Thursday, 14 August 2014

CABARAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Cabaran kehidupan yang dilalui pada zaman teknologi maklumat ini terlalu pesat membangun. Segala cabaran yang datang banyak perbezaannya. Sebagai seorang ibu, cabaran mendidik anak-anak remaja dan juga yang masih bersekolah rendah perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tingkah dan laku anak-anak remaja sekarang jauh perbezaannya pada zaman dahulu.
Anak-anak remaja sekarang begitu berani dan juga terlalu ghairah di dalam melakukan sesuatu.

Anak-anak remaja sekarang tidak boleh lagi menghukum mereka dengan merotan dan juga memalukan mereka di hadapan orang lain, terutamanya di hadapan kawan-kawan mereka.
Jikalau menghadapi sebarang masalah apabila berhadapan dengan mereka, selalulah berdoa kepada Allah moga semuanya dipermudahkan segala-galanya.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membantu segala kesulitan yang sering kita hadapi. Insha Allah tuhan akan senantiasa mendengar segala keluhan dan juga rintihan seseorang.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...