Saturday, 28 June 2014

PEMIKIRAN BAWAH SEDAR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Selamat berpuasa dan juga menjalankan segala ibadah yang di tuntut sepanjang bulan ramadan.
Secara jujurnya selama ini hanya pernah mengikuti beberapa kursus motivasi sebagai langkah awal untuk lebih memberikan keyakinan diri. Hanya mempelajarinya namun belum pernah mengamalkannya.
Tetapi sejak 2 hari yang lepas, apa yang di fikirkan memang menjadi kenyataan keesokkan harinya. Semuanya memang seperti magik dan rasanya Allah SWT sedang menunjukkan sesuatu jalan.

Mungkin perkongsiaan ini penting dan juga amat berguna juga untuk di amalkan oleh orang lain.
Dua, tiga hari yang lepas, saya senantiasa berdoa moga Allah SWT memberikan petunjuk untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Sebelum tidur ataupun melelapkan mata, selalu berdoa agar segala pekerjaan ataupun apa sahaja yang hendak di lakukan esok hari berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, saya berniat untuk bangun solat malam untuk menunaikan solat Hajat, solat Tahajjud dan juga solat Taubat. Ternyata apabila kita niatkan sesuatu perkara yang baik, maka Allah SWT akan memudahkan segala-galanya.

Malam tersebut, tepat pukul 4.30 pagi saya bangun dan seterusnya menunaikan segala solat-solat tersebut. Tetapi jangan sesekali berfikiran negatif semasa kita niatkan sesuatu sebelum tidur.

Sebab yang paling utama adalah semuanya menjadi kenyataan keesokkan harinya. Contoh yang terdekat adalah semasa saya hendak tidur, fikiran saya membayangkan bagaimana kalau saya terlepas untuk bersahur, ternyata memang menjadi kenyataan dan hari pertama saya dan anak-anak berpuasa tanpa bersahur.

Kini saya berfikir untuk menggunakan strategi tersebut di dalam perniagaan atas talian saya juga di dalam bidang penulisan ini.
Insha Allah berdoa bersungguh-sungguh moga Allah SWT permudahkan segalanya.

Coretan Hari Pertama Puasa,
Sariah Awang Senik

******************************************************

   AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Anda ingin ketahui lebih lanjut tentang apa yang menarik yang terdapat di akademi ini boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...