Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber ; Sendiri
Anak-anak adalah anugerah yang paling indah dan juga amanah dari Allah SWT. Mempunyai anak-anak yang kecil dan meningkat remaja adalah merupakan suatu cabarpan mendidik mereka semua pada zaman ciber ini.
Karenah anak-anak semuanya berbeza dari segi umur dan juga jantina masing-masing. Anak lelaki agak senang di pujuk berbanding dengan anak perempuan. Namun bergantung kepada apa ataupun sebab mereka merajuk. Mungkin cara saya mendidik dan juga memujuk anak yang sedang merajuk agak berbeza dengan ibu-ibu yang lain. Tetapi pada dasarnya semuanya hampir sama. Ada sesetengah anak-anak yang suka di pujuk dengan cepat dan ada juga ada yang mengambil masa untuk memujuknya.
Antara tips yang saya selalu pratikkan semasa memujuk anak-anak adalah ;
»»» Berikan anak anda ruang untuk dirinya tenangkan diri semasa sedang merajuk.
»»» Tenangkan diri anak sebaik yang mungkin.
»»» Cuba mengawal diri anda sebagai ibubapa daripada memarahi anak anda yang sedang merajuk.
»»» Usaha secara perlahan untuk bercakap dengan anak anda yang merajuk.
»»» Memujuk anak anda dengan perkara yang anak anda suka, seperti hobi, perkara yang anak anda suka, keluar makan di tempat kegemarannya.
»»» Jangan biarkan anak anda merajuk terlalu lama.
»»» Seeloknya ajak anak anda melakukan aktiviti di rumah bersama-sama. Seperti memasak, mengemas rumah ataupun berkebun.
Jiwa anak anda terlalu sensitif dan anak-anak cukup peka apa dengan apa yang berlaku di persekitaraannya. Maka apabila anak-anak merajuk ataupun ada sesuatu yang tidak sukai, cubalah ajar anak berterus terang dengan apa yang tidak sukainya. Insha Allah secara perlahan-lahan hati anak anda akan lembut dan hubungan anak dan juga ibubapa akan bertambah mesra dan erat kembali.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
Nota : Kepada yang masih berminat untuk bekerja dari rumah tetapi tidak pasti apakah kemahiran yang anda miliki yang dapat membantu anda menjana pendapatan dari rumah.
No comments:
Post a Comment