan singgah dan pergi dari kehidupan ini. Bukan mudah menghadapinya setiap rintangan tersebut. Namun dugaan datang bersama hikmah disebaliknya. Dan hanya Allah yang maha esa sahaja yang tahu akan rahsianya. Mengharungi kehidupan bersendirian dan juga membesar dan mendidik anak bukanlah perkara yang mudah.

Hari ini rutin harian berjalan seperti biasa. Di awal pagi menghantar anak bujang tersayang ke sekolah seperti biasa. Hampir beberapa lama menunggu, tetapi bas yang ditunggu tidak juga sampai. Kebetulan pula sekarang dia sedang mengambil peperiksaan sijil agamanya sebelum menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Anak bujang pula hari ini tidak berapa sihat. Malam tadi badannya panas dan sesekali selsema dan batuk. Dalam hati saya tidak putus berdoa agar dia kembali sihat dan menjalankan aktivitinya seperti biasa.

Mujur juga ada sahabatnya yang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta. Anak bujang mengambil keputusan untuk menumpang sahabatnya itu ke sekolah.
Anak dara juga hari ini tidak ke sekolah kebangsaan. Saya mengambil keputusan untuk merehatkannya sebentar dirumah kerana pada petang nanti akan ada majlis anugerah cemerlang di sekolah agama.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 17 November 2015

PENTINGNYA SEIMBANG PENDIDIKAN AKADEMIK DAN ISLAMIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Semuanya berjalan dengan lancar sekali. Semasa sedang menunggu giliran anak dara tersayang membuat persembahan dan juga penyampaian hadiah, saya sempat berbual seketika dengan seorang ustazah yang juga pengetua dan pemilik tadika Pasti. Beliau juga merupakan bekas ustazah kepada anak dara dan juga abangnya semasa mula-mula belajar di tadika Pasti. Ternyata keputusan saya menghantar kedua anak ke tadika Pasti tidak salah sama sekali.

Anak dara tersayang menghabiskan masa selama 3 tahun di sana. Menimba ilmu pengetahunan berasaskan al-quran dan juga segala ajaran agama islam. Begitu juga anak yang lelaki mendapat pendidikan awal di tadika Taski dan kemudiannya Pasti. Kini mereka berdua pandai membaca dan juga menulis di dalam tulisan jawi. Bahasa Arab juga mereka masih dalam process pembelajaran.

Ustazah ini memberitahu bahawa selain daripada pelajaran akademik, islamik juga penting diterapkan dikalangan anak-anak zaman sekarang. Walau betapa pandai dan bijaknya seseorang itu jika tiada nilai-nilai kemanusian maka jiwa seseorang itu akan kosong dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Ujar ustazah tersebut lagi, jika seorang pelajar tidak pandai membaca al-quran dan langsung tidak bersolat maka akan tiada keberkatan di dalam kehidupannya.

Jika ingin cemerlang di dalam sesuatu bidang ataupun pelajaran maka wajiblah seseorang itu menjalankan hubungan yang baik dengan Allah yang maha esa. Apa pun kesimpulannya pelajaran islamik sangat penting sebagai benteng keimanan yang kuat untuk anak-anak di dalam zaman globalisasi ini.

posted from Bloggeroid

SIKAP PENTINGKAN DIRI MEMBAWA PADAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ada masanya sikap pentingkan diri ini boleh mengundang pelbagai keburukan di dalam kehidupan seharian kita. Hanya kerana ingin selesaikan semua pekerjaan dengan cepat dan tidak mahu menyusahkan diri sendiri menyebabkan ada insan-insan yang bergantung harap terhadap pekerjaan telah terjejas. Bukan semua insan hidup serba berkemampuan. Ada sesetengahnya tidak mampu membeli kereta ataupun motosikal. Bunyinya nampak agak mustahil, namun itulah hakikatnya.

Membuat pekerjaan secara acuh tidak acuh bakal menyusahkan kehidupan orang lain. Inginkan satu pekerjaan yang mudah dan juga pendapatan yang tinggi. Tetapi tidak mahu bersusah payah terlebih dahulu. Semuanya hanya menyusahkan orang lain.

Lebih parah jika dengan sikap yang demikian boleh mengundang bahaya kepada orang lain. Bayangkan hal yang sama berlaku terhadap diri kita sendiri ataupun sesiapa sahaja yang kita kenali. Pasti kita akan berasa geram dan juga marah akan keadaan yang sedemik



ian. Seharusnya berhati-hatilah di dalam menjalankan setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Jangan menerimanya hanya sekadar wang dan bersikap sambil lewa.

posted from Bloggeroid

SEKITAR HARI ANUGERAH KECERMERLANGAN ANAK TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Akhirnya hari yang ditunggu telah pun tiba. Semalam adalah Hari Anugerah Kecermerlangan anak dara tersayang di sekolah. Tidak sangka dia masih dapat mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang 10 pelajar terbaik di dalam kelasnya. Dia juga turut meraih 3 lagi hadiah kerana telah mendapat tempat yang ke 3 di dalam kelas dan juga 2 lagi hadiah di dalam mata pelajaran terbaik.

Mengimbas kembali saat hari sebelum.peperiksaan tersebut, anak dara telah diserang deman dan juga penyakit tonsilnya. Agak lama juga dia sakit sebelum semua seleranya kembali pulih. Mujur penyakitnya tidak berlarutan dan kembali sihat seperti biasa. Melihat dia membesar seakan memberikan saya suatu kepuasan dan juga semangat untuk terus tabah mengharungi segala rencah kehidupan.

Saya tahu dan faham bukan mudah baginya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Peringkat permulaan amat sukar. Namun semuaya beransur-ansur pulih seperti sediakala setelah dia melalui pelbagai peringkat perubahan. Dia seorang anak yang tabah dan sangat berdikari. Ada masanya perasaan bersalah menghantui diri kerana ada masanya saya tidak dapat menunaikan segala permintaannya. Apa pun saya tetap berusaha sebaik yang mungkin untuk memenuhi segala permintaannya.

Suasana hari anugerah berjalan dengan lancar tetapi penuh dengan debaran yang sangat hebat. Maklumlah semalam adalah hari keputusan peperiksaan UPSR keluar dan ramai ibubapa berasa teruja dan berdebar-debar. Keputusan peperiksaan UPSR keluar pada pukul 11 pagi. Syukur sekolah anak dara tersayang iaitu Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah mendapat keputusan yang sangat baik. Seramai 13 orang calon UPSR sekolah berkenaan telah mendapat 5A. 9 orang calon lagi telah memprolehi 4A  1B. Apa sahaja keputusannya,sekalung ucapan tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, percayalah anak-anak semua telah buat yang terbaik.

Anak dara tersayang juga telah membuat persembahan koir dan saya sangat teruja dan bangga melihatnya. Sebagai seorang ibu, saya juga banyak belajar daripadanya. Apa sahaja yang diusahakan pasti akan membua yang terbaik di dalam sesuatu bidang. Selain daripada itu, saya juga selalu ingatkan agar selalu membantu kawan-kawan yang agak kurang di dalam sesuatu mata pelajaran. Bersedekah setiap har Jumaat juga banyak membantu.

Dengan bersedekah, pasti Allah akan membantu kita dijalan yang tidak disangka-sangka. Setelah semua urusan penyampaian hadiah selesai, saya dan anak dara terus pulang ke rumah untuk berehat. Tahun ini banyak kenangan manis yang tidak pernah sesekali saya lupakannya.


Monday, 16 November 2015

MELAYAN SI MANJA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari ini dapat juga balik awal dari kerja. Selalunya setiap sekali dalam seminggu, kedai ini akan ditutup pada pukul 10 malam setiap minggu. Namun disebabkan hari raya Deepavali pada minggu lepas, maka kedai ini akan dututup seperti biasa. Kalau tidak tutup juga pukul 10, maknanya tiadalah lagi masa rehat untuk saya dan rakan-rakan yang lain. Saya pun berasa sangat gembria dan bolehlah melayan karenah si manja iaitu kucing-kucing saya tersebut.

Saya mempunyai enam ekor kucing termasuklah juga ibunya sekali. Ayahnya kucing ini baru sahaja mati beberapa bulan yang lepas.
Kini yang tinggal hanyalah anak-anak

serta ibunya sahaja. Nama ibunya Mimi, manakala anak-anaknya pula ialah, Sunquick, Atam, Comey, Lazy dan juga Baby. Kalau nak tahu, semua nama-nama kucing ini telah direka khas oleh anak dara tersayang mengikut setiap perangai anak-anak kucing tersebut.

Selalunya itulah rutin harian saya. Selesai memberi semua kucing-kucing kesayangan makan, saya akan pula melepaskan seketika daripada kandang tempat mereka makan dan juga berehat secukupnya. Malam ini saya pasti, semua kucing kesayangan akan tidak banyak melakukan aktiviti yang lain.

Mungkin mereka sedang lena tidur dibuai mimpi yang indah.

Catatan Pengalaman.

posted from Bloggeroid

TENANGLAH BUAT SEKETIKA

Maka berakhirlah bulan Syawal 2026 dengan rasminya. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun ke dua menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak lel...