Friday, 6 June 2014

KEBAIKAN MEMAKAN KISMIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Kismis yang masam dan manis memang sedap di jadikan snek yang sihat untuk seisi keluarga. Di samping banyak mengandungi zat yang berkhasiat ianya juga amat.menyelerakan di makan bersama bubur oat sebagai sarapan pagi.

Namun pada semua ahli keluarga saya, kismis ini hanya di makan begitu sahaja. Paling gemar memakan kismis ini adalah anak lelaki dan juga anak yang paling bongsu. Mereka memang amat mengemari memakan kismis ini, tidak kira kismis ini daripada apa jenis sekalipun.

Kismis terdapat di dalam pelbagai jenis. Antaranya ialah:
Sultana
Malaga
Zante Currant
Muscat
Thompson Seedless
Sebenarnya terdapat beberapa lagi jenis yang lain.

Banyak khasiat dengan mengamalkan memakan kismis. Antaranya, mengandungi tenaga yang tinggi, rendah kandungan kolestrol dan juga dapat mengekalkan tenaga di dalam tubuh badan kita.

Khasiat kismis itu sendiri pun banyak. Di antaranya ialah :
Membantu menajamkan minda dan menguatkan otak manusia.
Perlindungan antioksida , mampu menguatkan tulang dan juga lain-lain.
Dari segi agama pun kita di galakkan untuk mengamalkan memakan makanan sunnah. Makanan sunnah adalah, kurma, kismis dan juga madu. Ianya juga menyimpan tenaga dan amat sesuai di amalkan memakannya pada bulan puasa yang tidak berapa lama lagi.

Apapun tiada ruginya mengamalkan memakan kismis ini. Daripada melihat anak-anak memakan snek yang tidak menyihatkan lebih baik kita menukarkan cara memakan snek yang lagi menyihat tubuh badan dan juga otak.
Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua para ibubapa di luar sana.

Coretan Tentang Kismis
Sariah Awang Senik

         PUR Q ACTIVE
Salah satu makanan minda yang berasaskan jelly yang berbentuk.warna-warni. Amat menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya.

       Anda berminat ingin ketahui lebih lanjut tentang PUR Q ACTIVE ini sila hubungi saya Sariah 019-4075635 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...