Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum.
Alhamdulilah saya masih lagi berpeluang bernafas dan menjalankan segala aktiviti seperti biasa. Itulah nikmat tidak ternilai yang sering kita lekakan selama ini. Keadaan diluar rumah masih lagi berjerebu. Pemandangan langit dan juga bukit-bukau langsung tidak kelihatan. Hari ini anak-anak tersayang bercuti akibat jerebu selama 2 hari. Bermakna hari ini dan juga esok. Masing-masing bangun agak lewat. Namun itu bukan alasannya untuk mereka berdua membuang masa tanpa sebarang aktiviti.
Anak yang lelaki sedang pergi ke kedai kerana hendak membeli beberapa barang keperluan. Saya pula sibuk menjalankan beberapa urusan yang lain di rumah. Hari ini sihuk berurusan dengan jabatan kerajaan. Bukan mudah juga hendak mendapatkan mereka semua dengan keadaan talian yang selalu sibuk. Berurusan dengan Mahkamah Syariah, Pusat Zakat dan juga Lembaga Hartanah kerajaan Selangor. Semuanya bukan mudah, namun syukur urusan dipermudahkan oleh Allah yang maha esa. Sebenarnya ada beberapa lagi tugasan yang lain yang harus dikemaskinikan.
Menulis entri di blog ini juga adalah salah satu tugasan yang harus saya selesaikan hampir setiap hari. Tetapi adakalanya saya terleka untuk menulisnya dan juga menerbitkannya sekaligus. Bekerja sebagai seorang pembantu kedai juga terpaksa melalui banyak cabaran. Bagi saya apa pun bidang pekerjaan, pasti akan melalui dugaan yang tersendiri.
Setiap hari saya ke tempat kerja dengan.hanya berjalan kaki. Dan terpaksa menempuh suasana jerebu yang sesak dan adakalanya memedihkan mata. Namun demi tugas dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan saya bersyukur dapat melaluinya sebaik yang mungkin.
Kini saya sedang merangka satu entri tentang pengilbatan saya di beberapa majalah. Walaupun tidak sehebat mana, saya tetap bersyukur kerana ada juga pihak-pihak media yang bergerak aktif di kumpulan sokongan yang sangat dihormati iaitu AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Nama pun bekerja dari rumah. Jadi hampir seratus peratus aktiviti adalah secara online.
Dah hampir tengahari. Jejari saya masih lagi ingin menari-nari menaip sesuatu. Perut pula sedang rancak berbunyi. Lupa hari ini saya sedang berpuasa sunat. Anak-anak masih sibuk bertanyakan apa juadah untuk tengahari nanti. Untuk itu, saya terpaksa berhenti di sini dahulu. Nanti akan saya kongsikan entri tentang penglibatan saya di beberapa majalah beberapa bulan yang lepas. Insha Allah. Doakan semoga semua urusan dipermudahkan.
Coretan Berjerebu
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment