Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
Kita patut merasa bersyukur kerana telah di lahirkan selepas negara menyambut kemerdekaan. Untuk mencapai sesuatu kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Terlalu banyak nyawa yang telah berjuang demi mempertahankan negara yang kita sayangi iaitu Malaysia. Mereka telah berkorban hingga ke titisan darah terakhir untuk melawan musuh yang sedaya upaya cuba menjajah bumi Malaysia pada zaman dahulu.
Kehidupan pada zaman belum mencapai kemerdekaan adalah teramat perit dan juga senggsara. Pada masa itu, kita terpaksa bergantung kepada orang lain, untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga perubatan. Zaman dahulu, kita tidak bebas membuat keputusan dan juga pergerakan untuk bergerak di antara satu tempat ke tempat yang lain amatlah terhad.
Namun setelah negara yang kita sayangi ini iaitu Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 semuanya telah berubah. Perubahannya terlalu pesat membangun dan setiap rakyat di beri peluang untuk bersuara menyuarakan segala hak dan juga pandangan masing-masing.
Kini setelah hampir berpuluh tahun lamanya negara mencapai kemerdekaan, semengat dan juga erti kemerdekaan makin kian tercemar. Generasi muda dan juga ada sesetengahnya yang sanggup mengadaikan maruah negara hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri dan juga wang ringgit. Begitu banyak perkara yang tidak sepatutnya tentang negara Malaysia yang selalu keluar di laman sosial seperti facebook, wechat, twitter,whatshapp dan juga banyak lagi laman sosial yang lain. Banyak perkara negatif tentang negara Malaysia seperti masalah pesawat yang hilang dan masih belum di jumpai iaitu penerbangan MH370, masalah cerebu, air dan juga yang terbaru pesawat yang terhempas telah di tembak iaitu MH17. Ada sesetengahnya percaya bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik
semua peristiwa yang berlaku itu.
Walau apa yang berlaku terhadap negara kita Malaysia, janganlah kita sesekali mengadaikan segala maruah bangsa dan juga negara hanya kerana banyak anasir jahat yang cuba mengugat keamanan negara kita Malaysia. Cubalah bayangkan betapa susahnya pejuang-pejuang negara berjuang
mempertahankan negara daripada terus di jajah oleh bangsa asing. Sekarang adalah masanya kita bangkit bersatu memahami erti kemerdekaan sebenar dan pertahankan negara kita daripada terus di jajah oleh kuasa yang cuba menjajah secara halus melalui pemikiran generasi muda dan juga alatan elektronik yang semakin mengkhayalkan kita.
Bersempena menyambut hari kemerdekaan yang bakal di sambut pada 31hb Ogos 2014 nanti, marilah kita bersama-sama melupakan segala perselisihan faham tidak kiralah apa beza fahaman politik , bangsa dan juga agama. Hargailah apa yang kita nikmati sekarang. Janganlah kita terus mencemar nama baik negara yang sangat kita cintai dan.sayangi ini.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment