Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Jam berbunyi tepat pukul 5 pagi. Alhamdulilah hari ini keadaan berjerebu makin berkurangan. Kalau nak ikutkan hati berasa sangat risau, kerana sekolah terpaksa ditutup angkara keadaan jerebu yang melanda di daerah saya ini beberapa hari yang lalu. Jadual peperiksaan pun terpaksa ditunda dan tidak dapat berjalan seperti biasa. Walaupun sekolah telah ditutup selama beberapa hari, sebagai ibu saya senantiasa menasihati anak-anak supaya tidak terlalu berasa gembria dengan cuti tersebut. Ada banyak perkara yang terpaksa di tunda dan telahpun banyak pihak yang lain.
Selama beberapa hari sekolah cuti, anak-anak sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyemak apa yang patut sebagai persiapan di saat akhir. Adakalanya saya sangat risau jika mereka berdua tidak membuat persiapan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Apa pun selain dari nasihat, saya tetap berdoa kepada Allah semoga hati dan perasaan mereka berada di dalam keadaan yang tenang dan mampu menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik dan betul.
Hari ini juga saya menjalankan rutin harian dengan menjalankan ibadah berpuasa sunat hari Isnin dan juga Khamis. Semua ini saya anggap sebagai amalan yang baik, yang dapat merehatkan sistem tubuh badan sendiri daripada pelbagai jenis penyakit.
Nampaknya hari sudah pun beransur tengahari dan saya baru sahaja selesai memasak juadah untuk tengahari buat santapan kedua anak tersayang. Selain daripada itu saya berdoa semoga anak-anak tersayang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka nanti.
Coretan Peperiksaan
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment