Tuesday, 17 June 2014

PESTA BOLA DAH TIBA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Pesta bola sudah pun bermula. Ada yang sanggup cuti sebulan semata-mata hendak menyaksikan perlawanaan bola secara langsung di layar televisyen masing-masing. Segala-galanya demi bola ataupun minat yang mendalam di dalam sukan kegemaraan dunia ini.

Walaupun bukanlah seorang peminat sukan bola sepak, namun secara tidak langsung terasa juga akan tempias sukan bola sepak ini.
Ada kaum ibu dan juga isteri yang merasa gembria melihat kaum bapa ataupun suami lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada keluar bersama-sama menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain.

Tetapi ada juga sesetengah bapa ataupun suami yang tetap keluar rumah dengan menonton perlawanaan ini secara langsung di kedai kopi dan juga warung yang terbuka.

Ada juga pekerja-pekerja yang menghadapi masalah kurang tidur ataupun kekadang datang lewat ke pejabat hanya kerana menonton perlawanaan ini di rumah.

Dengan tekanan kerja dan kurang tidur pasti segala kerja di pejabat
tidak selesai seperti mana yang di arahkan.

Semuanya menjadi serba salah dan juga terbiar hanya gara-gara menonton bola sepak yang di adakan secara langsung di televisyen di rumah. Tetapi ada juga kaum bapa ataupun suami yang tidak berpeluang langsung berehat walaupun seketika hanya kerana menonton perlawanaan bola sepak ini.

Apa pun jenis sukan yang diminat,semengat kesukanan haruslah di amalkan senantiasa bagi menrapatkan hubungan persaudaraan sesama islam.

Coretan.Sukan Bola
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...