Friday, 22 August 2014

SUKARNYA SEBUAH KENYATAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Sendiri


Assalamulaikum, alhamdulilah hari ini adalah hari bergabung 1 Malaysia berikutan ketibaan jenazah penumpang juga anak kapal MH17. Sebuah tragedi yang meragut ratusan nyawa disebabkan terkena peluru berpandu oleh pergolakan dua buah negara. Kerana masalah sesama sendiri, nyawa yang tidak berdosa menjadi korban tanpa sebab dan alasannya yang tersendiri. Tragedi ini berlaku pada 17 September ketika seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam sibuk membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk semua penumpang MH17.

Lantaran daripada peristiwa tersebut, ramai yang telah kehilangan insan-insan tersayang. Ada yang kehilangan seorang ayah, seorang ibu, seorang anak bahkan juga kehilangan semua ahli keluarganya. Menerima sebuah kenyataan yang teramat pahit di dalam sebuah kehidupan bukanlah perkara yang mudah dan di pandang ringan. Hanya yang pernah mengalaminya barulah mengetahui akan keperitan dan kesusahan untuk menghadapinya. Berhadapan dengan kehilangan seseorang yang amat kita sayang bukanlah perkara yang mudah. Kekadang insan tersebut adalah tempat pergantungan kita selama ini. Entah berapa lama ataupun masa yang di ambil untuk memulihkan segala keyakinan dan menerimanya dengan penuh takwa dan juga kesabaran. 

Walaupun sesebuah kenyataan itu terlalu amat memeritkan, namun usahalah sedaya upaya untuk menghadapinya. Memang berkata-kata adalah mudah tetapi tidak semudah menerima sesebuah kenyataan tersebut.


Kepada semua keluarga penumpang MH17 yang telah kembali ke rahmahtuallah marilah kita berdoa semoga roh-roh mereka di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang soleh.


Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

----------------------------------------------------------

           PUR Q ACTIVE

Kita sering menghadapi masalah seperti dengan anak-anak kita di rumah?
Antara masalah-masalah tersebut;

- Sering lewat ke sekolah
- Kurang daya tumpuan di dalam kelas di sekolah.
- Sukar mengerja kan segala solat.
- Kanak-kanak yang nakal dan juga terlalu aktif.
- Amat sukar mengingati sesuatu pelajaran.

Kandungan di dalam PUR Q ACTIVE
- Garam Bukit
- Zafaran
- Terapi ayat-ayat ruqyah

Dengan mengambil PUR Q ACTIVE ianya akan lebig banyak membekalkan kandungan oksigen ke otak. Dengan demikian PUR Q ACTIVE dapat membantu melancarkan perjalanan oksigen di dalam otak. 
PUR Q ACTIVE berbentuk jelly lembut dan amat digemari oleh semua kanak-kanak.

Anda berminat dan juga ingin mencuba terhadap anak-anak anda, marilah mencuba PUR Q ACTIVE dan insha Allah segala masalah anda dan juga anak-anak dapat di atasi.
Hubungi saya Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com.


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...