Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
Selama hampir 3 hari menahan segala kesakitan dan penderitaan ini seorang diri dan hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya. Tidak mampu melakukan apa-apa selain berdoa moga Allah berikan kekuatan dan keimanan yang kuat untuk mengharunginya. Walaupun masih lagi merasa sakit namun diri ini tidak pernah berhenti berdoa, andai semua yang datang ini adalah kifarah atas segala dosaku yang lalu . Ku perlu jujur, ikhlas dan redha dengan setiap dugaan yang Allah telah tetapkan.
Mungkin apabila melakukan sesuatu dosa, kita masih lagi tidak sedar ataupun telalu leka. Jangan sesekali menilai diri terlalu baik sedangkan itulah sebenarnya dosa-dosa kecil yang baru di lakukan walaupun seminit. Biasakan diri untuk mengingati apa dosa yang kita lakukan walaupun dalam sehari segala urusan kerja dan rumahtangga berjalan dengan lancar. Biarpun rakan baik memuji ataupun sebaliknya cubalah untuk memaafkan diri mereka semua. Tiada manusia di muka bumi ini yang sempurna dari semua segi.
Kalau di renungkan kembali, hampir tiap saat dan jam kita senantiasa melakukan dosa dan sebagai hambanya yang lemah dari semua segi, maafkanlah kesemua mereka yang telah menyinggung perasaan hati kita. Tiada guna menyimpan perasaan marah dan juga dendam.
Alhamdulilah, kesakitan ini makin berkurangan. Syukur walaupun masih merasa sakit, tetapi Allah kurniakan idea yang tidak pernah putus. Berdoa moga cepat sembuh dan meneruskan rutin harianku seperti biasa.
Coretan Orang Yang Sedang Sakit,
Sariah Awang Senik
Bagi yang berminat mencari pendapatan tambahan sempena bulan ramadhan dan juga hari raya ini, bolehlah hubungi saya
Sariah 019-4075635 sms/whatshapp
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Antara projekduitraya tersebut ialah:
Serunding ayam,daging dan ikan
Pes Nasi Arab
Sambal Kentang dan bermacam-macam lagi.
Jika anda berminat bolehlah terus hubungi saya serta merta.
No comments:
Post a Comment