Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum. Alhamdulilah. Allah sedang menguji kita sekarang. Saat alam semesta indah dan mengasyikkan kita selalu lupa untuk menghargainya. Langit yang sedang membiru dan dihiasi burung yang berkicauan di sana dan sini. Pemandangan itu tidak dapat lagi kita nikmati sekarang.
Walaupun hujan turun beberapa yang lepas, namun ianya masih tidak dapat mengurangkan masalah jerebu yang melanda di negara kita ini. Sekarang kebanyakan daerah telah mencapai ipu yang sangat merbahaya. Contohnya seperti Shah Alam yang bacaan ipunya adalah sebanyak 300. Kebanyakan sekolah terpaksa ditutup. Kanak-kanak dan juga orang dewasa yang tidak digalakkan menjalankan aktiviti diluar rumah. Kita digalakkan untuk memakai topeng ketika berada diluar rumah. Selain daripada itu, minumlah banyak air suam. Dan jika mengalami masalah kesihatan ataupun sesak nafas, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin di hospital ataupun klinik yang berhampiran.
Ketika saya di dalam perjalanan ke tempat kerja pada petang tadi, saya dapat merasai mata teramat pedih. Tetapi saya masih lagi dapat bertahan hinggalah sampai ke tempat kerja. Apa pun usahlah kita merasa terlalu seronok dengan keadaan sedemikian. Bagi anak-anak yang sedang bersekolah dan terpaksa bercuti, usahlah berasa terlalu seronok dengan keadaan jerebu yang makin berlarutan ini.
Apabila bumi terlalu banyak menanggung dosa hamba-hambanya, maka alam semesta ini akan memberi amaran kepada sekalian manusia yang berada di bumi ini. Semua ini berlaku adalah kesan daripada sikap manusia yang terlalu tamak tanpa menghiraukan akan akibatnya kelak. Nyata kita hanya mampu berdoa dan memohon kembali kepada Allah akan masalah jerebu ini akan bertambah pulih dan sekaligus sekali rutin harian dapat dijalankan seperti biasa.
Ketika sedang menulis entri ini, suasan malam seakan terlalu gelap dan tidak bermaya. Selalunya waktu malam begini saya dapat melihat pelbagai bintang bertaburan menghiasi langit, tetapi malam ini pemandangan itu tidak wujud seperti selalu. Kepada Allah yang maha kuasa dan mengetahui, saya berdoa semoga masalah jerebu akan makin berkurangan esok dan juga hari-hari yang seterusny.
Oh jerebu, pergilah kau jauh-jauh dari alam semesta ini. Lenyaplah kau terus dari kamus sekalian kehidupan makhluk di bumi ini.
Coretan Jerebu
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment