Wednesday, 27 August 2014

KERANA SI TIKUS

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Sendiri


Tikus adalah satu binatang yang kecil nampak comel tetapi sangat cerdik dan juga pandai berfikir. Merupakan satu binatang yang kecil dan juga boleh membawa penyakit yang merbahaya kepada manusia. Terdapat berbagai jenis tikus. 
Yang biasa kelihatan di sekeliling kita ialah adalah tikus rumah. 

Walaupun hampir setiap hari terpaksa berhadapan dengan binatang cilik ini namun tetap redha dan juga terpaksa berhadapan dengan mereka. Pernah beberapa kali berperang dengan si tikus namun akhirnya saya mengalah dan juga terpaksa menerima si tikus di dalam rumah ini.
" Adoi, tikus hari ini janganlah kau sepahkan rumah aku lagi " Aku berkata di dalam hati sendiri. Kalau bersepah lagi terpaksa lah tidur lambat dan juga terpaksa kemaskan dahulu dapur sebelum tidur. 

Ada cerita lucu disebalik gelagat si tikus ini. Sebelum mempunyai peti ais sendiri, saya terpaksa menyimpan segala barang makanan di tempat yang agak tersorok. Fikir saya, kalau simpan barang makanan ataupun simpan barang yang tergantung tentu si tikus ini tidak akan dapat memakannya. Namun sangkaan saya meleset. Suatu hati saya sudah agak terlewat untuk pergi bekerja. Hanya sempat mengemas secara ala kadar, saya langsung mengemaskan apa yang patut siapkan beg dan langsung keluar daripada rumah. 

Apabila pulang semula ke rumah, anak perempuan saya menjerit dari dapur dan berkata, " Ibu, tikus ni nak makan maggi mee lah ibu". Saya pun pergi ke dapur dan melihat me mee maggi yang disimpan telah ada kesan gigitan pada bungkusannya dan sisa-sisanya semuanya berada di dalam bilik air. Hanya mampu tersenyum lantas saya pun berkata, " Mia, tikus ini kan cerdik. Dia pandai membaca pemikiran kita. Kita pun ada perasaan teringin, begitu jugalah dengan tikus ini. " Saya menerangkan kepada anak perempuan saya yang seorang ini.
Semakin kita memarahi ataupun mendendami si tikus, makin si tikus akan membuat lebih banyak sepah ataupun kekotoran di rumah kita.

Sekarang walaupun masih lagi terserempak dengan si tikus, saya tidak memarahi mereka. Mungkin makanan tersebut bukanlah rezeki saya tetapi milik si tikus. Lama kelamaan si tikus agak jarang membuat kekotoran di kawasan dapur saya. Alhamdulilah mereka juga adalah salah satu daripada makhluk Allah juga.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

========================================================================


   PUR Q ACTIVE
   Salah satu makanan minda berbentuk jelly yang sesuai untuk kanak-kanak.
   Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga telah dibacakan ayat-ayat ruqyah.
  Dapat membantu masalah kanak-kanak dan juga masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
  Harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.
   Jika berkenaan dan ingin mencuba untuk anak-anak anda, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...