Teks : Sariah Awang Senik
Telah hampir 2 minggu lebih, anak-anak menghabiskan cuti persekolahan. Selama tempoh itu, kami anak beranak tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan cuti di rumah di samping sibuk bekerja, dan begitu juga dengan anak bujang yang juga turut bekerja sampingan ataupun part time. Walaupun baru berumur 15 tahun, dia tidak malu bekerja untuk mencari duit poketnya sendiri.
Sebagai seorang ibu dan sekaligus memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah, tidak pernah sesekali memaksa anak-anak bekerja. Tetapi selalu memberitahu anak-anak bahawa keadaan kewangan memang kurang stabil dan tidak kesemua keperluan anak-anak dapat di tunaikan setiap masa.
Nampaknya anak-anak semakin kesukaran dan juga kesusahan hidup yang semakin mencabar ini. Namun sesibuk mana pun bekerja, fokus paling utama adalah kepada pelajaran. Tanpa ilmu dan juga pengetahunan yang luas agak payah menempuh kehidupan yang makin mencabar ini.
Sesekali kami anak beranak akan keluar ataupun menonton wayang bersama. Itulah sahaja yang dapat ku lakukan demi anak-anak tersayang.
Sekejap lagi nak memasak sesuatu yang istimewa untuk anak terunaku sebelum dia pulang ke asrama dan menyambung kembali pengajiannya.
Untuk anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi belajarlah rajin-rajin dan berusahalah menjadi insan terbaik dunia dan juga akhirat. Solat jangan sesekali di tinggal kerana ianya adalah kekuatan diri kala di landa keresahan. Ibu doakan abang berjaya dan jangan sia-siakan pengorbanan ibumu ini.
Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment