Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
Assalamulaikum, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang di beri. Secara jujurnya untuk bercakap soal poligami ini, memang tiada pengalaman cuma hati rasa tertarik dan kagum dengan seorang sahabat di zaman sekolah dahulu.
Sikapnya yang jujur dan berani berterus terang tentang statusnya sebagai suami orang memang menarik perhatian saya. Bukan jatuh cinta atau apa pun perasaan namun caranya memikul tanggungjawab sebagai lelaki yang beristeri lebih daripada satu dan pandai mengawal keluarga dan menjaga keluarganya sebaik yang mungkin.
Dia pernah menyatakan kepada saya bahawa untuk berkahwin lebih daripada satu atau poligami bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak syarat-syarat dan juga pelbagai dokumen perlu di sediakan sebaik yang mungkin. Bukan itu sahaja persediaan daripada segi mental dan fizikal juga amatlah penting.
Semasa berbual dengannya, dia pernah menyatakan kepada saya bahawa dia berpoligami bukanlah kerana nafsu semata-mata, tetapi lebih kepada atas dasar tanggungjawab dan juga hendaklah menggelakkan sebarang fitnah.
Isterinya yang pertama juga isteri yang kedua, perhubungan mereka berdua amatlah rapat umpama sahabat baik. Cara mereka bertolak ansur dan menjaga keluarga masing-masing sangat membanggakan. Jarang ada yang dapat bertolak ansur dan tolong menolong sedemikian rupa.
Cabaran dan juga dugaan di dalam hidup berpoligami senantiasa ada. Dan yang memainkan peranan yang paling utama adalah ketua keluarga itu sendiri iaitu seorang suami. Suaminya sanggup melakukan apa sahaja perkerjaan untuk membantu menaikkan taraf kewangan keluarganya sendiri. Segala urusan rumahtangga baik dari mengemas, memasak dan sebagainya semuanya di lakukan bersama-sama dengan isteri-isterinya.
Apa pun saya mendoakan keluaga ini bahagia hingga ke akhir hayat. Dan juga moga mereka akan tetap kekal bahagia hingga ke akhirat kelak.
Nota : Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi terhadap sahabat saya ini. Segala apa yang kurang di mana-mana sepanjang penulisan ini, hanya mohon maaf yang di pinta.
Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik
***************************
PUR Q ACTIVE
Salah satu makanan yang semakin mendapat perhatian. Makanan minda yang berasaskan sunnah di dalam bentuk jelly.
Jellynya yang berwarna warni amat di gemari oleh kanak-kanak.
Anda berminat dan ingin ketahui lebih lanjut sila hubungi saya :
Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.
SELAMAT MENCUBA!!!
Assalamualaikum w.b.t buat semua,tahniah buat anda yang dimaksudkan oleh penulis empunya blog,anda semua adalah insan terpilih olehnya untuk menzahirkan apa yang diamanahkan oleh itu buatlah yang terbaik sesungguhnya fidalat yang dijanjikan adalah pasti tiada berubah melainkan benar belaka.Buat penulis sampaikan salam buat sahabat anda moga dipermudahkan segala perjalanan keluarga tersebut insyaallah.amin
ReplyDelete