Wednesday, 11 June 2014

BERCUTI DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, selama 3 hari menghabiskan masa cuti bersama anak-anak tersayang sempena cuti sekolah ini. Secara jujurnya bermula pada minggu pertama hinggalah sekarang masih belum berpeluang bercuti bersama anak-anak kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Walaupun tidak dapat membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik, namun cukup sekadar pergi berjalan-jalan dan juga menonton wayang bersama-sama.

Mujur anak-anak memahami keadaanku dan tidak banyak merungut dan mereka berpuas hati dengan apa yang mereka nikmati. Sebagai seorang ibu dan juga pekerja memang diri terlalu terikat dengan pekerjaan ini. Dengan masa kerja yang tidak menentu, dan juga tiada masa rehat yanf khusus memang mendatangkan banyak tekanan di persekitaraan ku.

Walaupun menghadapi terlalu banyak tekanan setiap masa, aku tetap bersyukur kerana senantiasa dapat menghadapinya dengan baik. Kekadang hati ini merasa cemburu juga apabila melihat orang lain menghabiskan masa cuti bersama-sama dengan anak-anak.

Dengan mengambil cuti selama 3 hari ini dapatlah diriku tenangkan fikiran dan dapatlah luangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak.

Selama ini terlalu asyik memikirkan hal pekerjaan hingga terlupa masa untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Di dalam hati sebenarnya telah nekad untuk selesaikan apa yang patut dan mengumpulkan modal yang secukupnya untuk bekerja dan juga berkarya dari rumah.

Moga Allah permudahkan segala urusanku dan selesaikan semuanya secepat yang mungkin.

Coretan Rasa
Sariah Awang Senik

******************************************************

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...