Sunday, 15 June 2014

ABAH INSAN TERHEBAT

Teks : Sariah Awang Senik

Sebenarnya tiada hari yang istimewa buat seorang bapa. Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk seorang bapa. Walaupun tidak bersama-sama tinggal namun hati dan perasaan selalu kekal di hatinya.

Abah, itulah panggilan istimewa untuk ayahku. Seorang yang tegas tetapi tidak suka berpura-pura. Hanya tinggal abah untuk diriku mengadu kasih dan menceritakan segala permasalahanku.

Selama hampir 40 tahun aku menyusuri segala dugaan dan cabaran, abah tetap memberikan sokongan yang tiada bertepi. Saat aku membina mahligai impianku, saat pertama kali bergelar seorang ibu dan juga saat aku kehilangan tempat bergantung, abah tidak pernah jemu memberikan sokongan dari segi mental dan juga fizikal. Tiada yang ternilai daripada kasih dan juga sayang seorang abah.

Kini walaupun hidup berjauhan dan membina kembali kehidupan dan mngejar cita-cita yang telah lama terkubur, segala nasihat dan juga ajarannya tetap terpahat di ingatanku. Selalu mengingatkan diriku supaya berlaku jujur bukan hanya pada diri sendiri malah kepada maha pencipta Allah SWT.

Abah, seorang insan yang paling setia kepada arwah emak tersayang Siti Rokiah Abdul Kadir. Masih ingat di fikiranku abah mampu dan tidak berkira di dalam urusan rumahtangga semasa arwah emak ada dahulu. Sejak awal pagi abah akan keluar bekerja dan hanya lewat petang akan pulang ke rumah semula. Abah dan arwah emak akan bersama-sama mengemas rumah dan juga memasak bersama arwah emak.

Sikap abah memang agak cerewat di dalam pemakanan. Namun mungkin itulah juga faktor yang menyebabkan abah masih tetap sihat dan cergas sehingga kini walaupun usianya telah meningkat.

Dahulu abah adalah salah seorang bekas pekerja KTM dan abah banyak melewat ke tempat yang menarik dan juga mempunyai ramai kawan tidak kira apa bangsa sekalipun. Abah adalah seorang yang sangat kreatif dan juga merupakan salah seorang tukang kayu yang pandai membuat rumah sendiri. Tiada insan yang terhebat melainkan hanya abah seorang.

Daya kreativiti dan juga seninya ada sebahagian pada diriku dan juga adik lelaki yang bongsu. Kini rasa rindu dan kasih sayangnya selalu bersama-sama di hatiku ini.
Semoga Allah SWT senantiasa merahmati abahku iaitu En Awang Senik Bin Adam.
Abah adalah lelaki yang istimewa di dalam kehidupan aku dan anak-anak. Aku sayang abah dunia dan.akhirat.

SELAMAT HARI BAPA, abah , maaf tiada hadiah yang mahal untuk abah, hanya doa dan kasih sayang sahaja buat abah dari diriku dan anak-anak.

Hadiah Kasih Sayang Dari
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...