Friday, 13 June 2014

BERCERAI BERPISAH TIADA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Wanita Hari Ini

Siapalah yang mendirikan rumahtangga dan kemudiannya bercerai. Semua orang mengimpikan rumahtangga yang aman bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi jikalau di takdirkan perceraian adalah jalan terbaik, maka banyaklah berdoa dan berusaha moga semuanya berjalan dengan lancar dan dapat berbincang sebaik yang mungkin tentang hak-hak pasangan anda masing-masing.

Selalunya yang bercerai adalah di antara ayah dan ibu tetapi tidak hubungan antara si ayah dan juga kesemua anak-anak yang ada.

Ketika sedang menulis perkongsiaan ini, saya teringat tentang tajuk ini apabila selesai menonton Wanita Hari Ini tentang tanggungjawab yang di lakukan oleh si ayah ataupun bapa kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun telah bercerai. Benar dari segi agama telah termaktub segala syarat-syarat yang perlu di jalankan oleh ayah ataupun suami walaupun telah bercerai. Hati tersentuh dengan penerangan oleh chef terkenal kita iaitu Chef Wan yang merupakan tukang masak terkenal negara yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin terhadap anak-anak dan juga bekas isteri. Hubungan sebagai suami dan isteri memang telah terputus tetapi mereka berdua masih kekal sebagai seorang sahabat dan tidak memburukkan di antara satu sama dengan yang lain.

Jarang terdapat suami dan isteri dapat menjalinkan hubungan yang baik walaupun telah bercerai. Mungkin benar perhubungan suami dan isteri itu telah tiada tetapi kasih sayang terhadap anak-anak tidak sama sekali.

Selepas bercerai ada ayah ataupun bekas suami yang langsung tidak memberikan sebarang nafkah terhadap anak-anak dan juga bekas isteri. Semuanya banyak di pengaruhi oleh perasaan ego dan juga marah dan dendam yang tidak berkesudahan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mereka hilang kasih dan juga sayang seorang ayah. Kehidupan yang di lalui oleh bekas isteri penuh derita dan semua anak yang terbiar begitu sahaja.

Di mana belas dan kasihan seorang ayah ? Hanya kerana rasa marah dan juga ego, kehidupan anak-anak menjadi mangsa. Sepatutnya setelah bercerai, ayah ataupun bekas suami haruslah menyakinkan kepada anak-anak yang hubungan kasih sayang seorang ayah tidak akan terpisah.

Setiap manusia melakukan kesilapan dan tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.

Melalui perbincangan tersebut, sekali ayah mengabaikan segala kasih sayang anak-anak, maka akan tiba suatu saat anak-anak pula akan melakukan hal yang sama terhadap anak-anak. Kita tidak selalunya sihat dan juga dari semasa akan bertambah dari segi umur, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Maka jikalau ayah ataupun bekas suami menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin terhadap bekas isteri dan anak-anak maka rasa kasih dan sayang itu tetap akan sama walaupun hubungan antara ayah dan ibu mereka telah tiada.

Kesimpulannya, walaupun telah bercerai, jangan lupa yang bekas isteri pernah hidup bersama-sama dengan ayah mereka. Sekuat mana rasa benci terhadap bekas isteri janganlah jadikan anak-anak sebagai mangsa keadaan. Anak-anak tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah ibu dan bapa mereka.

Semoga ramai ayah dan juga bekas suami dapat mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri walaupun telah bercerai. Segala tugas dan kewajipan haruslah di laksanakan sebaik yang mungkin terhadap bekas isteri dan juga anak-anak.

Catatan Rasa Oleh
Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...