Tuesday, 6 October 2015

MENGAPA KITA MALAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah di daerah ini tidak lagi berjerebu. Masih dapat lihat kembali langit yang cerah dan hati sangat rindu akan semua pemandangan tersebut. Semoga ianya tetap kekal dan tidak dicemari lagi.

Anak-anak tersayang semua sudah ke sekolah. Saya seperti biasa sibuk menjalankan segala urusan rumahtangga. Hari ini saya tidak dapat bercuti, kerana rakan sekerja sedang sakit dan terpaksa ditahan di wad. Semoga dia cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Pada pagi tadi saya sempat menonton suatu video ringkas ataupun tips pantas yang telah dirakam secara spontan oleh jutawan muda internet iaitu Irfan Khairi.
Sangat tertarik dengan apa yang diperkatakan tentang sifat MALAS ataupun Mengapa Kita Malas.
Antara yang sempat saya kongsikan di entri ini ialah ada 3 sebab paling utama dan biasa kita lihat dan juga mungkin pernah alaminya dahulu ataupun sekarang. Sebab tersebut ialah :
1) Tiada matlamat.
Kita melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang matlamat. Suatu perkerjaan yang kita lakukan tanpa ingin mencapai tahap yang tertentu ataupun paling tinggi. Katakan jika kita sedang bekerja, kita hanya ingin bekerja dan mendapat gaji sahaja tanpa perlu melihat lebih jauh disebalik pekerjaan yang kita sedang lakukan. Walaupun bekerja sebagai pembantu kedai dan menjaga perniagaan orang lain, kita tidak mahu belajar tentang selok belok bagaimana majikan kita belajar untuk mempertahankan perniagaannya sebegitu lama. Kita harus belajar cara menguruskan perniagaan, belajar akaun, stok barang dan juga cara-cara mengendalikan para pelanggan. Itulah yang harus kita belajar supaya suatu hari nanti dapat mempunyai perniagaan sendiri.
Sebab yang kedua adalah :
2) Tiada desakan daripada orang lain.
Jika kita sedang membuat apa yang kita lakukan, kita harus berkawan dan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang membuat perkara yang sama dengan kita. Maksudnya punyai rakan-rakan yang senantiasa berfikir secara positif tentang sesuatu perkara dan berusahalah jauhkan diri dari mereka yang negatif. Kerana mereka yang negatif akan selalu bercakap dan berfikir tentang perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan bukan sahaja pada diri tetapi juga orang lain.
Selain daripada itu, sebab yang terakhir pula ialah :
3) Terlalu berasa selesa.
Kita merasakan kehidupan yang kita lalui terlalu selesa dan tidak mahu berusaha lebih membuat sesuatu perkara. Selesa dengan gaji yang kita nikmati tiap bulan, punyai segala kemudahan seperti kereta ataupun rumah. Semua ini akan menyebabkan kita rasa terlalu selesa dan akan cepat membuatkan kita jadi malas untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.

Jadi sebagai seorang yang dewasa yang dikurniakan oleh Allah akal dan pemikiran yang baik, untuk hindarkan kita menjadi malas, kita harus elakkan 3 sebab diatas. Tetapkan matlamat, berkawan dengan rakan-rakan yang positif dan berjaya. Semangat dan aura rakan-rakan tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi segala perjalanan dan juga tindakan yang bakal kita lakukan.

Jangan rasa diri terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Apa sahaja bakal berlaku di dalam kehidupan harian kita tanpa kita sedari. Jadi pastikan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam dan janganlah tergolong di dalam kalangan mereka yang gagal. Gagal bermakna kehidupan hari ini lebih teruk daripada semalam.

Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat dan juga pengajaran kepada semua rakan-rakan yang singgah membaca entri saya pada hari ini. Insha Allah.

Coretan Malas
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...