Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah, hari ini anak-anak berada dan berehat sahaja dirumah. Keadaan jerebu masih lagi berterusan, walaupun semalam hujan turun membasahi bumi di daerah ini. Hampir seminggu juga anak-anak bercuti disebabkan jerebu yang teruk melanda hinggakan keadaan langit berwarna agak ke kuning-kuningan.
Itulah akibatnya jika manusia begitu rakus melakukan apa sahaja demi untuk mengejar kemewahan dan juga kemodenan. Sempena dengan keadaan yang masih lagi berjerebu diluar, saya perhatikan anak-anak sibuk bermain gajet dan langsung tidak memperdulikan apa yang sedang saya katakan ketika itu. Mulanya itu memang nak marah, namun lama-kelamaan anak dara tersayang memberitahu saya, bahawa dia sedang mengulangkaji pelajaran menerusi laman sosial whatshapp bersama guru Matematik dan juga Bahasa Inggerisnya di sekolah. Dalam hati saya berada kagum dengan daya kreatif guru yang berusaha menarik minat anak-anak muridnya mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan aplikasi yang popular itu.
Beruntungnya anak-anak zaman sekarang mempunyai banyak alat bantuan belajar jika dibandingkan dengan zaman saya belajar waktu persekolahan dahulu. Selain dari matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, anak saya juga telahpun mengulangkaji mata pelajaran Agama Islam bersama ustaznya di sekolah. Syukur juga kepada Allah, anak-anak tidak perlu keluar rumah dan terdedah kepada keadaan bahaya jerebu di luar rumah. Rasanya ramai lagi guru-guru yang sangat kreatif di dalam mengajar dan berusaha apa sahaja menarik minat anak-anak murid belajar tanpa mereka mudah berasa bosan apabila setiap kali berada dan menghabiskan masa santai di rumah.
Ini secara tidak langsung mengurangkan minat anak-anak yang suka bermain.game dirumah. Anak dara tersayang terpaksa membaca semula apa yang telah dipelajarinya kerana kelas tuisyennya telah pun habis belajar di sekolah. Mujur gurunya mempunyai pendekatan yang lain untuk mengalihkan minat anak muridnya yang suka bermain game. Apa pun sebagai seorang ibu itu bukanlah alasan untuk membiarkan anak-anak bersendirian melakukan sesuatu aktiviti di rumah.
Apa sahaja aktiviti di laman-laman sosial seperti Facebook, Wechat dan juga Whatshapp haruslah dipantau sebaik yang mungkin bagi menggelakkan anak-anak terdedah kepada gejala sosial ciber yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Selain dari anak-anak suka menghabiskan waktu membaca, mereka juga gemar membaca novel ataupun komik secara online. Saya hanya dapat memantau dan memberikan mereka nasihat agar tidak membuat sesuatu kejahatan. Nasihat demi nasihat tidak pernah saya jemu melakukannya demi anak-anak tersayang. Pernah juga anak dara tersayang memberitahu bahawa selepas peperiksaan nanti, dia ingin membeli seberapa banyak novel untuk koleksi peribadinya.
Saya tahu, dia sangat minat membaca novel pilihan yang ditulis oleh penulis novel remaja terkenal iaitu Ain Maisarah. Apa pun setiap kali pergi ke pekan juga, dia tidak pernah lupa untuk singgah ke kedai buku pilihan yang selalu memberi maklumat terkini tentang apa buku yang terbaru dari penulis novel pilihannya.
Hari sudah pun beransur petang dan saya perlu bersiap sedia untuk tugasan dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan selama ini.
Semoga kita bertemu lagi di entri yang lain lagi kelak.
Coretan Alaf Baru
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment