Wednesday, 28 October 2015

SELSEMA, BATUK DAN CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari ini semua urusan berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun segala rutin harian tidaklah sehebat mana, namun cukup berpuas hati dapat selesaikannya sebaik yang mungkin. Berada di dalam keadaan yang kurang sihat seperti selsema dan juga batuk amat menduga hati supaya lebih bersabar menghadapinya.

Telah hampir beberapa hari selsema dan juga batuk. Entah di mana silapnya, saya pun kurang pasti. Mungkin akibat jerebu ataupun pernah terkena hujan dan tidak mandi selepas itu. Ataupun mungkin ini adalah suatu syarat bahawa daya tahanan tubuh badan makin berkurangan. Apa pun saya tetap berdoa semoga akan cepat sembuh di dalam dua ataupun tiga hari ini. Kebetulan juga hari ini saya bercuti rehat selama sehari. Dan dapatlah berehat sebentar dari tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Berehat di rumah dan melayani karenah adalah saat yang paling membahagiakan diri saya. Selain dapat membuat mereka berdua bahagia dan disayangi saya juga amat senang melayan kucing-kucing kesayangan dan menjaga kucing kesayangan tersebut. Saya mempunyai enam ekor kucing kesayangan termasuklah ibunya sekali. Kucing-kucing ini bagaikan anugerah yang tidak terhingga. Mereka jugalah terapi buat saya untuk melegakan sebarang rasa stress dek bebanan kerja dan segalanya.

Selepas memakan ubat, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk memberi peluang kepada daya tahanan tubuh badan bertindak balas. Hampir lewat petang dalam jam kira-kira enam petang barulah saya bangun semula dan menyelesaikan tugas yang lain.

Coretan Selsema Dan Batuk
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...