Thursday, 19 June 2014

PELUANG PERNIAGAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Cuaca agak panas dan kering ini banyak menduga kesabaran aku di dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah di pertanggungjawabkan. Hari ini memulakan tugas seperti biasa walaupun agak terlewat kerana terpaksa melayan anak perempuam yang tidak berapa sihat.

Pelanggan di kedai hanya akan ramai sedikit pada waktu petang iaitu lebih kurang di dalam pukul 5 petang hinggalah selepas solat magrib. Kebanyakan yang singgah adalah para pekerja yang kerja outstation dan juga pemandu lori dan juga bas yang berhenti rehat di hentian rehat dan rawat ini.
Semasa sedang asyik sibuk bekerja dan juga leka melayan para pelanggan, kelihatan seorang lelaki yang agak gembal memasuki kedai ini. Di tangannya terdapat beberapa sampel minuman yang memang agak pratikal dan memang sesuai untuk di letakkan di dalam kereta dan sebagainya.

Dia menerangkan serba sedikit tentang produk dan berusaha untuk menghubungi majikan ku dengan harapan dapat meletakkan pek minumannya di kedai majikan ku untuk di jual. Layanan supervisorku agak kasar dan menolak sekeras-sekeras usaha lelaki tersebut. Apabila melihat riak wajahnya yang berubah, hatiku merasa kasihan apabila melihat raut wajahnya yang berubah. Aku hairan dengan sikap supervisorku yang lebih mementingkan bangsa lain daripada bangsa melayu seperti diriku.

Dalam hati, aku nekad suatu hari nanti aku ingin lihat lebih ramai lagi bangsa melayu akan berjaya di dalam bidang perniagaan, insha Allah. Lihat sahaja bangsa cina berusaha sebaik yang mungkin bangsanya untuk berjaya di dalam bidang perniagaan.

Mari kita bersama-sama berdoa moga berjaya dan juga membantu orang lain untuk turut sama melakar kejayaan bersama kita.

Coretan Kejayaan
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...