Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Sendiri
Bulan ramadan, adalah bulan yang mulia dan berkat. Insha Allah segala yang di ingini apabila berdoa akan termakbul jua. Sama ada cepat ataupun lambat semuanya telah di tentukan oleh Allah SWT.
Namun ada juga sedikit keajaiban yang hanya Alllah sahaja yang maha mengetahui.
Baru-baru , apabila puasa baru hendak bermula saya telah membuat sedikit perancangan dari segi mental dan juga fizikal untuk menyambut bulan ramadan kali ini. Sebelum tidur saya selalu berdoa moga segala apa yang di cita-citakan akan berjalan dengan lancar.
Di dalam pemikiran sepintas lalu, tiba-tiba terlintas di minda saya bagaimama jika hari pertama saya dan anak-anak tidak bangun sahur.
Saya hanya membiarkan pertanyaan tersebut berlalu pergi dari kotak pemikiran dan terus tidur.
Nak tahu apa yang terjadi selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersahur pada hari pertama puasa?
Saya hanya terjaga pada pukul 5.30 pagi dan langsung tidak berkesempatan bersahur kerana sudah masuk waktu imsak. Mujur saya sudah memasang niat berpuasa dari awal, maka ianya tidak menjadikan satu masalah besar kepada saya dan anak-anak.
Begitu jugalah perkara yang sama berlaku apabila saya bersahur pada pukul 5.19 pagi. Walau agak berbeza waktu tetapi bersyukur kerana dapat bersahur bersama-sama dengan anak-anak.
Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa apa yang difikirkan oleh kotak pemikiran diri kita sendiri akan menjadi kenyataan keesokan harinya. Pemikiran kita umpama magik di dalam diri kita.
Jadi daripada apa yang berlaku, saya telah memasang dan membayangkan akan juga memprolehi kejayaan di dalam kehidupan ini suatu masa nanti, insha Allah.
Coretan Ramadan
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment