Monday 16 June 2014

PUISI CINTA SEJATI

Teks : Sariah Awang Senik

Aku ingin mencari cinta sejati
Cinta sejati yang kekal abadi hingga ke akhir hayat
Cinta sejati yang tidak akan membuatkan aku lalai dan alpha
Cinta sejati yang dapat membuatkan aku bersemengat menghadapi hari baru
Cinta sejati yang tidak akan membuatkan aku hilang matlamat hidup ini
Cinta sejati yang kekal mewangi sepanjang zaman
Cinta sejati yang dapat menempatkan aku di syurga firdausi
Cinta sejati yang tidak akan kenakan sebarang syarat
Cinta sejati yang tidak mampu di ungkap dengan sebarang kata-kata
Cinta sejati yang tidak mampu di lihat dan hanya di rasai oleh hati dan perasaan ini

Ya, cinta sejati itu memang wujud
Asal sahaja kita berusaha dan bersedia
Asal sahaja kita menunaikan segala kewajiban dan meninggalkan segala larangan
Asal sahaja kita mengamalkan di dalam segala tutur bicara dan langkah yang di ambil
Asal sahaja kita tidak akan putus asa dan berhenti berdoa di saat keperitan melanda mahligai kehidupan ini

Cinta sejati itu hanyalah kepada Allah SWT
Yang tidak akan pernah tinggal dan kecewakan diri kita

Yang tidak akan tetapkan sebarang syarat
Yang selalu setia menemai kita hinggalah ke hujung nyawa untuk menemui maha penciptanya.

Ya, aku tidak akan pernah berputus asa mencari cinta sejati 
Cinta sejati yang membuatkan diri lebih kuat dan tabah melawan arus kehidupan.

Puisi Cinta Sejati
Sariah Awamg Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...